بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين القائل:
{السُبْحَانَ
الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ
الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ
الْبَصِيرُ} [الإسراء : 1]
Maksudnya: {Maha Suci Allah, yang
Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al
Masjidil Aqsa yang Telah kami berkati sekelilingnya [Maksudnya:
Al Masjidil Aqsa dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan
diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya] agar kami perlihatkan kepadanya
sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha
mendengar lagi Maha Mengetahui}. [Surah Al-Isra’: 01]
Peristiwa ini adalah merupakan suatu
mukjizat dan kemuliaan bagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.. oleh yang
demikian banyak kitab yang ditulis mengenainya, namun banyak buku yang ditulis
bercampur antara maklumat yang benar dan sahih dengan maklumat yang dhaif atau
palsu.
Untuk menyampaikan maklumat yang
benar kepada masyarakat pihak Dartaibah.com telah memilih kitab Ar-Rahiq
Al-Makhtum, Karangan Sheikh Safiyyurrahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah
sebagai rujukan dalam memahami dan meghayati peristiwa yang bersejarah bagi
umat ini. Insya’Allah dalam siri yang lain kami akan memilih kitab yang lain
pula sebagai bahan bacaan & rujukan umum.
Doakan semoga usaha yang sedikit ini
diberkati oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
Akhukum, AAM 6 Rejab 1434.
[Petikan dari Kitab Ar-Rahiq
Al-Makhtum, Oleh Safiyyurrahman Al-Mubarakfuri, Rahimahullah]
Isra’ Dan Mi’raj
Di dalam tempoh dakwah Rasulullah
s.a.w yang terus bergerak dan mencapai kejayaan di samping
penindasan-penindasan, namun kemenangan sayup-sayup sudah kedengaran, di saat
ini berlakulah peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
AAM 1437H; Ceramah Isra' & Mi'raj Dari Kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum. Sejarah & Hikmah.
Penentuan masa berlakunya peristiwa bersejarah ini terdapat sedikit
khilaf, di antara pendapat-pendapat tersebuta ialah:
1.
At-Thabari menentukan berlakunya di
tahun Baginda s.a.w dibangkitkan [diutuskan sebagai
rasul].
2.
An-Nawawi dan al-Qurtubi mentarjihkan
berlaku di tahun kelima kebangkitan Baginda s.a.w.
3.
Al-‘Allamah al-Mansurfuri menetapkan
pada malam 27 di bulan Rejab tahun kesepuluh kebangkitan Baginda s.a.w.
4.
Pendapat lain mengatakan 16 bulan sebelum
hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun dua belas kebangkitan Baginda s.a.w.
5.
Ada pendapat setahun dua bulan
sebelum hijrah iaitu di bulan Muharram tahun ketiga belas kebangkitan
Rasulullah s.a.w.
6.
Satu lagi pendapat menyebut
berlakunya setahun sebelum hijrah iaitu di bulan Rabiulawal tahun ketiga belas
kebangkitan Baginda s.a.w.
Ketiga-tiga pendapat yang terawal [1-3] ditolak kerana Sayyidah Khadijah
r.a telah wafat di dalam bulan Ramadhan tahun kesepuluh kebangkitan Baginda,
kewafatan beliau adalah sebelum sembahyang lima waktu difardhukan, dan tiada
khilaf bahawa sembahyang itu mememang difardhukan di malam berlakunya Isra’ dan
Mi’raj itu.
Manakala tiga pendapat terakhir, saya
sendiri tidak dapat mentarjihkan yang mana satu pun. Namun gaya bahasa surah
al-Isra’ itu menunjukkan Isra’ itu berlaku di ketika masa-masa yang terakhir
sebelum hijrah.
Kuliah
Ceramah AAM 1433; ISRAK & MIKRAJ MENURUT AL-QURAN & HADIS..
