Biodata

Monday, August 12, 2013

Tazkirah Buat Teman di Facebook.


SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN DAN DENGAN KESABARAN.

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه ومن والاه، وبعد.

Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya berada di hujung jari. Pelbagai nama diberi, dunia tanpa sempadan, zaman langit terbuka, dunia IT… Segalanya boleh di aksess dan tersebar dalam sekelip mata tanpa dan limit dan peraturan yang membatasinya. Sesiapa saja boleh meng-publish, upload, download, apa saja berita, cerita gambar, carta, dan sesiapa saja pula boleh membuka dan melihatnya.  

 Sekarang ada FB, twitter, instagram, we chat, whatsapp dan 1001 satu macam lagi  applications yang bertambah canggih dan tidak terikut. Seronoknya apabila terjumpa semula kekawan lama di alam maya, menjejak kasih bertanya khabar & bertukar cerita terkini, mengimbau kenangan silam, zaman remaja dan students yang indah dan tidak  mungkin berulang kembali. Boleh pula tengok foto terkini dengan anak-anaknya, rumahnya dan segala aktiviti yang ingin dikongsi.
Tetapi semuanya ada positif dan negatif, AWASLAH, jangan sampai kita lupa batasan hukum Syariah dan melanggar adab susila. Sebelum ini, tidak berapa lama dulu tersebar kes, “mangsa tagging”, semua orang bercakap tentang keburukan “tagging photos” sehingga terbuka segala aurat dan rahsia, hasil kerajinan kawan atau lawan. Gambar-gambar lama yang kita tidak suka dan tidak sesuai menjadi tatapan umum yang ajnabi, telah tersebar luas di alam maya tanpa sedar kita. Ini akibat hasil kerja orang lain…
Sila lihat:
FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Itu kerja orang tanpa kebenaran kita, tetapi apa yang lebih mendukacitakan, dan seolah menjadi trend hari ini ialah “pendedahan”, hasil buah tangan diri kita sendiri yang tidak segan silu membuka pekong di dada!!

Inilah yang dikatakan menzahirkan maksiat atau keburukan yang dilakukan!!!!

Iaitu seseorang yang membuka dan mendedahkan sendiri perbuatan buruk yang dilakukan secara tertutup, yang tidak ketahui oleh orang lain sebelumnya. Seolah-olah mereka berbangga dengan perbuatan tersebut dan mahu semua orang tahu dan melihatnya..
FITNAH FACEBOOK 

Zaman IT ini sangat mudah dan senang bagi seseorang untuk mendedahkan aib dan keburukan diri sendiri. Contohnya mungkin dengan mendedahkan gambar-gambar lama dalam koleksi, kononnya sebagai kenangan, sedangkan gambar itu sebelum mendapat kesedaran, tidak tutup aurat atau percampuran bebas.
Mungkin juga seseorang yang memang menutup auratnya, tetapi bergambar membuka aurat dalam rumah dan bersama family secara tertutup. Tetapi gambar itu disebarkan, samada melalui blog atau facebook yang boleh dilihat oleh ratusan atau ribuan orang yang haram kita perlihatkan aurat kepada mereka.
Ingatlah amaran Nabi SAW terhadap perbuatan sedemikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan dosanya, ada dalam kalangan mereka yang mendedahkan ini, melakukan dosa di waktu malam, kemudian apabila tiba waktu siang, sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan dengan berkata: Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini. Maka terhapuslah lindungan Tuhan-Nya dan jadilah dia membuka rahmat Allah yang sebelum ini menutup keaibannya.” [HR Bukhari dan Muslim].

Facebook Fitnah & Bala Akhir Zaman -Dr Abdul Basit Abdul RahmanLihat Di Sini

Ini reality bukan lagi fantasy, apabila buka tengok foto-foto di Facebook sesetengah orang, (yang kita lihat profile dan background seseorang yang memang ada asas pengajian agama dan lebih malang lagi jika dari kalangan ilmuwan dan agamawan… ustaz/ustazah); terdapat gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga dan rakan terdekat, okay tak terlepas hudud jika untuk simpanan sahaja, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang “gatal” postkannya di Fb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja dan tanpa niat namanya.
Jika yang lelaki mungkin gambar anak isteri atau keluarga terdekat, juga gambar ikhtilat yang tidak sepatutnya. Juga sebagai suami atau bapa pantaulah perbuatan anak dan isteri masing-masing, jangan pula menjadi ‘bapa borek anak rintik’!

