Labels

Saturday, October 20, 2012

Amalan Korban; Hikmah, Hukum & Sunnah

Tajuk: Amalan Korban; Hikmah, Hukum & Sunnah.
Oleh: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya agar berkumpul pada musim haji di Arafah, dan menumpahkan darah haiwan korban (al-Hadyu). Ia adalah bulan penuh berkat kerana di dalamnya bergabung dua ibadat agung iaitu ibadat haji dan korban yang dimulakan sejak zaman Nabi Allah Ibrahim as lagi.

Thursday, October 11, 2012

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH & KORBAN.

فضل أيام عشر ذي الحجة
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. وبعد:
Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya.
File PDF untuk pamplet boleh download di sini:

Wednesday, October 10, 2012

Pengalaman & Maklumat LASIK

Alhamdulillah, Syukur kepada  Allah atas kejayaan amaliah ini pada pagi hari Khamis 27 September 2012 di Pusat LASIK, Prince Court Medical Centre -  http://www.princecourt.com/eye-and-lasik-centre.php
untuk berkongsi maklumat & pengalaman, Prof Dr Muhaya telah membenarkan rakaman dibuat.. Jazahumullahu khaira...

Thursday, September 27, 2012

Jangan Mudah Melemparkan Tuduhan Jahat dan Melabel Para Pendakwah.

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
Kepada  golongan yang celupar mulut dan mudah membuat hukuman sendiri sewenang-wenangnya sebelum meneliti... anda sepatutnya lebih menghayati arahan husnu zann & tidak semberono, tidak gopoh, mestilah tabayyun (tanya & selidik dulu) dan lain-lain sifat seorang muslim yang  sebenarnya. Jangan mudah membuat tanggapan seseorang itu murtad, melaknat, mencaci dan mengata sesama muslim tanpa dalil dan bukti yang jelas dan sahih.
Ataupun jangan mudah melabelkan orang yang tidak sefahaman dan sependapat dengan kita sebagai sesat, finnar, menyalahi manhaj dan sebagainya.

Tuesday, September 11, 2012

Fiqh Berinteraksi Sesama Manusia - فقه التعامل مع الناس

[Huraian Fiqh Bermuamalah sesama makhluk ini telah diambil dari kitab ini http://www.m09m.com/vb/t284231.html#.UE86A_WsxLg]
Menghidupkan Fiqh Muamalah di kalangan manusia, samada sesama orang Islam atau dengan non Muslim hatta dengan haiwan dan alam sekitar adalah merupakan suatu tuntuan, lebih-lebih lagi di zaman terhakisnya akhlaq yang baik atau keperibadian yang mulia di kalangan sebahgian masyarakat.
Untuk memenuhi kehendak dan tujuan tersebut ana telah mengambil pendekatan mengadakan kuliah bersiri menjelaskan kepentingan menghidup dan menyebarkan Fiqh ini. Semoga siri kuliah ini memberi manfaat kepada umat dalam mengharungi liku-liku kehidupan di zaman ini
[untuk memiliki siri rakaman ini sila ke: www.dartaibah.com

Siri kuliah Subuh Al-Faqir Ilallah Abu Anas Madani di Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.

Saturday, September 1, 2012

Khutbah & kuliah Tadabbur Al-Quran; Kelebihan, Adab & Kesan.


[Catatan AAM tentang Tadabbur Dalam Majalah I - September 2012]
Al-Quran adalah JALAN HIDUP; petunjuk kepada manusia, yang membimbingnya, menyinari hidupnya dan perundangannya. Tidak akan ketinggalan sesuatupun yang diperlukan oleh manusia, kecuali Allah akan menerangkannya di dalam al-Quran, samada secara jelas dengan nas yang sorih, atau secara isyarat atau kiasan. Ada orang yang mengetahuinya dan ada juga yang tidak mengetahuinya, orang yang berilmu akan mengetahuinya dan orang yang jahil tidak akan mengetahuinya.