Bismillah,
Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ala Rasulillah...
Setelah terbang seketika AAM mula membelek nota yang ada.. sambil menunggu makanan... maklumlah kami duduk seat belakang, jam 10 lebih baru dapat nasi goreng, alhamdulillah.. selepas tu baru boleh tidur.
Istana Topkapi (Topkapi Palace). Sebuah istana yang di bina sekitar tahun 1400 oleh Sultan Mehmed II dan didiami oleh sultan sehinggalah ianya di jadikan muzium atas arahan Mustafa Kamal Altartuk pada tahun 1924..istana ni banyak membantu dalam ketamadunan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah ketika itu. di istana ini tersimpan tapak kaki Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,pedang baginda,janggut baginda,cop mohor baginda..juga pedang milik Nabi Daud a.s,tongkat kayu milik Nabi Musa a.s,pedang perang khalifah Ar Rasyidin (semuanya dilarang ambil gambar)
1)
Alhamdulillah,
pada hari Ahad, 26 Mei 2013, Abu Anas bermusafir ke Qastantin (Istanbul) melalui
Abu Dhabi, kemudian ke Al-Madinah dan mengerjakan umrah di Tanah Haram Makkah. Perjalanan bermula dengan bertolak
dari Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke KLIA dengan MH 1397 pada jam
4.05pm.
Alhamdulillah
selamat tiba di KLIA jm5 pm. Seramai 40 orang
yang kebanyakkannya dari Kelantan dan
Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat Ash-Har Travel Sdn.
Bhd mula berkumpul di KLIA. Sambil menunggu perjalanan seterusnya ke
Abu Dhabi pada jam 2035, kami menikmati jamuan yang dibawa oleh anak ayah Uji,
salah seorang jemaah Ash-har, jazahumullahu khaira.
Bismillah,
pada jam 8:45 malam, flight EY411 bergerak. Rupanya KT ni bukan Etihad
punya sepenuhnya, tapi Virgin Australia. Kira macam dua syarikat ni share,
patutla tiada kedengaran bunyi bahasa Arab, hatta doa' as-Safar pun tiada.. Hmm hidangan arak diedarkan meriah benar, kita
mohon perlindungan Allah dari kemurkaan-Nya..
[Siri 2 Catatan di: 10 Faedah Rehlah & Catatan Islah.]
Setelah terbang seketika AAM mula membelek nota yang ada.. sambil menunggu makanan... maklumlah kami duduk seat belakang, jam 10 lebih baru dapat nasi goreng, alhamdulillah.. selepas tu baru boleh tidur.
Selepas berada dalam flight selama 6 jam, alhamdulillah selamat tiba di Abu
Dhabi International Airport pada jam 11.05 malam (waktu Dubai) untuk transit
semalaman.
Jarak
perjalanan yang telah dilalui hari ini ialah dari KL ke Abu Dhabi 5047km + KL –
KB 542km = 5589 km. Kami ditempatkan di Hotel
Radisson, sebuah hotel yang bertaraf 5
bintang yang mewah. Di
sini kami tidak berkesempatan dan tiada masa untuk keluar melawat hanya dari
airport ke hotel kemudian kembali ke airport semula keesokan paginya.
27 Mei bertolak
ke Istanbul dengan EY 0097 pada jam 0930.. Tiba di
Istanbul jam 1315 (**).
Pagi ini jam 9.30 pg (waktu Dubai), 1.30 petang (waktu Malaysia) bertolak
ke Istanbul, Turki dengan EY 0097, Etihad Airlines, syarikat semalam juga. Jarak
masa perjalanan antara Dubai ke Istanbul
selama 4 jam 10 minit. Alhamdulillah selamat iba di Istanbul Ataturk Airport,Turki pada jam
1.15 petang (waktu Turki). Subhanallah, cuaca nampak panas tapi udaranya sangat
nyaman. Suhu di Istanbul ketika ini 21 degree celcius.
Fakta: Istanbul bukanlah ibu
negeri Turki tapi Istanbul adalah bandar yang paling membangun & maju
berbanding ibu negerinya, Ankara.
