Hadis-Hadis yang menyebut tentang
Fadhilat Sya’ban.
Bulan Sya'ban merupakan
bulan yang mulia, terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang mulia, iaitu
bulan Rajab yang merupakan salah satu bulan haram dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang
diwajibkan umat Islam berpuasa padanya.
Bulan Sya'ban terdapat
beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam hadis, namun
banyak juga tersebar hadis yang dhaif atau maudhu’ (rekaan) tentang fadhilatnya,
untuk menjelaskannya risalah ringkas ini ditulis, semoga menjadi panduan dan
peringatan buat kita semua.
Terdapat
hadis-hadis yang menyebut Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Sya’ban.
Kalau dikatakan,
apakah hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Maka jawapannya
adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar:
“Yang lebih
tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu
Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya:
“Wahai
Rasulullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan
berpuasa di bulan Sya’ban?"
Baginda
bersabda: “Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya yaitu antara Rajab
dan Ramadhan. Yaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada
Allah, Tuhan seluruh alam. Maka aku ingin amalanku di angkat, aku dalam keadaan
berpuasa.” [Dinyatakan
hasan dalam Sahih An-Nasa’i, no. 2221].
Adalah
mendukacitakan, ramai yang tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi
s.a.w tanpa mengira kethabitan iaitu kepastian tentang ketulenan sesebuah
hadis, juga tidak meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para
ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih teruk lagi jika terus disebarkan
kepada masyarakat tanpa menjelaskan kedudukannya.
Dengan itu apa
sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka
terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa
akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang yang
diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu’bah:
إنَّ كذبًا عليَّ ليس ككذِبٍ على أَحَدٍ، من كذبَ عليَّ
متعمدًا فليتبوَّأْ مقعدَهُ من النارِ. رواه البخاري
“Sesungguhnya
berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang
lain (menggunakan nama orang lain).
Sesiapa yang
berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim).
Ini termasuk
menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau
berbuat, atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.
Hadis palsu
ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada
hubungan dengan Nabi s.a.w.” [lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq
fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut].
Bukan sahaja
membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada
orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang
haram.
Contohnya, apabila
muncul bulan Rejab dan Sya’ban maka hadis-hadis palsu mengenainya akan dibaca dan diajar secara meluas. Ramai
penceramah, imam, khatib dan media massa menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai
amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Antaranya hadis:
“Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadan bulan umatku.” Begitu juga
semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dan
malam Nisfu Sya’ban adalah dusta ke atas Nabi s.a.w (kesemuanya adalah palsu).
Kata al-Imam Ibn
Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada
Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas
Rasulullah s.a.w”.
Sebenarnya hadis
sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Sya’ban itu memang ada, tetapi
amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah
palsu.
Kelebihan
Khas Malam Nisfu Sya’ban:
Hadis
yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:
عن أبي موسى الأشعري عبدالله
بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada
malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik
(orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban,
al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis
ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah
al-Ma‘arf, Riyadh].
Hadis
ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu,
amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut tidak sabit dari Sunnah Nabi s.a.w.
Kata
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan
berhubung dengan Nisfu Sya’ban:
“Tidak pernah
diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di
masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat
tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.
Bahkan di
sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di
masjid.
Mereka membaca
surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain
pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa
yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’
tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah)
juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Perhimpunan
(malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di
sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita
melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan
itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas
mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu
sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”. [Dr. Yusuf
al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha,
Beirut].
Inilah kenyataan
Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Kata al-Syeikh
Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada
para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah
(mengenai teks hadis).
Mereka hanya
membaca hadis yang mereka hafal dan memetiknya tanpa mengetahui dan cuba
memastikan kedudukan hadis tersebut.
Saya menyeru
diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan
semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga
Rejab dan Sya’ban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi
s.a.w. [Sumber:
http://drmaza.com/home/?p=646]
HADIS-HADIS YANG
LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN
Berikut adalah
beberapa contoh hadis-hadis lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu
Sya’ban.
HADIS PERTAMA:
Daripada ‘Aisyah
r.a, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah s.a.w. lalu saya
keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda:
“Apakah kamu
takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?”
Saya (‘Aisyah)
jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang
lain).”
Baginda
bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia
lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” [Hadis
Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”].
