Catatan Rehlah Haji Abu Anas
Madani 1436H.
Alhamdulillah
panggilan haji tiba lagi, terlalu sukar untuk menolak atau membuat keputusan
untuk tidak menyahut seruan yang besar ini. Kerana bukan ramai yang dapat
tawaran atau panggilan sebegini.
Walaupun
pada musim haji tahun 1436H (2015) ini, kedaan kesihatan lutut agak kurang
baik, dan sahabat ahli perubatan juga menasihatkan agar menangguhkan pemergian
atau rehat seketika untuk memulihkan kesihatan. Namun seruan haji tidak dapat
dihalang dengan pelbagai alasan yang cuba dicari untuk menenangkan hati agar
dapat menerimanya.
Rombongan
Ada pelbagai jenis perjalanan dan rombongan. Semua dengan tujuan
masing-masing, menuju destinasi tersendiri..
Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda:
"وفد الله ثلاثة: الحاج والمعتمر والغازي"
Maksudnya: “Rombongan Allah ada tiga; iaitu orang yang menunaikan
haji, orang yang menunaikan umrah dan orang yang berperang (di jalan Allah).” [Sahih
Ibnu Hibban 9/5 (3692)]
Imam Al-Manawi
rahimahullah berkata:
"قادمون عليه امتثالاً لأمره"
“Mereka adalah
orang yang menuju dan mendatangi Allah untuk melaksanakan perintah-Nya.”
[At-Taisir, 2/315]
Perjalanan yang baik
adalah perjalanan ibadah yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.
Rombongan dengan tujuan ini adalah sebaik-baik rombongan.
Semoga Allah memilih
kita untuk menjadi mereka yang berada dalam rombongan-Nya. Amin. [#Arar, 1436H]
Pembimbing Jemaah
Seperti
biasa ana akan ke Makkah sebagai pembimbing kepada jemaah Haji Ash-Har Travel, untuk tahun ini
dijadualkan bertolak dengan KT 51 bersama 61 orang jemaah. Namun atas beberapa
sebab terpaksa tangguhkan jadual penerbangan pada hari Khamis 10 Sept untuk
beberapa hari.
Akhirnya, pada hari Isnin 14 September 2015
bersamaan 30 Zulqa'dah 1436H, berangkat dari Kota Bharu dengan MH1389 pada jam
12:30 pm ke KLIA. Sampai di airport rehat seketika, kemudian berjumpa dengan
beberapa orang sahabat ahli Masjid Kuaters KLIA diketuai oleh Akhi Jazman.
Terfikir
juga, dengan kecanggihan alat pengangkutan dan teknologi terkini, masihkah lagi boleh dikira musafir pada zaman
kita ini sebagai satu masyaqqah?
1- Musafir Sebahagian dari azab.
Pengembaraan pada zaman kita sekarang sangat senang dan mudah
berbanding dengan zaman dahulu. Namun kata-kata "Musafir Sebahagian
dari azab" masih terpakai, kenapa?
Imam al-Haramain, Abu Al-Ma'ali al-Juwaini ditanya tentangnya.
Jawab Sheikh dengan spontan:
"Kerana ia memisahkan dengan orang-orang yang
disayangi".
Benar, bila mengembara maka ramai orang kesayangan terpaksa ditinggalkan;
anak-anak, isteri / suami, ibubapa dan kawan-kawan...
Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang perkara yang
tidak baik!
[AAM, Rehlah Haj 1436H- MH 1389 -KB - KL 30/11/1426 - 14/9/2015]
Pada
jam 3:30pm, berkumpul di KLIA bersama jemaah yang akan berangkat bersama, iaitu
seramai 25 orang yang akan terbang dengan SAUDIA SV835. Penerbangan biasa (Comersial
Flight) pada jam 6:00pm.
Alhamdulillah
penerbangan dilalui dengan selesa, Bos Ash-Har bermurah hati menempatkan petugas
bersama jemaah di First Class (F).