Turki merupakan negara yang sangat special kerana negara ini merupakan
satu-satunya negara yang terdiri daripada 2 benua, Benua Eropah & Benua
Asia. Bahagian benua Eropah lebih membangun dengan perniagaan manakala bahagian
benua Asia lebih kepada penempatan penduduk Turki. Bosphorus merupakan tempat
yang menghubungkan Laut Hitam & Laut Marmara serta yang memisahkan 2 benua
ini.
Semasa pemerintahan Rom dahulu kala, ia dikenali sebagai Kota
Constatinople. Namun apabila ia ditawan oleh al-Fateh, namanya di tukar menjadi
Islambul yang bermaksud bandar Islam dan lama-kelamaan namanya bertukar menjadi
Istanbul.
Istanbul merupakan salah satu bandar yang paling besar & paling sibuk di
benua Eropah. Penduduk yang tinggal di bandar ini sahaja sudah seramai 16 juta
penduduk dan seramai lebih kurang 2 juta pelancong yang datang ke bandar ini
pada setiap tahun. Bandar yang penuh dengan sejarah & sangat cantik. Penuh
dengan bukit bukau & lautan yg indah.
Tiba di Istanbul, rombongan kami di sambut oleh seorang tour guide, Mr.
Burak. Kami terus dibawa menaiki bas
pelancong untuk makan tengahari. Dalam bas, Burak terus memperkenalkan Istanbul
kepada kami.
Bas berhenti di pinggir jalan dan kami perlu berjalan kaki menaiki bukit
untuk ke restoran. Agak memenatkan, tetapi memang persekitaran bandar di
Istanbul ini kawasannya berbukit, mengingatkan ana kepada kawasan Ajyad yang
berbukit di Makkah. Sekelilingnya penuh dengan bangunan-bangunan lama yang kini
dijadikan deretan kedai menjual pelbagai cenderamata & makanan.
Setibanya kami di Restoran Tamara, kami dihidangkan dengan makanan
Turki yg berkhasiat. Di Turki, mereka akan menghidangkan kepada kami 3 kali
hidangan. Hidangan pertama ala-ala pembuka selera seperti roti @ salad @ sup,
hidangan ke-2 makanan berat seperti nasi & ikan @ daging dan hidangan ke-3
pencuci mulut seperti buah-buahan @ aiskrim.
Hari pertama di Istanbul, Isnin 27 Mei:
Selepas itu kami terus dibawa melawat ke
tempat bersejarah yang pertama, iaitu Masjid
Sultan Ahmed atau terkenal juga dengan panggilan Masjid Biru.
Sultan Ahmed atau terkenal juga dengan panggilan Masjid Biru.
1)
Masjid Biru/Masjid Sutan Ahmed (Blue Mosque), Masjid yang ramai
pelawat tapi tidak ramai yang solat, Allahul musta'aan..
Ia adalah Masjid yang paling besar & indah di Istanbul. Juga dikenali
sebagai Masjid Sultan Ahmet. Dibina pd tahun 1609-1616. Masjid yang mempunyai 6
menara. Betapa hebatnya masjid ini pada zaman Sultan Ahmet, di dalamnya ada
sekolah, hospital, Arasta Bazaar, madrasah, makam & air pancut awam. Namun
sayang kerana hospital telah musnah pada abad ke-19. Bayangkan betapa besarnya
masjid ini :)
Walaupun sudah banyak masjid dibina di Turki namun tetap x dapat menandingi
kehebatan & keindahan dekorasi masjid ini. Betapa cantik masjid ini.
Terdapat 5 pintu masuk yg dibuka di halaman luar masjid ini. Di setiap pintu
tersebut, terdapat rantai yang tergantung. Dikatakan pada zaman dulu, Sultan
datang ke masjid ini dengan menunggang kuda & akan mengikat kudanya di sini
& masuk ke msjd bersama-sama dengan orang awam. Betapa tawadu'nya seorang
khalifah.
Air pancut untuk wuduk berada di trngah-tengah halaman masjid ini. Terdapat
260 tingkap di dalam masjid ini.
Mengapa nama masjid ini Masjid Biru? Disebabkan oleh tile dan dekorasi dlm
masjid ini yang kebanyakkannya berwarna biru. Tapi sekarang tile dah tukar
warna merah. Guna karpet dah sekarang.
