Hukum Penggunaan Inhaler dan
Accuhaler Ketika Puasa.
بسم الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف
الأنبياء والمرسلين،
نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين،
وبعد:
Menunaikan
ibadat puasa dengan sempurna merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh
setiap muslim, menjaga puasa dari perkara yang membatalkannya juga tidak kurang
pentingnya, oleh itu perbincangan tentang perkara ini adalah perlu untuk
menjaga puasa dari terbatal, dan membatalkan puasa dengan perkara yang sebenarnya
tidak membatalkannya akan menyempitkan ruang yang telah diperluaskan oleh Allah
swt. Ayat 185 dari Surah Al-Baqarah adalah salah satu
ayat yang telah disebut oleh Allah swt tentang keringanan syariat-Nya:
]
يُرِيدُ اللهُ
بِكُمُ الْيُسْرَ، وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ [
{Allah menghendaki kemudahan
bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.}
Oleh kerana ramai
masyarakat yang bertanya tentang hukum penggunaan Inhaler oleh orang yang memerlukannya
dan juga beberapa hukum yang berkaiatan dengan kesihatan yang lain, maka kami
catatkan di sini beberapa isu tersebut, semoga ianya member manfat untuk
menyelesaikan persoalan tersebut.