Alhamdulillah,
kami semua selamat tiba di Jeddah pada jam 9:30pm waktu Arab Saudi. Atas nama
pakej khas -atau orang suka sebut VIP- maka pihak syarikat telah tempah sambutan
khas ke bilik VIP atau khidmat segera. Begitulah rancangannya nak cepat atau
nak bagi keselesaan buat jemaah.
Kebetulan
dalam flight kami juga ada pakej VIP dari TH Travel dan syarikat Rayhar, maka
bersumbatlah terminal dengan para VIP haji ini - jemaah terlalu ramai manakala kaunter
Imigration pula satu aje yang dikhaskan.
Di
saat penantian ini, sempat membaca cerita haji orang zaman dahulu dan membuat
catatan di bawah ini.
Lama
Menunggu di Airport.
Jemaah
haji yang tiba di Airport Terminal Haji Jeddah terpaksa melalui proses cop
pasport, kastam dan menunggu bas. Proses mungkin mengambil masa enam jam atau
lebih. Bagi yang ikut pakej mahal pula terpaksa duduk di bilik vip menunggu
proses tersebut.
Dalam
tempoh menunggu itu, ada yang tertidur kerana kepenatan atau bertukar waktu
tidur. Ada yang berbual-bual, ada juga yang istiqamah dengan zikir dan membaca
Quran.
Ana terbaca kisah "Berjalan ke Makkah Sehingga
Beruban".
Suatu hari seorang sheikh sedang melakukan tawaf, tiba-tiba dia
terdengar seorang jemaah bernasyid:
"Ziarahilah mereka yang engkau sayang, walaupun jauh
jaraknya-
Dan terhalang untuk
sampai kepadanya dengan berbagai rintangan".
Sheikh tersebut dapat mengesan, pasti orang ni datang dari jauh.
Lantas beliau bertanya: "Dari mana awak datang?"
Jawab lelaki itu: "Dari negeri China yang jauh."
Sheikh bertanya lagi: "Sejak bila kamu keluar dari
negerimu?"
Jawabnya: "Apa yang tuan nampak di kepala saya?"
Jawab sheikh: "Sudah putih kerana banyaknya uban."
Kata lelaki itu: "Ketika saya keluar dari negeriku, belum
lagi ada uban dikepalaku."
Kata AAM; "Syukurlah
tuan-tuan, makmurkan masa menunggu dengan zikir, talbiyah dan tilawah quran.
Masa kita menunggu
tidakkah sampai menambahkan lagi uban yang sedia ada di kepala kita."
Semoga beroleh redha Allah& haji mabrur.
[AAM, 1 Zulhijjah 1436H. Saat menunggu di KAAIA, Jeddah]
Rehat dan Tunggu.
Setelah
berada di bilik menunggu (bilik tanfizi -VIP), jemaah menunaikan solat maghrib
dan Isya' Jama' taakhir, mencari-cari sim kad data saudi, Zain, STC atau Mobily
dan minum-minum dan makan roti atau kek.
Proses
imigrasen dan kumpul barang siap jam 4 pagi, dah hampir waktu subuh.
Jam
6:05 pagi bertolak ke Makkah, berhenti di beberapa tempat seperti check point jawazat
(imigresen), tempat pengagihan hadiah haj dan ambil guide, lalu terus ke Maktab
Muassasah 112 dan 94.
Tiba
di Makkah, Hotel Safwah jam 9:30 pagi. Dari mula sampai di Jeddah sampai ke Makkah
memakan masa 12 Jam. Alhamdulillah 'ala kulli haal.
Sampai
di Makkah.
Alhamdulillah
jemaah sampai di Makkah, ada yang tinggal di Hotel Safwah, Jemaah KT 51
majoritinya di Hotel Nada Diyafah dan sebahagian kecil di Saraya Ajyad. Jemaah
JKIM pula di Hotel Multazam.