Para Imam al-Hadith meriwayatkan
huraian lanjut mengenai peristiwa ini “berdasarkan hadis sahih”, di sini kami
memuatkan ringkasannya:
Ibnu al-Qayim telah menyebut:
Rasulullah s.a.w relah diisra’kan
jasadnya dari masjid al-Haram ke Baitul Maqdis dengan menunggang buraq, dengan
ditemani oleh Jibril a.s, Rasulullah s.a.w turun ke Baitul Maqdis dengan mengimami
sembahyang, bersama para nabi-nabi a.ss yang terdahulu, buraq ditambat di
halaman masjid al-Aqsa.
Setelah itu Rasulullah s.a.w
dimi’rajkan di malam yang sama dari Baitul Maqdis ke langit terdekat, lalu
Jibril meminta supaya pintu langit dibuka, setelah dibukanya, di sana
Rasulullah s.a.w telah melihat Adam a.s bapa sekalian manusia, Baginda pun
s.a.w memberi salam kepadanya, Baginda dialu-alukan dan membalas salam dan Baginda
s.a.w diperakukan sesuai dengan kenabiannya. Allah SWT memperlihatkan kepada
Baginda roh-roh para syuhada’ di sebelah kanan dan roh-roh yang terseksa di
sebelah kirinya.
Kemudian Baginda s.a.w dibawa naik ke langit kedua, Jibril a.s meminta
supaya dibuka pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya dan di sana
didapati nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam a.s, diberinya salam lalu
dijawab salam dan dialu-alukan mereka, disamping memperakui kenabian Muhammad
s.a.w.
Setelah itu Jibril a.s membawa Rasulullah s.a.w ke langit ketiga, di
sana mereka bertemu dengan Nabi Yusof a.s, setelah salam diberikan dan disambut
Baginda s.a.w dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.
Selepas itu, Baginda s.a.w dibawa ke ke langit kelima. Di sana Baginda s.a.w bertemu dengan Nabi Harun bin Imran a.s,
Baginda s.a.w menjawab salam yang diberi, Baginda s.a.w dialu-alukan dan diakui
kenabiannya.
Kemudian Baginda s.a.w dimi’rajkan ke langit keenam. Di sana Baginda
s.a.w bertemu dengan Musa bin Imran a.s, Baginda s.a.w memberi salam dan
dijawab serta dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah s.a.w
ingin betolak dari tempat Musa a.s, Musa pun menangis, lalu di tanya Musa a.s
apakah yang membuatmu menangis? Jawab Musa a.s: aku menangis kerana orang yang
diutuskan selepas ku, umatnya memasuki syurga lebih ramai dari umatku.
Seterusnya Rasulullah s.a.w
dimi’rajkan ke langit ketujuh, padanya Baginda s.a.w menemui Ibrahim a.s,
setelah salam diberi dan dijawab, Baginda s.a.w dialu-alukan dan diakui
kenabiannya. Sesudah itu Baginda s.a.w
dimi’rajkan ke Sidratul Muntaha dan dibawa ke al-Baitul Makmur.
Akhirnya, Baginda s.a.w dimi’rajkan ke hadapan Allah al-Jabbar Jalla
Jalaluh, Baginda s.a.w menghampiri-Nya di kedudukan paling dekat, maka difirman
dan diwahyukan kepada hamba-Nya Muhammad s.a.w segala sesuatu, difardhukan ke
atas Baginda s.a.w solat 50 waktu, dengan itu Baginda s.a.w pun turunlah untuk
pulang dan dipertengahan jalan Baginda s.a.w melalui Musa bin Imran a.s yang
bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w: Dengan apa engkau diperintahkan? Jawab
Baginda s.a.w: Daku difardhukan dengan 50 waktu solat, jawab Musa a.s: Umat kau
tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan SAW, pohon kepadanya pengurangan,
demi untuk umatmu, Baginda s.a.w berpaling kepada Jibril a.s bagaikan untuk
mendapat pandangan maka Jibril a.s pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa
a.s itu, dengan itu Jibril a.s membawa semula kehadapan Tuhan Rabbul Jalil,
justeru itu Allah SWT pun mengurangkan sehingga tinggal 10 waktu sahaja, maka
Baginda s.a.w turun, semasa itu sekali lagi Baginda s.a.w melewati Musa a.s,
Baginda s.a.w menceritakan apa yang berlaku, maka kata Musa a.s sekali lagi
sebagai menasihati, ayuh pulanglah semula kepada Tuhanmu SWT dan mintalah agar
dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah s.a.w berulang–alik di antara Allah Rabbul
Jalil dan Musa a.s, dengan itu Allah SWT
telah mengurangkan, hingga tinggal menjadi 5 waktu solat sahaja, masih lagi
Musa a.s menyuruh Rasulullah s.a.w mengatakan: Sesungguhnya aku terasa malu,
malah setakat inilah aku merelai dan menerima perintah-Nya itu, setelah jauh,
Baginda s.a.w diseru: Sesungguhnya Aku menguatkuasakan solat fardu dan
Kuringankan keatas hamba-hamba-Ku.