Daripada ‘Ali
bin Abi Talib r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika datang malam
Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan
berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya
matahari, Allah turun ke langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa
yang meminta keampunan, maka Aku akan mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang
meminta rezeki maka Aku akan memberinya, ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku
akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku akan begitu hingga terbit
matahari. [Hadis riwayat Ibnu Majah – “Maudhu’”].
“Wahai ‘Ali,
sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat
membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi s.a.w. bersabda:
“Ya ‘Ali, tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan
memenuhi setiap setiap keinginan dan permintaanya pada malam itu…
Komentar: Hadis
ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di
dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di
dalam al-Lali al-Masnu’ah.
“Sesiapa solat
dua belas rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap rakaatnya
Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di
syurga…”
Komentar: Hadis
ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam
al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam
al-Laali al-Masnu’ah.
Perhatian: Antara buku yang mengumpul hadis palsu tentang kelebihan bulan-bulan ialah buku: (Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi).
Tukar
Rekod Amalan:
Masyhur juga di
kalangan masyarakat bahawa pada malam
nisfu Sya’ban itu ditentukan (taqdir) apa yang akan terjadi tahun itu.
Ini adalah
khabar yang batil. Malam penentuan takdir kejadian selama setahun itu ialah
pada malam (Lailatul Qadar).
Allah Ta'ala
berfirman, maksudnya: {Ha mim. Demi
Kitab (al Qur’an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu
malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada
malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.} [Ad-Dukhan:1-4)
Malam
diturunkannya al-Qur’an adalah malam Lailatul Qadar. Allah Ta'ala berfirman,
maksudnya: {Sesungguhnya kami telah
menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.} [Al-Qadr:1].
Iaitu pada bulan
Ramadhan, kerana Allah Ta'ala menurunkan al-Qur’an pada bulan itu.
Allah Ta'ala
berfirman, maksudnya:
{Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan) al-Qur’an.} [Al-Baqarah/2:185].
Berkata Al-Hafiz
Ibnu Kathir rahimahullah: “Sesiapa yang mengatakan bahawa malam nisfu Sya’ban
adalah waktu Allah Ta'ala menentukan apa yang akan terjadi dalam tahun itu bererti
dia telah menyalahi kandungan al-Qur’an.”
أحاديث ضعيفة واردة في شهر شعبان. أبو عبدالله المصري
الحديث الأول: "كان رسول الله -صلى الله
عليه وسلم- يصوم ثلاثة أيام من كل شهر فربما أخرَّ ذلك حتى يجتمعَ عليه صوم السنة فيصوم
شعبان".
وهذا
الحديث ضعيف أخرجه الطبراني في الأوسط عن عائشة -رضي الله عنها-، قال الحافظ في الفتح:
فيه ابن أبي ليلى ضعيف.
الحديث الثاني: "كان إذا دخل رجب، قال:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان".
والحديث
رواه البزار،والطبراني في الأوسط، والبيهقي في فضائل الأوقات، عن أنس -رضي الله عنه-،
وقد ضعفه الحافظ في تبين العجب، وقال: فيه زائدة بن أبي الرُّقَاد، قال فيه أبو حاتم
يحدث عن زياد النُّمَيْرِي، عن أنس بأحاديث مرفوعة منكرة، فلا يُدرى منه أو من زياد،
وقال فيه البخاري: منكر الحديث، وقال النسائي في السنن لا أدري من هو، وقال ابن حبان
لا يُحتج بخبره.
الحديث الثالث: عن أبي هريرة-رضي الله عنه- أن
رسول الله -صلى الله عليه وسلم- لم يصم بعد رمضان إلا رجب وشعبان.
وقد
حكم عليه الحافظ ابن حجر-رحمه الله-في تبين العجب بالنكارة من أجل يوسف بن عطية، فإنه
ضعيف جدا.
الحديث الرابع: رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان
شهر أمتي.
وهذا
الحديث باطل موضوع، قال فيه الحافظ -رحمه الله- في تبين العجب رواه أبو بكر النقاش
المفسر، وسنده مركب، ولا يعرف لعلقمة سماع من أبي سعيد، والكسائي المذكور في السند
لا يُدرى من هو، والعهدة في هذا الإسناد على النقاش، وأبو بكر النقاش ضعيف متروك الحديث
قاله الذهبي في الميزان.
قلت
وقد جاء هذا اللفظ ضمن حديث طويل في فضل رجب، وفي حديث صلاة الرغائب حكم عليهما الحافظ-رحمه
الله- بالوضع في تبين العجب، وجاء من طريق آخر بلفظ: (شعبان
شهري، ورمضان شهر الله) عند الديلمي في مسند الفردوس عن عائشة -رضي الله
عنها-، وفيه الحسن بن يحي الخشني، قال الذهبي تركه الدارقطني، وقد ضعف الحديث السيوطي
والألباني-رحم الله الجميع-.