Tragedi
kren runtuh Masjidilharam.
Pada
Petang Jumaat 27 Zulqa'dah 1436H bersamaan 11 Sep 2015 berlaku ribut dan hujan
lebat di Makkah, yang mengakibatkan salah satu kren pembinaan yang terbesar terbalik.
Kemalangan
ini menyebabkan lebih 100 orang terkorban, dan 7 orang daripadanya adalah
rakyat Malaysia.
Semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menyembuhkan yang sakit dari
kalangan mereka.
Lihat laporan di:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-tragedi-kren-runtuh-di-masjidilharam-lima-warga-malaysia-disahkan-maut-73042
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-tragedi-kren-runtuh-di-masjidilharam-lima-warga-malaysia-disahkan-maut-73042
Cerita
Kuota Tambahan.
Tahun
ini berlaku lagi anugerah kouta tambahan sebanyak 5000 orang, maka kelam-kabutlah
syarikat Travel yang diberi kouta sekita 60 orang lebih bagi setiap satu
syarikat. Dari mencari jemaah yang sanggup buat urusan segera, juga mencari
seat penerbangan dengan syaraikat SAUDIA sahaja kerana masa sudah lewat.
Pihak
pengurusaan di Makkah pula ke sana ke mari mencari hotel yang sesuai dan dekat.
Alhamdulillah
jemaah terakhir selamat tiba pada 19 Sep
2015, iaitu sudah 5hb Zulhijjah 1436 dan lagi dua hari nak ke Mina.
Bersyukurlah!
SESUNGGUHNYA
DIRIMU TELAH DISERU.
قال الله تعالى :
"وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ
بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ
عَمِيقٍ." (سورة الحج : ٢٧
"Dan serukanlah umat
manusia untuk mengerjakan ibadah Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah
Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang
kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
(Surah al-Haj : 27)
Al-Imam
Ibnu Kathir rahimahullah menyatakan di dalam tafsirnya :
Allah
memerintahkan Nabi Ibrahim 'Alaihissalam menyeru manusia supaya menunaikan
ibadah Haji.
Nabi
Ibrahim bertanya : Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku boleh menyampaikan seruan
ini kepada manusia sedangkan suaraku tidak mampu melaksanakannya?
Allah
menjawab : Serulah, kami yang akan menyampaikannya.
Lalu
Nabi Ibrahim pun menyeru :
Wahai
manusia, sesungguhnya Tuhan kalian telah menjadikan rumah ini (Kaabah) sebagai
tempat ibadah, maka datanglah untuk melaksanakan ibadah Haji.
Dikatakan
bahawa suara tersebut telah sampai kepada mereka yang berada di dalam rahim
para wanita dan sulbi para lelaki. Bahkan telah diterima seruan tersebut oleh
semua yang mendengarnya daripada batu-batu, tanah liat, pokok-pokok dan sesiapa
yang telah ditulis di sisi Allah untuk melaksanakan ibadah Haji sehinggalah
Hari Kiamat.
Lalu
mereka menjawab :
لبيك اللهم لبيك
(Kami sahut seruan-Mu ya
Allah)
قال ابن كثير هذا مضمون
ما ورد عن ابن عباس ومجاهد وعكرمة وسعيد وابن جبير وغير واحد من السلف ، والله أعلم.
- انتهى كلامه بالتصرف -
"Ya Allah, kurniakanlah
kepada kami dan zuriat kami rezeki untuk melaksanakan ibadah Haji dan mendapat
haji yang mabrur di sisi-Mu."
[#A'AmM,
6 Zulhijjah 1436H].
Petugas
dan Pembimbing.
Dalam
jemaah Ash-har yang menjadi pembimbing sepenuhnya ialah Ustaz Rohaimi - Mudir Maahad
Tahfiz di Kajang- yang datang awal dan balik bersama jemaah terakhir.