Ibnu al-Qayim juga telah mengemukakan pendapat yang berlainan mengenai
penglihatan Rasulullah s.a.w terhadap Tuhannya SWT, yang kemudian beliau
mendatangkan perbincangan Ibnu Taimiyah mengenai tajuk berkenaan, hasil kajian
mendapati bahawa penglihatan Rasulullah s.a.w dengan mata kepala tidak thabit
sejak asal lagi, sebenarnya, pendapat ini tidak pernah disebut oleh mana-mana
sahabat pun. Pendapat yang dinaqalkan dan dipetik dari Ibnu Abbas r.a:
“Penglihatan Rasulullah s.a.w adalah secara mutlak dan
melalui hati naluri, namun
penglihatan mutlak tidak menafikan penglihatan dengan hati.”
Seterusnya
beliau menyebut lagi: Adapun firman Allah SWT di dalam surah al-Najm:
ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّى
Maksudnya: Kemudian ia mendekatkan dirinya
(kepada Nabi Muhammad s.a.w), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit.
Menghampiri di sini bukannya seperti yang dimaksudkan dalam kisah Isra’
dan Mi’raj. Memerhatikan dalam surah al-Najm ialah, Jibril a.s yang menghampiri
dan mendekati, sebagaimana yang ditegaskan oleh Aisyah dan ibnu Masud r.a, gaya
bahasa menunjukkan demikian, manakala penghampiran dan pendekatan di dalam
hadith al-Isra’, adalah terang dan jelas dinisbahkan kepada Tuhan Rabbul Jalil,
ini bererti tidak berlaku apa-apa pertentangan di dalam surah al-Najm, malah
Baginda s.a.w melihat-Nya pada kali kedua di Sidratul Muntaha. Ini adalah
Jibril a.s, Nabi s.a.w melihatnya dalam bentuk asal dua kali, sekali di bumi
dan kali kedua di Sidratul Muntaha. Wallahua’laam.
Kuliah
Dr. AAM Tajuk; 24 Pengajaran Dari Mukjizat Al-Isra' & Al-Mikraj
Peristiwa pembedahan dada Rasulullah s.a.w pun berlaku pada kali ini.
Dan di dalam peristiwa Isra’
Mi’raj ini, Baginda s.a.w menyaksikan
berbagai-bagai perkara:
Telah dipersembahkan kepada
Baginda s.a.w susu dan khamar, namun Baginda s.a.w memilih susu, maka
disebutkan kepada Baginda s.a.w: Engkau telah menunjukkan kepada fitrah atau telah
menepati fitrah, tapi sekiranya engkau mengambil khamar nescaya sesatlah
seluruh umatmu.
Baginda telah menemui empat sungai di dalam syurga, dua sungai zahir dan
dua sungai batin. Dua sungai zahir adalah sungai Nil dan Furat, ini bermakna
agama dan risalah yang dibawanya akan bertapak di lembah-lembah subur Nil dan Furat,
penduduknya merupakan pendokong-pendokong agama Islam dari generasi ke generasi
yang lain, bukanlah bererti yang airnya mengalir dari syurga.
Juga Baginda s.a.w melihat malaikat Malik penjaga neraka, yang tidak
pernah senyum malah di mukanya tiada sedikit pun tanda mesra atau lembut,
Baginda s.a.w melihat syurga dan neraka.
