Alhamdulillah, Pada Pagi Jumaat 17 J. Ula 1434H bersamaan 29 Mac 2013, Al-Faqir ilaLlah Abu Anas Madani telah selesai syarah kitab ini sebanyak empat siri kuliah, semoga mendapat manfaat dalam memperbetulkan kecintaan Kita kepada Habibina wa Qudwatina Muhammad Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Buku ini ditulis dalam bahasa Arab Oleh Prof. Dr. Fadl Ilahi, Jazahullahu Kathira.
Sunday, March 31, 2013
Thursday, March 28, 2013
Persatuan Kebajikan Islam Saudara Baru (Kota Bharu).
Pusat Penerangan & Dakwah Islam Antarabangsa, (International Islamic Information & Daawah Centre) Yang terletak di Taman Hijau, Jalan Sultanah Zainab, (Bersebelahan dengan Masjid Muhammadi)
15000 Kota Bharu, Kelantan. E-Mail: mohganakb@yahoo.com Tel/Fax: +609 7477824 HP: +012 9537881. Lawati Web mereka INTERNATIONAL ISLAMIC INFORMATION & DAAWAH CENTRE (IIDAC) di: http://iidac.tripod.com/
Pusat dakwah ini dikendalikan oleh Akhuna Ustaz Muhammad Micheal (atau lebih dikenali dengan panggilan Muhammad Ghana). Secara khususnya dakwah untuk non-Muslim, hampir setiap minggu ada orang memeluk Islam di Pusat Dakwah ini dan seterusnya penjagaan dan pendidikan untuk mereka selepas memeluk Islam.
15000 Kota Bharu, Kelantan. E-Mail: mohganakb@yahoo.com Tel/Fax: +609 7477824 HP: +012 9537881. Lawati Web mereka INTERNATIONAL ISLAMIC INFORMATION & DAAWAH CENTRE (IIDAC) di: http://iidac.tripod.com/
Pusat dakwah ini dikendalikan oleh Akhuna Ustaz Muhammad Micheal (atau lebih dikenali dengan panggilan Muhammad Ghana). Secara khususnya dakwah untuk non-Muslim, hampir setiap minggu ada orang memeluk Islam di Pusat Dakwah ini dan seterusnya penjagaan dan pendidikan untuk mereka selepas memeluk Islam.
Wednesday, March 27, 2013
Peringatan Kepada Golongan Pencaci Dan Pembuat Fitnah Kepada Orang
Tazkirah & Peringatan untuk penceramah, pemberita, bloggers, facebookers dll golongan melampau (ghuluw) yang suka melempar tuduhan melalui alat sebaran - media; gambar rekaan nak jatuhkan pemimpin, khilaf fiqhi yang dijadikan hujah untuk mengkafirkan orang lain, hilang adab berikhtilaf.. Orang Mati & hidup semuanya tak selamat dari mulut mereka.. Jangan jadi orang muflis di akhirat.
Thursday, March 21, 2013
Hukum Menyediakan Kenduri Kematian
Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan
Semesta alam. Selawat serta salam kepada junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W, para
Ummu al-Mukminin, Aalul Bait, sahabat Baginda s.a.w serta ulama’ yang menurunkan ilmu
dengan seikhlas hati kerana Allah.
Makalah yang ana masukkan di blog ini ialah tulisan Ustaz
Hasan Ahmad –hafizahullah- [Mantan Pensyarah UM] yang telah disiarkan oleh Majalah Pengasuh, terbitan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bilangan 587.
Makalah ini membincangkan isu yang mungkin dianggap kontroversi atau isu panas
dalam masyarakat, namun untuk memberi maklumat dan asas perbincangan kepada
umum terhadap amalan yang menjadi kebiasaan masyarakat dengan dalil dan
pandangan empat mazhab – khasnya mazhab Syafie dan nukilan dari kitab jawi yang
menjadi rujukan dan bacaan di masjid dan surau kita.
Tujuan siaran ini ialah untuk perbincangan bukan untuk
menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat, dan satu perkara yang perlu diingat
bahawa perbincangan ini adalah tentang majlis kenduri kematian, tanpa menyentuh
hukum sampaikah pahala kepada orang yang telah mati, dua perkara ini adalah berbeza. Insya’Allah
akan dibincangkan dalam siri yang lain. [Penjelasan tentang Perjalanan Manusia ke Alam Akhirat boleh di lihat di: http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/04/rehlah-abadi-ke-alam-akhirat-12-siri.html ].
Wednesday, March 20, 2013
Kesalahan Menggugurkan Selawat dan Salam Dalam Pengucapan dan Penulisan.
Abu Anas telah membuat catatan tentang Kelebihan Selawat dan memahami maknanya boleh dibaca di: http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html
Tuesday, March 19, 2013
Hukum Tunjuk Dengan Ibu Jari - Jari Telunjuk
Ramai yang heboh mengenai isu isyarat atau tunjuk dengan ibu jari atau Jari Telunjuk, cerita ini telah disebarkan dalam laman sosial (FB). Jadi pihak PENDAKWAH ISLAM berasa bertanggungjawab untuk mendapatkan jawapan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati .
Di bawah ulasan ringkas Akhi Al-Aziz Ustaz Adlan Abdul Aziz dalam blognya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