2)
Muzium Topkapi,
yang menjadi sebutuan sejak tahun mula belajar diperingkat MA di UIM, nama ini
di sebut kerana terdapat khazanah 3500 makhtutat (manuskrip kitab lama) yang
sangat berharga tersimpan di sini, Maktabah Ahmad ath-Thalith.. malangnya
maktabah ini tidak dibenarkan untuk dilawati..
Istana Topkapi (Topkapi Palace). Sebuah istana yang di bina sekitar tahun 1400 oleh Sultan Mehmed II dan didiami oleh sultan sehinggalah ianya di jadikan muzium atas arahan Mustafa Kamal Altartuk pada tahun 1924..istana ni banyak membantu dalam ketamadunan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah ketika itu. di istana ini tersimpan tapak kaki Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,pedang baginda,janggut baginda,cop mohor baginda..juga pedang milik Nabi Daud a.s,tongkat kayu milik Nabi Musa a.s,pedang perang khalifah Ar Rasyidin (semuanya dilarang ambil gambar)
Pelawat
dibenarkan tengok pakaian, janggut dan senjata Nabi SAW...dan peninggalan
Sultan Al-Uthmani...😴
Tempat ini merupakan pusat pemerintahan hampir 400 thn semasa pemerintahan
Khalifah Uthmaniyyah & merupakan salah satu empayar terbesar di dunia.
Namun apabila Mustafa Kamal Ataturk menjatuhkan pemerintahan khilafah, tempat
ini dijadikan muzium. Hampir 2.5 juta pelancong datang ke sini setiap tahun.
Selepas penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Mehmet al-Fateh pd tahun
1453, tempat ini mula dibina sbg pusat pemerintahan. Tempat ini diberi nama
Topkapi disebabkan oleh meriam-meriam besar yg berada di luar pintu utama
istana ini. Istana ini dikelilingi dinding seluas 5 kilometer. Luas kan?
Terdapat 28 menara di dalam istana ini. Pada zaman pemerintahan dahulu kala,
5,000 orang akan mengunjungi istana ini dari seluruh negara.
Namun, kebanyakkan bangunan istana ini telah musnah dalam kebakaran besar
& gempa bumi pada abad 16 & 17.
3 pintu utama perlu dimasuki sebelum sampai ke dalam istana. Pintu Utama 1
juga dikenali sebagai Bab Humayun Door. Apabila kita memasuki pintu ini,
kita dapat melihat kecantikan & keluasan halaman istana yg sgt indah.
Rumput yg menghijau & bunga2 yg cantik menghiasi laman istana.
Kemudian, kita akan masuk ke pintu utama yg ke-2, BabusSalam. Pintu
ini telah dibina oleh Sultan Mehmet II (al-Fateh). Pintu ini juga dikenali sbg
Central Door. Bermulalah pengembaraan kita di dalam muzium istana ini.
Menara pertama di sebelah kiri pintu utama merupakan penjara bg hamba
high-level yg melakukan jenayah semasa zaman Uthmaniyyah. Dikatakan pemancung
akan membasuh pedangnya selepas hukuman pancung dijalankan di air pancut depan
pintu masuk. Selepas kita memasuki pintu BabusSalam, kita akan melihat taman
seluas 130 meter.
Apabila Sultan berada di dalam istana, adalah dilarang utk bercakap di
dalam halaman kedua istana ini walaupun halaman ini dibuka kepada org luar yg
mengunjungi dapur istana.
Di sebelah kanan halaman istana, terdapat Palace Kitchen. Hampir
1,200 org yg bekerja di dapur ini. Pada setiap hari, dapur ini akan menyediakan
20,000 hidangan utk kerabat diraja.
Pintu yg ketiga dikenali sbg BabusSaded @ Akaghalar Door. Pintu
ketiga terbesar di dalam istana ini. Maka, kita memasuki halaman ketiga istana.
Di sebelah kiri terdapat reception hall di mana keputusan Mesyuarat oleh Sultan
& duta2 dari seluruh negara Islam. Di sebelah kanan halaman pula terdapat
sekolah istana. Namun sekarang digunakan sebagai pejabat pengurusan muzium.
