Biodata

Wednesday, November 7, 2012

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 2)

Catatan Rehlah Haji 1433H (2)

بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين
Alhamdulillah, disaat akhir ada beberapa orang jemaah lagi dapat visa haji dengan istilah “Visa Tabung Haji”. Visa dibuat dalam masa 2 jam sahaja, syaratnya semua maklumat dah lengkap, selepas itu timbul pula masalah nak dapatkan penerbangan ke Jeddah, ada yang sampai melalui Dubai, ada yang turun di Madinah dan naik bas ke Makkah, dan mereka ini tiba di Makkah ketika jemaah dah berangkat ke Mina pada hari Tarwiyah. Yang agak menyedihkan ialah ada beberapa orang yang dah dapat visa tapi tak dapat penerbangan, tak ada rezeki nak haji tahun ini.. panggilan haji hanya setakat KLIA sahaja, Allahulmusta’aan…

Sunday, November 4, 2012

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 1)

Catatan Rehlah Haji 1433H.
بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين، وبعد.
Nikmat Allah swt swt ke atas hamba-hamba-Nya tidak terhingga, sebagaimana firman-Nya:
{ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا } [إبراهيم: 34]
Maksudnya: {Sekiranya kamu hitung nikmat Allah swt, kamu tidak akan dapat menghitungnya} [Surah Ibrahim: 34 ]
Antara nikmat itu ialah apabila Allah swt mengizinkan hamba-Nya menuju ke Baitullah al-Haram pada musim haji sebagai tetamu-Nya, yang disediakan bagi mereka yang melakukannya dengan ikhlas serta mengikut Sunnah Rasulullah saw ialah al-Jannah, Syurga yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengari oleh telinga serta tidak pernah terkhayal oleh hati manusia.