Nabi SAW pernah bersabda:
((مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا))
Ertinya: Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya" (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”)

Taraf sesetengahnya sebagai pelajar sekolah agama yang berasaskan pendidikan Islam (terus terang ditujukan kepada semua bekas pelajar dari seluruh sek. Men. agama berprestij dari seluruh MALAYSIA ex Maahad-mahaad, kolej-kolej Islam, UIA, UKM, UM dengan Pendidikan Islamnya (malas nak sebut nama satu persatu), …..hatta dari Arab Saudi, Azhar dan Jordan, Juga untuk semua saudara/ri Islam, tak kira apa pendidikan (persekolahan) anda, tapi yang penting kamu adalah seorang Islam yang sedar dan tahu hukum-hakamnya. Don’t try to make any excuse…

Bagi sesetengah muslimah tu, zaman sek. rendah ada di antara yang terawal bertudung tak percaya tengok dalam foto facebook tu juga, after that sek. Men. dengan tudung bulat matako dan jersinya, setengahnya berdagu lagi, berstokin tebal yang panjang, zaman ni mungkin paling perfect dan sempurna pakaian muslimah solehah, masya’Allah! Then bila dah masuk universiti, agak longgar dan mula bertambah ‘modern’ & up-to date, tapi masih terkawal dengan rules dan regulations kolej, akhirnya bila dah grad dan bercareer, anda bebas tapi mungkin tak secanggih today selepas bersuami yang hebat dan memahami jiwa yang sama-sama inginkan kebebasan dan keluar dari label golongan “sek agama” atau ustaz/ustazah!!! Bukan nak suruh masih ber’jersey’ or ber’matako’, tapi yang sewajarnya lah, tepuk dada tanya iman masing-masing.
Jika kita tengok melalui gambar-gambar itu saja dapat melihat betapa hebatnya transformasi yang berlaku!!

Bagi wanita, jangan kata suka-suka sahaja sesama FEMALE FRENS, boleh kata semua orang ada kawan FB lelaki yang bukan mahram, tak termasuk lagi, kawan suami, suami kawan dlll….  Astaghfirullahal ‘Azim. Di mana asas ilmu dan iman yang ditanamkan oleh ibu bapa kita sejak kita kecil lagi? Bukan lagi salah ibu bapa yang telah memberikan kita didikan AGAMA sejak dari kecil, tapi salah Fb kot!

Untuk golongan lelaki pula si suami, tak kira apa career anda sekarang, ustaz atau bukan, apa2 professional, pantaulah anak isteri, bertanggung jawablah dengan amanah yang dipikul… Jangan hanya berdengung: Benda yang kecik2 my wife yang decide, I masalah2 yang besar2 sahaja putuskan!

 Apakah menjaga Syariah Allah itu kecik?
Pakaian, mekap dan lifestyle kita dan isteri tak perlu diambil tahu dan dipedulikan?? Bebas nak pakai apa asal masih “menutup rambut”, aurat yang lain terdedah atau hanya dibungkus sahaja?
Sedih hati dan sakit mata melihat mereka yang boleh dikatakan berpendidikan agama (terutamanya jika kawan-kawan yang dikenali) berseluar ketat (BAHKAN BER’JEANS’!), berbaju ketat dan singkat, ber t-shirt lengan pendek, ada yang bungkus tangan dengan ‘setongan’ sahaja, tak kurang juga yang togel begitu sahaja! Fesyen baju tak usah kiralah, mungkin waktu itu bersama keluarga, TETAPI YANG MENYEDIHKANNYA KENAPA SANGGUP MENGAIBKAN DIRI DAN MENJATUHKAN MARUAH diri dan Islam DENGAN MEM-PUBLISHNYA UNTUK TATAPAN UMUM, OPEN TO PUBLIC??? JANGAN KATA TAK TAHU BATASAN DAN BAGAIMANA PAKAIAN WANITA ISLAM, BATASAN AURAT YANG TELAH DIJELASKAN ALLAH SWT?