Di dalam istana ini juga terdapat Imperial Treasury yg menempatkan
pelbagai khazanah seluruh dunia Islam. Terdapat 4 bilik di tempat ini. Bilik
pertama menempatkan takhta milik Sultan Murat IV, lilin & paip air emas,
gold dinner sets, senjata dihiasi permata, tongkat dihiasi permata berharga
pemberian German Emperor Wilhelm II & jubah Sultan Mehmed al-Fateh.
Bilik kedua menempatkan takhta Sultan Ahmet I abad ke-17 & the famous
Topkapi Dagger (Pisau Topkapi) yg telah dihantar kepada Sultan Parsi, Sultan
Nadir oleh Sultan Mahmud I. Namun apabila dalam perjalanan mereka mendapat
berita Sultan mangkat, jd hadiah ini dipulangkan ke istana ini.
Bilik ketiga pula menempatkan Sudu yg diperbuat daripada emas @ dikenali
sebagai Spoon Makers Diamond, lilin emas untuk makam Rasulullah & takhta
emas pemerintah Mesir, Ibrahim Pasha yg dihantar ke Sultan Murat III pada abad
ke-16.
Bilik keempat menempatkan takhta emas dihiasi 25,000 mutiara yg dihantar ke
Sultan Mahmud I oleh Nadir Shah & beberapa khazanah daripada seluruh dunia.
Selain daripada itu, terdapat Holy Relics yg bermaksud Peninggalan
Suci di dalam istana ini. Selepas Sultan Salim menguasai Mesir, beliau mendapat
gelaran khalifah yg bermaksud ketua utk semua negara Islam di dunia dan membawa
semua peninggalan suci Rasulullah ke Istanbul. Jadi, kami dapat melihat pedang
baginda s.a.w & para sahabat seperti pedang Khulafah Ar-Rasyidin, Zubair
al-Awwam, Khalid al-Walid & beberapa org lagi sahabat, tapak kaki
Rasulullah s.a.w, janggut baginda s.a.w, jubah anak baginda, Saidatina Fatimah
& cucu baginda s.a.w, Saidina Husin. Selain itu ada juga tongkat Nabi Musa
a.s & serban Nabi Ibrahim a.s. Subhanallah, sgt2 teruja. Satu lagi ada
seorang hafiz sedang mengalunkan bacaan al-Quran. Subhanallah, bacaannya sgt
merdu. Pada mula kami ingatkan sekadar rekod namun rupanya real.
Selain itu, di dalam istana ini ada satu library yg menempatkan 4000
manuskrip. Sedihnya kami tidak berpeluang memasuki library sebab tgh
construction.
Hari ke 2 – Selasa 28 Mei
Hari ke 2 di
Istanbul, selepas bersarapan pagi, majlis taaruf sesama ahli
rombongan diadakan
1)
Selepas itu kami dibawa menaiki feri menyeberangi Selat Bosphorus yang
menghubungkan Laut Hitam dan Laut Marmara tapi memisahkan dua benua. Dari atas bot menelusuri Selat Bosphorus
hampir 2 jam, melihat dari air keindahanalam serta kesan peninggalan Rom - Al Fatih,
Selat
Bosphorus, sungai yang ketika dulu pernah menjadi kubu pertahanan Sultan
Muhammad Al-Fateh menjaga Constantinople daripada serangan musuh juga digunakan
Al-fateh sebagai satu taktik untuk menawan kota Constantinople. Jambatan
Bophorus merupakan jambatan tercantik di Turki, antara yang terpanjang di Eropah dan di dunia. Menghubungkan
antara Eropah dan Asia, jika dilihat dari jauh bentuknya nampak sangat nipis
dan unik sekali.
2)
Selepas itu ke Spice Market yang dikenali juga Suq Misir atau Egyptian Bazaar, iaitu tempat menjual
kuih-muih (Turkish Delight) dan
rempah-ratus. Spice Market ini pada zaman Byzantine, merupakan pusat dagangan.
Banyak rempah-ratus dari Mesir dijual di sini. Mula dibuka pada tahun 1660.
Hampir 80 kedai ada di sini. Berbentuk L dan ada 6 pintu masuk. Antara yg
menarik di sini, ada pelbagai jenis teh, teh diabetes, darah tinggi, sakit
perut, bahkan teh cinta pun ada.
