SEBAB HARGA BARANG NAIK & HUJAN TURUN AIR TAK ADA:
Di penghujung usia dunia ini, pada saaat akhir
zaman, perkata mungkar dan maksiat yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai tanda
dan alamat hampir Kiamat telah banyak dilakukan oleh manusia. Yang amat
menakutkan, terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis
maksiat yang akan disegerakan balasannya semasa di dunia ini lagi.
Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada
kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima
perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka
tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga
kamu tidak melalui zaman itu.
1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga
mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di
kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan
ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.
2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan
timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan
mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda,
kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang
(yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi
hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan
Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan
merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak
melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan mereka meilih ayat
atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana
di kalangan mereka sendiri."
[HR Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978].
Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:
1. Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit
kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan
banyaknya terjadi perzinaan.
2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan
adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan
timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, minyak naik, pendapatan
tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi.
3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan
zakat. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak
mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa
bala bencana pula!
Lihat Video di: Hujan Banyak Air Tak Ada
4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa
yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan
kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT,
tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah
atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri.
Rakyat akan merempat di bumi sendiri!
5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum
Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWTdan tidak
menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku
perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa.
سنن ابن ماجه: عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ:
((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ
خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛
1-
لَمْ تَظْهَرْ
الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ
وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا.
2-
وَلَمْ يَنْقُصُوا
الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ
السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ.
3-
وَلَمْ يَمْنَعُوا
زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ
لَمْ يُمْطَرُوا.
4-
وَلَمْ يَنْقُضُوا
عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ
غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ.
5-
وَمَا لَمْ
تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ
إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ))
Semoga Allah SWT selamatkan kita semua dari bala dan kemurkaan-Nya.
Abu Anas Madani,
3/9/2013 - 27 Syawal 1434H.