        Manakala si suami yang para professional pula, yang kononnya tiada asas pendididikan agama, (sebenarnya asas agama semua dah ada, alhmdulillah semua Islam dan tahu hukum, cuma tidak sekolah Arab atau agama je dulu…). Bukankah kamu berkenan dan jatuh hati kepada si dia itu kerana tudungnya dulu, kerana sopannya pakaian muslimahnya? Berkenan untuk dijadikan suri membimbing anak2 dan diri, membina keluarga mukmin?? Tetapi sekarang nampaknya semua dah sama2 hanyut dalam arus modenisasi dan globalisasi, bukan lagi yang mempunyai basic agama memberi kesan positif kepada pasangannya tetapi seolah-olah sebaliknya….

Ingatlah hadis Rasulullah saw yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya tentang orang-orang di bawah jagaannya.” [HR: Al-Bukhari].
Isteri dan keluarga adalah di bawah tangungjawab suami!!! Mustahil tak tahu hukum kalau dah Melayu dan Islam sejak lahir di Malaysia. Muallaf pun tahu dan di ajar semuanya sekarang ni. Kalau tak tahu, belajarlah…
 
Ajaibnya tengok gambr dulu dan kini, tak rasa malu pula bubuh gambar zaman sek. rendah dan menengah yang begitu sopan, lepas tu gambar terkini yang WOW!!! Faham-faham sendirilah… mungkin kita bangga dan megah dengan transformasi itu, tapi pada hakikatnya ia adalah sesuatu yang merendahkan taraf dan diri sendiri.

Selepas ni semoga setiap orang boleh cek gambar masing-masing, mana-mana yang rasa tak lulus guidelines Syariah, silalah buang dan simpan untuk tatapan dan kenangan peribadi. Jangan gambar aje, ubahlah penampilan dan pakaian kita, tak kira apa saja anda sekarang, kalau ustaz/ustazah lebih2 lagi, kalau bukan by profession atau sijil pun, by nature and basically kita semua ni boleh dikatakan ustaz/zah, ayah2 kita kebanyakannya, ustaz2, tok2 imam, tok2 lebai dan yang sejenis dengan nya.
Juga jangan kita terlalu ghairah, memuatkan semua foto2, apa saja aktivti hidup dishare umum, ingatlah fb inipun namanya “Laman Sosial”, kita bukan lagi remaja belasan tahun yang masih belum jelas halatuju hidupnya, usia sesetengah kita ini dah nak masuk group wargakubur pun…
Yang lebih menyedihkan sesetengah ustaz tu sanggup publish gambar-gambar berdakap mesra dengan isteri masing-masing, bahkan lebih parah berposing mesra di depan Ka’bah??? Memang anda berdua halal, tetapi adalah aib dan tidak halal untuk mempamerkannya di hadapan orang lain… orang lain suami isteri pun “loving & caring” macam kita juga!!! Kita bukannya mat saleh atau kucing, unta pun tahu malu..

Maaflah jika terasa, memang nak suruh muhasabah pun, bukan juga merasakan diri ini lebih baik dan sempurna, tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa lebih-lebih berhati dan tidak melangkaui batasan yang telah ditetapkan-NYA!
Akhirnya, ingatlah firman Allah yang bermaksud:
"Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?” [Fathir: 37].
Sebahagian ahli tafsir mengatakan panjang umur itu ialah apabila telah sampai “40 tahun”, manakala tanda peringatan itu pula ialah “uban”.

Cacatan ini memang peringatan untuk semua saudara/ri Islam, tua muda, remaja atau warga emas. Tetapi  lebih-lebih lagi bagi mereka yang  yang sudah matang dan berusia, para suami dan isteri, kita sepatutnya menunjukkan contoh dan didikan yang baik kepada para anak muda dan remaja di luar sana, yang masih memerlukan bimbingan agama dan akhlak. Bukannya turut hanyut dan terikut budaya dan arus yang negatif itu.

Wallahu a’lam.

Catatan by: Mama ‘Iffah, Ummu Anas Madani, 29hb Mac 2010. 
Update dan edit 6 Syawal 1434H - 13/8/13.