3)
Kami kemudiannya dibawa ghada’
(lunch) di Restoran Neptune Balik,
makan
ikan bakar di bawah jambatan. Balik dalam bahasa Turki
bermaksud ikan.
4)
Selepas solat
Zuhur & Asar di Jami' Ayasofia, ana
sempat memberi tazkirah ringkas. Tempat kuliah di masjid di Istanbul ini agak
unik, ia dibina tinggi, pengkuliah kena naik tangga.
5)
Akhirnya kami ke
Muzium Aya Sofya yg menjadi rebutan antara dua agama iaitu Islam & Kristian.. Dari sebuah gereja yang dibina pada zaman Byzantine,
sejarahnya cukup unik, ketika Al-Fateh berjaya menawan Constantinople,baginda
telah menukarkan Hagia Sophia daripada sebuah gereja kepada sebuah masjid yang
cukup agung ketika itu. Namun hari ni setelah hampir 4 abad, kini
ia menjadi tempat pelancongan, dijadikan sebagai sebuah muzium lambang kejayaan empayar
Islam, untuk masuk ke dalamnya kita perlu membeli tiket.
Sejarah ringkas tentang
Hagia Sophia @ Ayasofya:
Sejarahnya sangat menarik. Ayasofya yang bermaksud Holy
Wisdom, merupakan gereja & tempat yang paling suci pada zaman Byzantine.
Ayasofya telah dijadikan gereja selama 916 tahun sejak pembinaannya pada tahun
537 sehinggalah Istanbul ditawan. Pada tahun 1934, orang Islam diketuai oleh al-Fateh
berjaya menjadikan Ayasofya sebagai masjid selama 481 tahun. Namun sejak
pemerintahan at-Attaturk, pada Februari 1935 dia mengumumkan Ayasofya sebagai
muzium. Moga suatu hari nanti, Ayasofya dapat dijadikan sebagai masjid semula,
amin.
Kali pertama dibina namun telah musnah dalam kebakaran akibat huru-hara yg
berlaku. Kemudian dibina semula namun perkara sama berlaku apabila bangunan
asal musnah dalam huru-hara Nike Riot berlaku. Dibina sekali lagi dan gereja tersebut
kekal sehingga zaman al-Fateh. Beliau berjaya menukar gereja ini menjadi masjid
pada hari selasa & pada hari jumaat yang pertama (3/6/1453) terus Solat
Jumaat pertama di lakukan secara rasmi di masjid ini. Betapa hebat &
beraninya beliau, subhanallah. Masih adakah pemimpin & pemuda sebegini?
Mantap Ibadah, Mantap Iman, Mantap Kepimpinan. Berjaya menawan Kota
Constantinople pada usia 19 tahun. Sangat layak digelar sebagai sebaik-sebaik
pemimpin.
Apabila Ayasofya berjaya dijadikan masjid, semua berhala dikeluarkan namun
al-Fateh meninggalkan satu lukisan yang paling besar dan paling utama.
Bayangkan masjid yang ada nama ALLAH & Rasulullah & masa yang sama
juga ada lukisan al-Masih. Antara yang menarik juga dlm Ayasofya, ada suatu
tempat di mana tempat Sultan beribadat. Nak buktikan betapa kuatnya hubungan
pemerintah seperti Sultan Mehmed al-Fatih dengan ALLAH. Sebab itu beliau tak
rasa hebat sebab beliau sedar ada yang lagi hebat yang menguasainya.
Subhanallah.
6)
Selepas itu kami ke Grand Bazaar di mana tempat membeli-belah yang
terbesar di Istanbul. Grand Bazaar (Kapalicarsi) Grand Bazaar Istanbul merupakan bazaar tertutup
yang tertua dan terbesar di Dunia. Ianya merangkumi hampir 3000 kedai dan
dikunjungi hampir 250000 hingga 400000 orang pengunjung setiap hari..cukup
mengagumkan.
Ribuan gerai yang ada di sini menjual pelbagai hiasan, cenderahati, Turkish
Delight, pakaian, pashmina, makanan & pelbagai barangan lagi.
