Friday, July 13, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Nazim Al-Haqqani
Majlis Fatwa Kebangsaan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah
membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani.
Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di
bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini
hendaklah segera bertaubat.
Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan
tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran
Islam yang sebenar.
Tuesday, June 26, 2012
Isu Mengadakan Pilihanraya di Musim Haji.
Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at
(MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan
asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu
musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak
Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat
seperti berikut :-
Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi
memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem
demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar
kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima
mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru
kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan
dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang
berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui
kaedah yang berkesan lagi dipercayai.
Tuesday, May 29, 2012
Syarah Muqaddimah Mestika Hadis [20 Siri]
Alhamdulillah, Abu Anas Madani telah selesai Syarah Muqaddimah Kitab "MESTIKA HADIS RASULULLAH SAW" sebanyak 20 siri di Masjid Bandar Kuala Krai, Kelantan. Bermula Pada Malam Selasa 22 Jun 2009 (Kuliah 2 Minggu Sekali) dan Khatam Pada Malam Selasa 17 Syawal 1431H bersamaan 27/9/2010. kitab Mestika Hadis di: http://www.islam.gov.my/dircportal/hadith.htm
Tempahan VCD-DVD Kuliah di: http://www.dartaibah.com/#ecwid:keywords=mestika&mode=search&offset=0&sort=relevance
Tempahan VCD-DVD Kuliah di: http://www.dartaibah.com/#ecwid:keywords=mestika&mode=search&offset=0&sort=relevance
Tarikh Israk dan Mi’raj.
Israk
& Mi’raj adalah dua mukjizat yang berlaku kepada Nabi s.a.w dengan yakin
dan tidak syak lagi.
Israk
dan Mi’raj adalah satu peristiwa khusus yang benar-benar berlaku pada diri
Rasulullah S.A.W sahaja. Kebenarannya telah disaksikan oleh al-Quran,al-Hadis
dan kenyataan sejarah.
Firman
Allah Taala:
بسم الله الرحمن
الرحيم {سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ}
“Maha Suci
Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil
Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami.
Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Israk:
1]
Apa
yang dibincangkan di sini ialah bilakah tarikh berlakunya peristiwa besar ini.
Tuesday, May 22, 2012
Jaulah Dakwah JB 2012- 10 Kuliah Keindahan Islam
Alhamdulillah, Jaulah Dakwah Abu Anas Madani ke Johor Pada 5 & 6 Mei 2010 sempat Wacana Kitab "KEINDAHAN ISLAM" 8 Siri Dan 2 Kuliah Subuh. Jazakumullahu Khairan Kathira diucapkan Kepada Tuan Haji Akhiruddin (AKI), Akhi Farid, Hilman, Ustaz Lokman, Fairoz..Team Rakaman; Tuan Haji Ali & Epa http://onekuliah.blogspot.com dan semua yang terlibat.. Semoga Semua usaha yang kita lakukan diberkati oleh Allah 'Azzawajalla..
8 Siri Wacana Kitab Keindahan Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.png)




