Israk
& Mi’raj adalah dua mukjizat yang berlaku kepada Nabi s.a.w dengan yakin
dan tidak syak lagi.
Israk
dan Mi’raj adalah satu peristiwa khusus yang benar-benar berlaku pada diri
Rasulullah S.A.W sahaja. Kebenarannya telah disaksikan oleh al-Quran,al-Hadis
dan kenyataan sejarah.
Firman
Allah Taala:
بسم الله الرحمن
الرحيم {سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ}
“Maha Suci
Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil
Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami.
Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Israk:
1]
Apa
yang dibincangkan di sini ialah bilakah tarikh berlakunya peristiwa besar ini.
Dibawah
ini dinukilkan beberapa pandangan ulama’ tentang tarikh ini;
a- Petikan
dari buku “Israk & Mi’raj, Menurut Keterangan Al-Quran dan Hadis”,
m/s: 15-16:
“Ramai
ulama’ Islam berpendapat bahawa peristiwa Israk dan Mi’raj berlaku satu tahun
sebelum hijrah, iaitu tahun kedua belas [12] kenabian.
1- Sebaik-baik
riwayat
mengenai berlakunya Israk dan Mi’raj ialah pada bulan Rabiul Awal, di
mana Ibnu Abbas dan Jabir r.a
kedua-duanya berkata:
]ولد
رسول الله عام الفيل، يوم الاثنين الثاني عشر من ربيع الاول،
وفيه بعث، وفيه عرج إلى السماء،
وفيه هاجر، وفيه مات[
Maksudnya:
“Diputerakan Rasulullah s.a.w pada Tahun Gajah, hari Isnin dua belas hari
bulan Rabiul Awal dan padanya Baginda dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya
Baginda dibawa naikkan ke langit (Mi’raj) dan padanya berlakunya Hijrah dan
padanya Baginda diwafatkan.” [Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam
“Al-Musannaf”, dan Al-Jauzaqani dalam “Al-Abathil” Lihat: Tarikh Maulid An-Nabi
S.A.W Tulisan: Tharhuni].
Itulah pendapat kebanyakan ulama’ muhaqqiqin,
seperti az-Zuhri. Dan itulah pendapat yang rajih. Wallahu A’lam.
2- Ini
pula pendapat yang masyhur dikalangan orang ramai, walaupun tidak
sahih sanadnya, bahkan dianggap dusta oleh sesetengah ulama’ hadis.
Iaitu
berlakunya Israk dan Mi’raj pada malam yang kedua puluh tujuh (27) daripada
bulan Rejab. [Lihat:
Al-Bidayah wa an-Nihayah
109/3, Fath Al-Bari.]
Berkata
Ibnu Kathir (wafat 774H): “Manakala sesetengah orang menyangka bahawa adalah
peristiwa Israk berlaku pada awal malam Jumaat daripada bulan Rejab yang
dikenali dengan malam الرغائب yang direkakan padanya solat الرغائب yang masyhur. Pendapat itu tidak ada asal dan dalil baginya. [Lihat: Al-Bidayah wa an-Nihayah 109/3.]
Solat ini –Raghaib- adalah bid’ah yang sangat keji dan diingkari
oleh ulama’ Islam seperti Imam An-Nawawi -wafat 676H- dan As-Suyuti. {Lihat: Syarah Sahih Muslim 8/20, Al-Amru bi al-Ittiba’ wa an-Nahyu
‘an al-Ibtida’ 167].
3-Berkata
Abu Syamah
(wafat 665H) dan Ibnu Hajar Al-A’sqalani (wafat 825H): “Telah menyebut oleh
sesetengah ahli sejarah bahawa sesungguhnya Al-Israk berlaku pada bulan
Rejab. Pendapat ini adalah benar-benar dusta.” [Al-Ba‘ith ‘ala
‘Inkar Al-Bida’: 71, dan Tabyiin aI-’Ajab bima warada fi Fadhli Rajab: 11].”
b-
Dari Ar-Rahiq Al-Makhtum:
“Di dalam tempoh dakwah Rasulullah S.A.W
yang terus bergerak dan mencapai kejayaan di samping penindasan-penindasan,
namun kemenangan sayup-sayup sudah dapat didengar, di saat ini berlakulah peristiwa
Israk dan Mi’raj.
Penentuan masa terjadinya peristiwa bersejarah
ini berlakunya sedikit khilaf, di antara pendapat-pendapat itu ialah:
1-Al-Tabari menentukan berlakunya di tahun Baginda
dibangkitkan.
2-Al-Nawawi dan Al-Qurtubi
mentarjihkan ditahun kelima kebangkitan Baginda.
3-Al-A’llamah Al-Mansufuri menetapkan pada malam
ke 27, pada bulan Rejab, tahun kesepuluh kebangkitan Baginda.
4-Pendapat
lain mengatakan enam belas bulan sebelum Hijrah, iaitu di bulan Ramadhan,
tahun dua belas kebangkitan Baginda.
5-Ada pendapat
mengatakan setahun dua bulan sebelum Hijrah, iaitu di bulan Muharram,
tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah S.A.W.
6-Satu lagi pendapat menyebut berlakunya setahun
sebelum Hijrah iaitu di dalam bulan Rabiul Awal, tahun ketiga belas kebangkitan
Baginda S.A.W.
Ketiga-tiga pendapat yang awal (1, 2 dan 3
di atas) ditolak, kerana Sayyidatina Khadijah r.a telah wafat pada bulan Ramadhan
tahun ke sepuluh kebangkitan Baginda, sebelum sembahyang lima waktu difardukan.
Dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu
memang difardukan di malam berlakunya Israk dan Mi’raj itu.
