Biodata

Monday, October 10, 2011

Haji; Fadhilat dan Hukum & Rehlah (Perjalanan) Haji Nabi SAW.

بسم الله الرحمن الرحيم، قال تعالى: {إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ (96) فِيهِ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آَمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ} [آل عمران: (97)].
{..Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang mempunyai kemampuan perjalanan ke Baitullah} [Aali ’Imran: 97].
Sabda Rasulullah SAW:
((خُذُوا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ)) [مسلم وغيره]
“Ambillah contoh dariku (sebagai) pelaksanaan ibadah haji kamu”.
Perjalanan menuju ke Tanah Haram memerlukan bekal yang cukup. Di samping bekal harta, ilmu juga merupakan bekal yang sangat diperlukan. Kerana dengan ilmu, seseorang akan terbimbing dalam melakukan ibadah hajinya sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW. Juga agar terhindar dari berbagai macam kesalahan dan kesilapan, sehingga hajinya diterima sebagai haji mabrur yang tiada balasan baginya kecuali al-Jannah.
http://www.youtube.com/watch?v=Do7uOFbr1wU

Sunday, October 9, 2011

Pandangan Sebahagian Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya dalam bab agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang idea dan ilmu, justeru kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi Negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012.