الحديث الخامس: خيرة الله من الشهور، وهو شهر
الله، من عظم شهر رجب، فقد عظم أمر الله، أدخله جنات النعيم، وأوجب له رضوانه الأكبر،
وشعبان شهري، فمن عظم شهر شعبان فقد عظم أمري، ومن عظم أمري كنت له فرطا وذخرا يوم
القيامة، وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته ولم ينتهكه وصام نهاره
وقام ليله وحفظ جوارحه خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطالبه الله تعالى به.
حكم
الحافظ -رحمه الله- في تبين العجب بالوضع، وقال: قال البيهقي: هذا حديث منكر بمرة،
قلت (أي الحافظ-رحمه الله-): بل هو موضوع ظاهر الوضع، بل هو من وضع نوح الجامع وهو
أبو عصمة الدين، قال عنه ابن المبارك لما ذكره لوكيع: عندنا شيخ يقال له أبو عصمة،
كان يضع الحديث، وهو الذي كانوا يقولون فيه: نوح الجامع جمع كل شئ إلا الصدق وقال الخليلي:
أجمعوا على ضعفه.
الحديث السادس: فضل رجب على سائر الشهور كفضل
القرآن على سائر الأذكار، وفضل شعبان على سائر الشهور كفضل محمد على سائر الأنبياء،
وفضل رمضان على سائر الشهور كفضل الله على عباده.
وحكم
الحافظ -رحمه الله- على الحديث بالوضع،وقال: السقطي هو الآفة، وكان مشهورا بوضع الحديث،
وتركيب الأسانيد.
الحديث السابع: تدرون لم سمي شعبان؛ لأنه يُتَشَعَّبُ فيه
لرمضان خير كثير، وإنما سمي رمضان؛ لأنه يرمض الذنوب أي يذيبها من الحر.
حكم
السيوطي-رحمه الله- على هذا الحديث بالوضع، والحديث رواه أبو الشيخ من حديث أنس، وفيه
زياد بن ميمون وقد اعترف بالكذب.
الحديث الثامن: أفضل الصوم بعد رمضان شعبان لتعظيم
رمضان، وأفضل الصدقة صدقة في رمضان.
والحديث
رواه الترمذي والبيهقي في الشعب، عن أنس-رضي الله عنه-، وقال الترمذي: غريب، وضعفه
السيوطي والألباني-رحم الله الجميع-
والحديث
فيه صدقة بن موسى، قال الذهبي في المهذب صدقة ضعفوه، ويزاد على هذا أن في متنه نكارة؛
لمخالفته ما جاء في صحيح مسلم وغيره من حديث أبي هريرة-رضي الله عنه- مرفوعا:"أفضل
الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم.........الحديث".
الحديث التاسع: عن عائشة، قالت: كان رسول الله-صلى
الله عليه وسلم- يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم، وكان أكثر صيامه في
شعبان، فقلت يا رسول الله: مالي أرى أكثر صيامك في شعبان، فقال:
يا عائشة إنه شهر ينسخ لملك الموت من يقبض، فأحب
أن لا ينسخ اسمي إلا وأنا صائم.
قال
ابن أبي حاتم في علل الحديث: سألت أبي عن حديث............. (وذكر الحديث) قال أبي:
هذا حديث منكر.
قلت
وأول الحديث ( كان.....إلى...لا يصوم) قد جاء في الصحيحين من حديث أم المؤمنين عائشة
-رضي الله عنها-، وقولها -رضي الله عنها- (وكان أكثر صيامه في شعبان) جاء بمعناه في
هذا الحديث، ويقصد
أبو
حاتم-رحمه الله- بالنكارة الجزء الأخير من الحديث (فقلت...إلى آخره).
هذا
وأسأل الله أن ينفعني وإياك، وأن يجعل أعمالنا كلها في ميزان حسناتنا، إن الله على
كل شئ قدير.
وصلى
الله وسلم على نبينا محمد و على آله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.
شهر شعبان - د. مهران ماهر عثمان
ما صح وما لم يصح في شعبان - ماجد إسلام البنكاني
Akhukum,
Abu Anas Madani, PSD. 4 Sya’ban 1434H – 13 Jun 2013.