Samahah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah Aali al-Syeikh Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi merangkap Pengerusi Badan Pembesar Ulama dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa (Saudi) memperingatkan para penuntut ilmu dari terjebak menjatuhkan maruah para ulama dengan menjadikan majlis-majlis mereka sebagai medan untuk mencela, mencerca, memperkecil dan memburukkan nama (para ulama). Beliau juga menyeru kepada mempersatukan barisan dan slogan umat Islam, agar apa yang kita perkatakan adalah kebaikan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Beliau juga memperingatkan mereka dari menghina dan mempermainkan para ulama dengan perkara yang tidak wajar demikian juga selain mereka.
Beliau juga mengisyaratkan kepada sebahagian orang yang dinisbahkan kepada ilmu, majlis-majlis mereka dipenuhi dengan ghibah, namimah, penyaksian palsu, perkataan-perkataan batil yang direka-reka dalam melontarkan celaan di sana sini. Mereka mendakwa (kononnya) perkara seumpama ini termasuk di dalam bab al-Jarh wa al-Ta’dil, kita menghina orang alim ini, mencela dan mengkritiknya kerana dia telah tersilap dan bersalahan dengan manhaj kita, maka kita mesti mengatakan dia salah dan menisbahkannya kepada apa yang tidak ada padanya.
Beliau menambah adapun bab al-Jarh wa al-Ta’dil adalah suatu yang sedia dimaklumi, akan tetapi perlu diketahui juga bagaimana kita mengkritik saudara kita, sedangkan dia dekat dengan kita, saudara yang kita kritik itu masih belum meninggal dunia, kita boleh berhubung dengannya, berbincang dengannya tentang pandangan-pandangannya, barangkali pandangannya itu dinukilkan kepada kita dalam bentuk yang tidak seperti yang sebenarnya, beliau berhujjah dengan firman Allah (bermaksud): {Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik membawa satu berita kepada kamu, maka hendaklah kamu semua menyelidikinya agar kamu semua tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan yang sebenarnya.} (al-Hujurat: 6)
Samahah al-Syeikh mensifatkan perbuatan ini sebagai satu kesalahan, sambil menjelaskan akan kewajipan untuk seseorang muslim berbincang dengan saudaranya jika sampai kepadanya kesalahan saudaranya, seterusnya menjelaskan kepada saudaranya perkara yang benar, dia akan memperolehi pahala dari perbuatannya seperti itu. Adapun mencemarkan maruahnya, mencela dan memburukkan namanya kepada orang ramai, menyebarkan pembohongan-pembohongan dan khabar-khabar angin tentangnya, maka perbuatan ini adalah satu kesalahan, dimana ia dikira sebagai berdosa bukan berpahala.
Beliau juga menjelaskan: sekiranya para ulama sentiasa saling berhubung, bantu-membantu sesama mereka, dan menutup pintu-pintu hasutan syaitan yang menyibukkan sebahagian mereka dengan keburukan sebahagian lain sehingga terputusnya hubungan. Sesungguhnya syaitan telah berputus asa dari menyesatkan orang-orang yang menunaikan solat di jazirah Arab untuk menyembahnya, akan tetapi dia akan sentiasa menyemaikan permusuhan diantara mereka, iaitulah menyemarakkan permusuhan dan persengketaan. Perkara ini sudah tentu tidak wajar terjadi kepada sekelian umat Islam terutamanya kepada ahli ilmu. wallahu a'lam
سماحة المفتي يحذر طلبة العلم من الوقوع في أعراض العلماء
حذر سماحة الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ مفتي عام المملكة العربية السعودية ورئيس هيئة كبار العلماء ورئيس اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء، طلبة العلم من الوقوع في أعراض بعضهم وجعل مجالسهم مكاناً للسب والشتيمة والتنقص وتشويه السمعة، مطالباً بتوحيد الصف والكلمة وأن يكون ما نقوله خيراً نقصد به وجه الله، والحذر من المشينات والترهات التي لا تليق بأهل العلم فضلاً عن غيرهم.
مشيراً سماحته إلى أن بعض المنتسبين للعلم مجالسهم غيبة ونميمة وشهادة زور وأقوال باطلة ملفقة وترويج إشاعات ملفقة في الطعن في هذا وذاك، يقولون هذا باب الجرح والتعديل، نطعن في هذا العالم ونجرحه وننقده لأنه أخطأ وخالف منهجنا فلابد أن نخطئه ونسبه وننسبه لما لا يكون منه.
وأضاف: سماحته «أما باب الجرح والتعديل معروف لكن كيف أجرح أخي هو قريب مني وليس بميت أتصل به وأناقشه في آرائه فلعله نقل لي عنه شيء خلاف الواقع». واستشهد بقوله تعالى: {يا أيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة}.
ووصف سماحته هذه التصرفات بالخطأ، مبيناً أنه يجب أن يناقش المسلم أخاه إذا بلغه خطأ منه، ويبين له الصواب ليكون مأجوراً في عمله أما انتهاك عرضه وسبه وتشويه سمعته عند الآخرين ونشر الأكاذيب والإشاعات عنه فهذا خطأ وحينها يكون مأزورا لا مأجورا.
وأوضح "لو تواصل العلماء بينهم وتعاونوا وأغلقوا منافذ الشيطان في أن يشغل بعضهم بعيوب بعض ويحدث القطيعة بينهم، فإن الشيطان أيس أن يعبده المصلون في جزيرة العرب ولكن رضي بالتحريش بينهم، أي في إيقاد العداوة والبغضاء، وذلك غير لائق بعموم المسلمين لاسيما بأهل العلم".