Baginda menyaksikan pemakan-pemakan harta anak yatim secara zalim,
mulut-mulut mereka bak mulut-mulut unta, dilontarkan ke dalam rahang mulut
mereka ketulan-ketulan api neraka bak harimau meluru keluar dari dasar neraka
keluar melalui dubur mereka.
Baginda menyaksikan pemakan-pemakan riba dengan perut yang besar,
kerananya mereka tidak berupaya bergerak dari tempat-tempat mereka, dan
keluarga Firaun lalu di hadapan mereka dan melanyak mereka dengan tapak kaki.
Penzina-penzina diletakkan di hadapan mereka daging-daging elok dan
segar di samping daging buruk dan busuk, namun mereka memilih dan memakan yang
busuk, ditinggalkannya yang segar. Baginda s.a.w menyaksikan sekumpulan wanita
yang masuk ke dalam majlis lelaki yang bukan anak-anak mereka, mereka digantung
dari (menggunakan) payudara-payudara mereka.
Juga Baginda s.a.w melihat sekumpulan unta penduduk Makkah yang sedang dalam
perjalanan. Pada masa itu Baginda s.a.w telah menunjukkan mereka unta yang mereka
hilang itu, dan Baginda s.a.w telah meminum air dari bekas-bekas mereka yang
tertutup kemas sedang mereka nyenyak tidur. Selepas habis diminum, Baginda
s.a.w menutup kembali tudungnya, kejadian ini menjadi bukti kebenaran kepada
peristiwa Isra’ Mi’raj yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.
Ibnu al-Qayim berkata: Setelah Rasulullah s.a.w berada di pagi subuh
bersama-sama kaumnya dan menceritakan kepada mereka tanda-tanda yang agung
(al-Ayat al-Kubra) yang diperlihatkan Allah SWT dan Rasul-Nya, maka semakin
ingkar kafir Quraisy dengan risalah Muhammad s.a.w, semakin bengis lagi mereka
menyiksa kaum Muslimin. Namun demikian, mahu juga mereka bertanya Rasulullah
s.a.w supaya menggambarkan rupa bentuk Baitul Maqdis, maka Allah membuka
penglihatan Rasulullah s.a.w sehingga tergambar Baitul Maqdis itu di hadapan matanya,
dengan itu Rasulullah s.a.w pun menceritakan segala sesuatu mengenai dengannya
hingga mereka tidak mampu untuk menolak atau mendustainya, dan Baginda s.a.w
menceritakan juga mengenai kumpulan-kumpulan unta mereka, semasa pemergian dan
kepulangan Baginda s.a.w, juga Baginda s.a.w menceritakan unta-unta yang akan
tiba dan menyifatkan unta yang akan mendahului kafilahnya, dan benar sebagai
yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w namun mereka semakin angkuh dan ingkar,
memang sesungguhnya orang yang zalim itu semakin kufurlah mereka.
Adapun Abu Bakar r.a digelar dengan gelaran as-Siddiq kerana pembenaran
dan kepercayaan beliau dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj, sedangkan ramai manusia
mendustainya.
Paling tepat dan agung faktor perjalanan mulia ini diaturkan oleh Allah
SWT ialah sebagaimana firman-Nya:
{ لِنُرِيَهُ مِنْ
آَيَاتِنَا }
{untuk memperlihatkan kepadanya
tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami}. [al-Isra’
: 1]
Ini adalah sunnah dan qanun Rasulullah kepada para anbiya’ Nya,
sebagaimana penegasan Allah kepada Ibrahim a.s.
{وَكَذَلِكَ نُرِي
إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ}
“...dan demikian Kami memperlihatkan kepada Nabi Ibrahim
kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia
dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin” (al-An’aam: 75).
Dan penegasan Allah SWT kepada Musa
a.s.