Manakala tiga pendapat terakhir (4, 5 dan 6
di atas) saya sendiri (Sheikh Al-Mubarakfuri) tidak dapat mentarjihkan
mana-mana satu pun. Namun gaya bahasa surah al-Israk itu menunjukkan Israk itu
berlaku ketika masa-masa yang terakhir sebelum Hijrah.”
Al-Hafiz Ibnu Hajar Menukilkan Pandangan
Ulama’ Tentang Penentuan Tarikh ini, ada lebih dari 10 Pendapat.
فتح الباري لابن حجر –
المكتبة الشاملة (ج 11 / ص 215):
وَقَدْ
اُخْتُلِفَ فِي وَقْت الْمِعْرَاج فَقِيلَ كَانَ قَبْل الْمَبْعَث،
وَهُوَ شَاذّ إِلَّا إِنْ حُمِلَ عَلَى أَنَّهُ وَقَعَ حِينَئِذٍ فِي الْمَنَام كَمَا
تَقَدَّمَ، وَذَهَبَ الْأَكْثَر إِلَى أَنَّهُ كَانَ بَعْد الْمَبْعَث. ثُمَّ اِخْتَلَفُوا:
فَقِيلَ قَبْل الْهِجْرَة بِسَنَةٍ قَالَهُ اِبْن سَعْد وَغَيْره وَبِهِ جَزَمَ النَّوَوِيّ،
وَبَالَغَ اِبْن حَزْم فَنَقَلَ الْإِجْمَاع فِيهِ، وَهُوَ مَرْدُود؛ فَإِنَّ فِي
ذَلِكَ اِخْتِلَافًا كَثِيرًا يَزِيد عَلَى عَشَرَة أَقْوَال. مِنْهَا مَا حَكَاهُ
اِبْن الْجَوْزِيّ أَنَّهُ كَانَ قَبْلهَا بِثَمَانِيَةِ أَشْهُر، وَقِيلَ بِسِتَّةِ
أَشْهُر وَحَكَى هَذَا الثَّانِي أَبُو الرَّبِيع بْن سَالِم، وَحَكَى اِبْن حَزْم
مُقْتَضَى الَّذِي قَبْله لِأَنَّهُ قَالَ: كَانَ فِي رَجَب سَنَة اِثْنَتَيْ عَشْرَة
مِنْ النُّبُوَّة، وَقِيلَ بِأَحَدَ عَشَرَ شَهْرًا جَزَمَ بِهِ إِبْرَاهِيم الْحَرْبِيّ
حَيْثُ قَالَ: كَانَ فِي رَبِيع الْآخِر قَبْل الْهِجْرَة بِسَنَةٍ، وَرَجَّحَهُ اِبْن
الْمُنِير فِي شَرْح السِّيرَة لِابْنِ عَبْد الْبَرّ، وَقِيلَ قَبْل الْهِجْرَة بِسَنَةٍ
وَشَهْرَيْنِ حَكَاهُ اِبْن عَبْد الْبَرّ وَقِيلَ قَبْلهَا بِسَنَةٍ وَثَلَاثَة أَشْهُر
حَكَاهُ اِبْن فَارِس، وَقِيلَ بِسَنَةٍ وَخَمْسَة أَشْهُر قَالَهُ السُّدِّيّ وَأَخْرَجَهُ
مِنْ طَرِيقه الطَّبَرِيُّ وَالْبَيْهَقِيُّ، فَعَلَى هَذَا كَانَ فِي شَوَّال، أَوْ
فِي رَمَضَان عَلَى إِلْغَاء الْكَسْرَيْنِ مِنْهُ وَمِنْ رَبِيع الْأَوَّل وَبِهِ
جَزَمَ الْوَاقِدِيّ، وَعَلَى ظَاهِره يَنْطَبِق مَا ذَكَرَهُ اِبْن قُتَيْبَة وَحَكَاهُ
اِبْن عَبْد الْبَرّ أَنَّهُ كَانَ قَبْلهَا بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ شَهْرًا، وَعِنْد
اِبْن سَنَدٍ عَنْ اِبْن أَبِي سَبْرَة أَنَّهُ كَانَ فِي رَمَضَان قَبْل الْهِجْرَة
بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ شَهْرًا، وَقِيلَ كَانَ فِي رَجَب حَكَاهُ اِبْن عَبْد الْبَرّ
وَجَزَمَ بِهِ النَّوَوِيّ فِي الرَّوْضَة، وَقِيلَ قَبْل الْهِجْرَة بِثَلَاثِ سِنِينَ
حَكَاهُ اِبْن الْأَثِير، وَحَكَى عِيَاض وَتَبِعَهُ الْقُرْطُبِيّ وَالنَّوَوِيّ عَنْ
الزُّهْرِيِّ أَنَّهُ كَانَ قَبْل الْهِجْرَة بِخَمْسِ سِنِينَ وَرَجَّحَهُ عِيَاض
وَمَنْ تَبِعَهُ وَاحْتَجَّ بِأَنَّهُ لَا خِلَاف أَنَّ خَدِيجَة صَلَّتْ مَعَهُ بَعْد
فَرْض الصَّلَاة، وَلَا خِلَاف أَنَّهَا تُوُفِّيَتْ قَبْل الْهِجْرَة إِمَّا بِثَلَاثٍ
أَوْ نَحْوهَا وَإِمَّا بِخَمْسٍ، وَلَا خِلَاف أَنَّ فَرْض الصَّلَاة كَانَ لَيْلَة
الْإِسْرَاء.".
Akhukum,
Abu Anas Madani, PSD 8 Rejab 1433H.