7)
Lepas ni kami akan ke Restoran Golden Horn untuk dinner. Golden
Horn merupakan kawasan di mana tentera al-Fateh mengangkut kapal-kapal
mereka menaiki bukit dalam satu malam. Suatu kerja di luar akal logik kita.
Kekuatan dalaman (iman) mereka mempengaruhi kekuatan luaran mereka. Tiada yang
mustahil dengan izin ALLAH.
Hari ke 3 – Selasa 29 Mei.
Hari
ini hari ke 3 kami berada di Istanbul, kebetulan dengan sejarah Sultan Muhammad
Al-Fatih menawan Kota Kostantinopal, 29 Mei 1453M.
1)
Kebetulan juga pagi ni kami akan menziarahi Masjid al-Fateh,
iaitu masjid pertama yang dibina oleh beliau selepas kemenangan penaklukan Kota
Constantinople. Sementara menunggu bas datang ana memberi pengisian untuk
para jemaah, tentang sejarah pemerintahan Islam da al-Fateh.
Ktbh AAM; Sejarah Pembukaan Kota Qastantin Oleh Sultan Muhammad al
Fatih Pada 29-05-1453M
Lihat di: Khutbah di sini
Lihat di: Khutbah di sini
Masjid al-Fateh, iaitu masjid
pertama yang dibina oleh beliau selepas kemenangan penaklukan Kota
Constantinople. Tapak masjid ini adalah bekas tapak gereja St. Apostoli. Masjid
ini merupakan masjid kedua terbesar di Istanbul selepas Masjid Sulaiman. Masjid
ini pernah musnah dalam gempa bumi besar yang berlaku pada tahun 1766 &
dibina semula sehingga tahun 1771. Di dalam halaman masjid ini terdapat air
pancut sebagai minuman.
Di sebelah masjid ini terdapat University al-Fateh iaitu universiti
pertama yang dibina selepas penaklukan Kota Constantinople. Di dalamnya terdapat
banyak madrasah, pepustakaan, sekolah rendah, penubuhan kebajikan, rumah
memasak & hospital. Namun, kami tidak dapat masuk ke dalam kerana sedang
dibaik pulih. Jadi, tengok dari luar je.
Next, kami gerak ke belakang masjid. Rupa-rupanya maqam al-Fateh di
sini. Kebetulan hari ni merupakan ulang tahun pembebasan Kota Constantinople
daripada Kerajaan Rom yang ke 560 tahun. Ramai betul orang di sini.
Subhanallah. Berasak-asak berebut nak masuk dalam bangunan yg kecil ini sebab
maqam ni diletakkan dalam bangunan. Disebabkan terlalu ramai & terlalu
sesak di dalam bangunan, semasa saya baru nak masuk, tetiba polis yang jadi
penjaga bangunan ni tak bagi dah kami masuk. Jadi, kami tak dapat masuk:(
Sedihnya. Dah la datang dari jauh. Tengok dari luar juga maqam al-Fateh.
2)
Selepas itu kami menaiki bas menuju ke Masjid Abu Ayyub al-Ansari,
salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.
Siapakah gerangan Abu Ayyub ni? Haaa, ingat tak semasa hijrah Nabi s.a.w ke
Madinah, rumah beliau la yg Rasulullah tinggal semasa mula-mula Rasulullah
sampai di Madinah. Ketika ramai orang Islam berebut mengajak Rasulullah
menginap di rumah mereka semasa p'hijrahan Nabi s.a.w, Abu Ayyub mengheret unta
Rasulullah sehingga di depan rumahnya. Lalu Rasulullah bersabda, org yg
bermusafir mengikut barangannya. Maksudnya di mana unta & barang Rasulullah
berhenti, di situlah Rasulullah akan menginap. Jadi, rumah beliaulah pilihan
Nabi s.a.w.
Abu Ayyub al-Ansari @ nama sebenarnya Khalid bin Zaid. Seorang yang
bercita-cita tinggi untuk menawan Kota Constantinople. Sanggup berhijrah dari
Madinah ke Constantinople & akhirnya tiba di sini pada usia 80 tahun.
