Biodata

Sunday, September 25, 2011

TEMERLOH; AIR GAU DAN PATIN.

Catatan Lawatan Abu Anas ke Temerloh,  24-25hb Sept 2011.
Perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Temerloh, Pahang mengambil masa lebih kurang 5jam setengah.  Setibanya terus check-in di Hotel Sri Malaysia. Sebelum maghrib kami keluar ke Pondok Darul Ridzwan, Lanting Chenor untuk menziarahi pengasas dan Mudirnya Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Osman, yang merupakan kawan kepada Allahyarham ayahanda ana, juga murid kepada Allahyarham datuk ana, Syeikh Mohd Daud al-Kalantani semasa di Makkah. Solat maghrib dan menyampaikan tazkirah di masjid Pondok itu.
Temerloh ini masyhur dengan air Gaunya. Ana sempat pergi melihat telaganya di Sungai Gau. Air ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.Lihat: http://www.kohalal.com/content/air-gau-tasnim 

Mata air ini merupakan anugerah Allah kepada Tuan Guru, kerana pada suatu malam beliau telah bermimpi seseorang datang menunjukkan tempat supaya beliau menggali telaga. Pada malam berikutnya beliau bermimpi lagi, dimaklumkan bahawa air itu sumbernya berasal dari tempat letusan gunung berapi di Indonesia dan ia mengalir (menjalar) di bawah tanah mencari tempat keluar. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1991. Lihat: http://forumdesaria.guildealliance.com/t39-jualan-air-gau-tasnim
Selepas digali, mata air ini menjadi kegunaan umum, orang ramai datang mengambilnya untuk pelbagai kegunaan, mandi, minum dan sebagainya. Air (yang keluar dari mata airnya) dibiarkan mengalir begitu sahaja tanpa diketahui khasiat dan keistimewaannya.
Selepas sepuluh tahun, iaitu pada tahun 2001 barulah air ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, lalu mereka membuat kajian tentang khasiat dan keistimewaan air ini. http://airgau.com/v3/index.php?opt ion=com_content&task=view&id=17&Itemid=31
Di antara hasil kajian tentang air ini juga, tepat sebagaimana mimpi Tuan Guru, air ini kandungan mineralnya sama dengan air yang hanya terdapat di sekitar kawasan gunung berapi, sedangkan di Malaysia tiada gunung berapi.
Mengikut Ustaz Abdul Mujib, anak kepada Tuan Guru yang menjaga kilang air Gau Syarikat Tasnim, setiap hari mereka mengepam 12,000 liter air ini untuk dibotolkan. Mata air ini jika tidak dipam, ia akan melimpah keluar dengan sendiri bukan seperti telaga biasa yang tidak melimpah.
Sekarang air ini telah dikomersialkan dan tersebar di seluruh Malaysia. Terdapat dua syarikat yang berlainan menguruskan dua kilang pembotolan dan jualannya iaitu, produk Tasnim dan Gau.
Termeloh juga terkenal dengan ikan Patin sungainya yang segar dan lazat. Ana juga sempat ke tepi sungai Pahang untuk melihat tempat ikan ini dijual serta membelinya beberapa ekor untuk dibawa pulang.
Program utama di Temerloh kali ini adalah untuk menghadiri Forum Haji Mabrur anjuran Tabung Haji Temerloh bersama Dr Zulkifli al-Bakri, di Masjid Abu Bakar, pada hari Ahad. 
Tahniah kepada pihak TH yang telah berjaya mengumpulkan ramai jemaah, bakal-bakal haji dari sekitar daerah ini.
 Sekian, akhukum: Abu Anas Madani,  25hb Sept 2011.
www.abuanasmadani.com.