Saturday, October 22, 2011
Wednesday, October 19, 2011
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM.
Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya.
Monday, October 10, 2011
Haji; Fadhilat dan Hukum & Rehlah (Perjalanan) Haji Nabi SAW.
بسم الله الرحمن الرحيم، قال تعالى: {إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ (96) فِيهِ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آَمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ} [آل عمران: (97)].
{..Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang mempunyai kemampuan perjalanan ke Baitullah} [Aali ’Imran: 97].
Sabda Rasulullah SAW:
((خُذُوا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ)) [مسلم وغيره]
Perjalanan menuju ke Tanah Haram memerlukan bekal yang cukup. Di samping bekal harta, ilmu juga merupakan bekal yang sangat diperlukan. Kerana dengan ilmu, seseorang akan terbimbing dalam melakukan ibadah hajinya sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW. Juga agar terhindar dari berbagai macam kesalahan dan kesilapan, sehingga hajinya diterima sebagai haji mabrur yang tiada balasan baginya kecuali al-Jannah.
http://www.youtube.com/watch?v=Do7uOFbr1wU
http://www.youtube.com/watch?v=Do7uOFbr1wU
Sunday, October 9, 2011
Pandangan Sebahagian Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya dalam bab agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang idea dan ilmu, justeru kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi Negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012.
Wednesday, October 5, 2011
Golongan yang mempersendakan Agama
Bismillahirrahmanirrahim
Apakah sikap kita?
Dalam catatan yang ringkas ini, insya’Allah sama-sama kita ikuti kisah ‘Madrasah al-Istihza’, golongan yang mempersendakan para ulamak dan para du’ah serta ajaran dakwah Islamiyyah yang dibawanya. Madrasah ini telah diasaskan oleh golongan munafiqin bagi menentang perjuangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh golongan sekular atau modenis di zaman sekarang.
Apakah sikap kita?
Dalam catatan yang ringkas ini, insya’Allah sama-sama kita ikuti kisah ‘Madrasah al-Istihza’, golongan yang mempersendakan para ulamak dan para du’ah serta ajaran dakwah Islamiyyah yang dibawanya. Madrasah ini telah diasaskan oleh golongan munafiqin bagi menentang perjuangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh golongan sekular atau modenis di zaman sekarang.
Sunday, September 25, 2011
TEMERLOH; AIR GAU DAN PATIN.
Catatan Lawatan Abu Anas ke Temerloh, 24-25hb Sept 2011.
Perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Temerloh, Pahang mengambil masa lebih kurang 5jam setengah. Setibanya terus check-in di Hotel Sri Malaysia. Sebelum maghrib kami keluar ke Pondok Darul Ridzwan, Lanting Chenor untuk menziarahi pengasas dan Mudirnya Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Osman, yang merupakan kawan kepada Allahyarham ayahanda ana, juga murid kepada Allahyarham datuk ana, Syeikh Mohd Daud al-Kalantani semasa di Makkah. Solat maghrib dan menyampaikan tazkirah di masjid Pondok itu.
Temerloh ini masyhur dengan air Gaunya. Ana sempat pergi melihat telaganya di Sungai Gau. Air ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.Lihat: http://www.kohalal.com/content/air-gau-tasnim
Subscribe to:
Posts (Atom)