Betapa bersemangatnya pejuang Islam ini. Wasiatnya sebelum meninggal dunia,
jenazahnya dikebumikan sehampir mungkin dengan Kota Constantinople. [Lihat: http://islamstory.com/ar/أبو_أيوب_الأنصاري ]
Semasa peperangan berlaku antara tentera Islam & tentera Rom merebut
kota ini, 2 hari sebelum pelancaran serangan terhadap tentera Rom, semua
tentera Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan rohani sangat kuat dalam diri
mereka. Subhanallah. Dalam tempoh ini juga, para khatib di semua masjid
dikehendaki menyuntik semangat para mujahideen dari kisah Abu Ayyub al-Ansari
yg mempunyai semangat yang kental bermusafir dari jauh semata-mata untuk
membebaskan kota ini & ingin menjadi pemimpin & tentera yang
terbaik.
Kami solat zohor & asar di sini, namun sebelum itu kami sempat singgah
menziarahi maqam beliau (kalau benar) di belakang masjid.
3)
Kemudian kami terus bertolak ke tempat seterusnya iaitu Muzium
Tentera. Muzium ini telah dibina sejak tahun 1959. Di dalamnya terdapat
pelbagai jenis senjata, helmet, uniform & peralatan yg digunakan tentera
Turki sejak abad ke-12 sehingga perang Korea. Terdapat juga banyak lukisan yg
menggambarkan & menceritakan keadaan peperangan yang berlaku suatu ketika
dahulu di Turki & pelbagai jenis bendera, medal & senjata yang dirampas
daripada pihak musuh mereka.
Sebenarnya niat kami pergi ke Muzium ini untuk melihat sejarah sebenar Kota
Constantinople tapi muzium ini lebih menceritakan mengenai pemerintah mereka
iaitu Mustapha Kamal Attaturk. Sehinggakan disediakan satu bilik yg
menceritakan sejarah hidupnya sedangkan utk al-Fateh sekadar ruangan biasa.
Kami melihat kesan-kesan sejarah Turki daripada muzium ini.
4)
Tempat lawatan kami yang terakhir di Istanbul ini ialah Taksim Square.
Tempat ni terletak di penghujung Istiklal Street iaitu salah satu pusat
membeli-belah yang paling sibuk di Istanbul. Dinamakan Taksim sempena nama
sebuah bangunan yang menyalurkan air ke beberapa daerah suatu masa dahulu.
Di tengah-tengah Taksim Square, anda akan melihat Monumen Republik setinggi
12 meter yang telah di bina pada 1928 oleh seorang arkitek Itali. Monumen ini
sebagai simbol Independence War & asas Republik ini. Terdapat sebuah
bangunan yang besar di sekitar tempat ini yg telah dibina pada 1950 iaitu Pusat
Kebudayaan Atatturk. Bangunan ini telah dibina semula selepas kebakaran yg
berlaku pada tahun 1970. Terdapat konsert, dewan pameran & panggung wayang
di dalam bangunan ini. Selain itu, terdapat juga sebuah hotel bertaraf 5
bintang iaitu The Marmara Hotel di sekitar tempat ini. Ada sebuah taman yang
cantik di sebelah square ini yg dinamakan Taksim Trip. Di bahagian sebelah kiri
Istiklal Street terdapat St. Trias Church yang telah dibina sejak tahhun 1880
dan masih kekal sehingga sekarang. Jika anda melalui Istiqlal Street anda akan
melihat jalan utk Taksin Tunnel yang menjadi pengangkutan utk
rakyat di sini bergerak ke tempat lain
Perhatian:
Pada
masa kami berada di tempat ini kelihatan banyak truk FRU Turki yang berkawal,
rupanya itulah permulaan demonstrasi golongan secular yang ingin menentang
pentadbiran Erdogan. Kami dapat tahu cerita ini setelah berada di Madinah,
Alhamdulillah kami semua selamat.
Hari ke 4 - 30 Mei
Pagi ini kami bersiap awal & bergerak ke Attaturk Airport pada jam 8.00
pagi menuju ke Jeddah dan seterusnya ke Bumi Berkat Al-Madinah Al-Munawwarah.
Selamat tinggal Turki, bumi yang kaya dengan sejarahnya tersendiri. Wallahualam.
Moga ALLAH berkati musafir kami ini. Jumpa lagi.