Abu
Anas sebagai ketua bimbingan dan dibantu oleh Ustaz Ahmad Husni - Abu Fatih
Al-Mubaraki- dan Ustaz Ahmad Hasyimi - Abu Abdurrahman.
Semua
para pembimbing sangat aktif, bersemangat dan dedikasi, jazakumullahu khaira.
Kebetulah
bersama jemaah kami juga Ustaz Abdullah Bukhari -Pensyarah UIA- juga boleh
dikira pembimbing bantuan serta pencatat dan pengulas isi kandungan tazkirah yang
sangat bermanfaat, barakallahu fiik ya
Ustaz Loh.
Ustaz
Loh menemani ana dalam rehlah haji kali ini ke Arafah, Mina & Muzdalifah.
Keberkatan
Allah Ta'ala perintahkan kita untuk sentiasa melakukan kebaikan dan berbuat ihsan.
Namun, ada masanya, ada perbuatan baik yang dilakukan tidak
dipedulikan atau tidak dihargai oleh manusia.
Seorang ulama', As-Syinqithi berkata kepada anaknya:
لا تَحزنْ عَلى طَيبتك؛ فَإنَ لَم يُوجَد فِي الارَض مَن يَقدرهَا؛ ففي السَماء مَن يَباركهَا
"Janganlah
engkau bersedih dengan kebaikan yang engkau lakukan. Jika tiada di atas bumi
ini yang menghargainya, maka ada yang di atas langit yang MEMBERKATINYA".
Maka buatlah ihsan
dan kebaikan, samada ia dihargai manusia atau tidak. Semoga Allah memberikan
keberkatan kepada yang melakukannya.
[#Arar, Haj 1436H].
Tazkirah Sebelum Haji.
Beberapa siri kuliah dan tazkirah yang sempat dilakukan sebelum haji
kepada para jemaah ialah;
1- Anda di Makkah.
Memperkenalkan kepada jemaah kedudukan Bumi Makkah, Kelebihan dan
sejarahnya. Menjaga Adab ketika di Makkah & Ketika Haji.
AAM 01 Rehlah Haji 1436;
Kelebihan Tanah Haram Makkah
dan Memahami Erti Haji Mabrur.
2- Fadhilat Amalan di Awal Zulhijjah & di Makkah.
Tazkirah tentatif untuk memenuhkan masa di Makkah dengan membaca al-Quran,
berpuasa, berzikir, sedekah dan lain-lain.
Lihat Kuliah di:
3- Tips Meraih Haji Mabrur
& Ulangkaji Hukum Haji dan Sunnahnya.
Haji Mabrur;
AAM; Beberapa Tips Untuk Meraih HAJI MABRUR Yang Sangat Besar
Kelebihannya"
Lihat di: YouTube - https://youtu.be/Gj6z-KAIZrc
Lihat di: YouTube - https://youtu.be/Gj6z-KAIZrc
AAM; Tips-tips Mengisi 330 Minit Di Arafah Yang Perlu Dilakukan Oleh Jemaah Haji.
Haji Mabrur:
Mabrur dari perkataan al-Bir, kebajikan dan lawannya dosa.
1- Ada ulama' berkata:
Haji mabrur ialah haji al-maqbul iaitu yang diterima oleh
Allah.
Tidak ada seorang pun yang mengetahui tentang qabul amalannya
selain Allah, kerana itu Allah berfirman, maksudnya: {Sesungguhnya Allah
menerima amalan dari orang yang bertaqwa.} [al-Maidah: 27].
Berkata Abu ad-Darda' ra ketika membaca ayat ini:
"Kalau aku yakin bahawa Allah swt telah menerima dariku
satu solat sahaja, lebih aku kasih dari dapat memiliki dunia dan isi
kandungannya".
2- Haji Mabrur ialah haji yang dilakukan dalam keadaan bersih
dari sebarang dosa. Ini pandangan pilihan Imam an-Nawawi.
3- Haji mabrur ialah haji yang tidak ada perasaan riya' dalam
menunaikannya.
