Ke
Mina, Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Pada
malam Selasa 7hb Zulhijjah (21 Sep 2015) Jemaah Ash-har Maktab 94 telah
dihantar ke Mina untuk beribadat pada Hari Tarwiyah seperti mana amalan Rasulullah s.a.w. ketika mengerjakan haji.
Alhamdulillah
sepanjang hari berada di Mina, setiap kali lepas solat kami penuhi dengan
kuliah dan tazkirah serta bacaan zikir pagi dan petang.
Bermula
Subuh pagi 8 Zulhijjah dengan zikir dan kuliah Subuh. Sebelum solat Zuhur juga
ada kuliah. Selepas solat Zuhur dibantu kuliah oleh Ustaz Abdullah Bukhari
dengan tadabbur ayat-ayat Haji. Juga kuliah disambung lagi selepas solat Asar
dan Maghrib.
Satu
dialog terbuka pula diadakan selepas solat Isya' pada malam Arafah untuk
memberi peluang kepada jemaah berbincang dan bertanya tentang perkara yang mereka inginkan penjelasan.