Kata Imam al-Qurtubi rh:m
"Tiga pendapat di atas hampir sama maknanya.
Haji mabrur: Ialah haji yang telah disempurnakan hukum hakamnya
dan bertepatan amalannya dengan tuntutan syariah dengan cara yang
sempurna".
[Al-Haj, dari Bulugh al-Maram: 34]
[#AAM, Mina, Maktab 94, Malam
Tasyrik Pertama 1435H].
Haji Mabrur (02):
شروط الحج المبرور
Syarat untuk mendapat haji mabrur;
1- Niat yang ikhlas kerana Allah, tidak riya' dan nak
menunjuk-nunjuk kepada orang.
2- Nafkah yang halal.
Allah Yang Toyyib tidak
menerima melainkan yang baik.
3- Menjaga anggota ketika mengerjakan haji dari perbuatan munkar
dan maksiat, mengumpat, menjadi batu api, berbantah-bantah dan seumpamanya.
4- Menunaikan amalan haji dengan menyempurnakan rukun, wajib,
syarat dan semua sunnah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w serta banyak berzikir
kepada Allah.
5- Setelah selesai mengerjakan haji, hendaklah menjaganya dari
sifat riya' dan perkara yang menghilangkan pahalanya.
#AAM, Mina, hari al-Qarr 1435H.
ISYTIHAR PEMERGIAN HAJI...RELEVANKAH?
Dr Abdul Basit (wakil Ash-har Travel) memberikan taklimat
gerakan ke Mina untuk hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) sebelum Wuquf pada ke 9
Zulhijjah.
Timbul persoalan adakah relevan mengisytiharkan pemergian kita
ke Mekah untuk Haji? Bimbang akan timbul
riya'?
Bimbang diberikan duit
belanja oleh saudara mara dan teman2?
Ini jawapan Dr Abdul Basit terhadap anggapan itu:
"Ikhlas adalah rahsia hati. Apabila ramai yang tahu, maka DOA
MEREKA AGAR KITA MENDAPAT HAJI MABRUR mungkin membantu kita memperolehi anugerah
haji mabrur.
Duit hadiah atau sedekah dari saudara mara serta kawan-kawan
sempena pemergian kita ke Haji MAMPU MEMANJANGKAN PAHALA UNTUK SI PEMBERI
SEDEKAH/HADIAH kerana bukan semua berkesempatan menunaikan haji."
Semoga kita semua mendapat PAHALA HAJI MABRUR sama ada secara
fizikal di Mekah atau di Malaysia. Amin!
[#Catatan: Haji Abdullah Bukhari Abdul Rahim - Makkah 21
September 2015].
Berpisah
Maktab.
Setelah
Persiapan dibuat, sebahagian jemaah yang datang akhir terpaksa berpisah
lantaran jemaah yang ke Maktab 94 terlalu ramai, maka sebahagian dari jemaah
yang datang lewat ditempatkan di Maktab 68, atau dikenali dengan "Maktab
Furada" iaitu -Jemaah haji yang datang sendiri-.
Maka
jemaah Ash-Har sudah terbahagi tiga.
2-
Maktab 94 dibimbing Oleh Abu Anas Madani dan dibantu oleh Ustaz Firdaus Mohd
Nor dan Ustaz Abdullah Bukhari.
Alhamdulillah
jemaah yang majoritinya di Maktab 94 dapat berangkat ke Mina pada hari
Tarwiyah.
Penjelasan Sunnah Tarwiyah - Sila Baca di:
http://abuanasmadani.blogspot.my/2012/11/catatan-rehlah-haji-1433h-2.html
Penjelasan Sunnah Tarwiyah - Sila Baca di:
http://abuanasmadani.blogspot.my/2012/11/catatan-rehlah-haji-1433h-2.html
Bersambung: Ke Mina...
Beberapa Poster Dakwah
Hadiah Untuk Para Hujjaj