{ لِنُرِيَكَ مِنْ
آَيَاتِنَا الْكُبْرَى}
“....(Berlakunya
yang demikian itu) kerana kami hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian
daripada tanda-tanda kekuasaan kami yang besar.” (Thaha: 23)
Penyusunan program Isra’ Mi’raj
ini bertujuan untuk memberi keyakinan:
“...dan supaya jadilah ia dari orang
yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin”. (al-An’am : 75)
Setelah ilmu dan makrifat para nabi ini berdasarkan penyaksian
tanda-tanda agung (al-Ayat al-Kubra) tadi, darinya mereka memperolehi ‘Ain al-Yakin
(yakin hakiki) yang tidak dapat dinilai kadarnya, kerana berita pengkhabaran
itu tidak boleh disamakan dengan penyaksian dua mata kepala, hasilnya mereka
lebih mampu untuk menanggung risiko dakwah yang bakal mereka garap dan tempuhi,
seluruh tenaga dunia yang menentang mereka hanya seberat nyamuk sahaja, untuk
itu mereka tidak menghiraukan segala pancaroba dan ancaman terhadap mereka.
Adapun hikmah dan rahsia-rahsia di sebalik perjalanan agung ini, secara
perincian merupakan topik pembicaraan hikmah-hikmah syariat, namun di sana
beberapa fakta ringkas terpancar dari jejak perjalanan mulia ini, yang
kesemuanya membekalkan siraman subur kepada sirah Rasulullah s.a.w, yang saya
kira patut rakamkan sebahagian darinya di sini:
Pembaca mendapati di dalam surah Isra’ ini, bahawa Allah SWT telah
menceritakan kisah al-Isra’ hanya dalam satu ayat yang tunggal, seterusnya
Allah SWT mendedahkan tembelang Yahudi dan jenayah-jenayah mereka, kemudian
Allah SWT memperingatkan mereka bahawa al-Quran ini hanya memberi hidayah
kepada sesuatu yang lebih tulus, boleh jadi nanti mungkin pembaca menyangka
tiada sebarang ikatan antara dua ayat ini. Hakikatnya tidak sedemikian, kerana
Allah SWT dengan cara ini menunjukkan bahawa peristiwa Isra’ itu sesungguhnya
telah berlaku di bumi Baitul Maqdis, kerana kaum Yahudi sudah pun dipecat dari
pimpinan umat manusia, lantaran kesalahan dan jenayah-jenayah yang mereka
lakukan, sehingga tiada peluang lagi untuk membenarkan mereka menyandang tugas
itu, dan sesungguhnya Allah SWT telah memindahkan tugas itu kepada Rasul-Nya
s.a.w dan mencantumkan kedua-dua pusat dakwah Sayyidina Ibrahim a.s ke pangkuan
Baginda s.a.w.
{ وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً
أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا
تَدْمِيرًا (16) وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ مِنْ بَعْدِ نُوحٍ وَكَفَى بِرَبِّكَ
بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا}
“Dan apabila
sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami
perintahkan (lebih dahulu) orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di
antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah
negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkan sehancur-hancurnya. Dan berapa
banyak umat yang telah Kami binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah
Tuhanmu (wahai Muhammad)maha mengetahui lagi maha melihat akan dosa-dosa
hamba-Nya”. (al-Isra’:
16-17)
Di samping ayat ini, terdapat ayat-ayat lain yang menerangkan kepada
kaum Muslimin akan asas dan tonggak tamadun serta prinsip-prinsip dan
rukun-rukunnya di mana masyarakat Islam ditegakkan di atasnya, seolah-olah
mereka telah bermastautin di bumi ini dengan menguasai kesemua aspek dalam
pengurusan mereka, di mana mereka membentuk satu kesatuan yang kemas bersepadu
sebagai paksi perjalanan masyarakat lain, ini merupakan isyarat bahawa
Rasulullah s.a.w akan memperolehi perlindungan dan pemeliharaan sehingga urusan
dan kerja-kerja Baginda s.a.w bertapak, kelak ianya akan menjadi sebagai markas
penyebaran dakwah Baginda s.a.w, inilah rahsia perjalanan yang mulia lagi
berkat itu. Perbicaraan sebenarnya ada kaitan dengan topik kajian kami, untuk
itu maka kami bicarakan di sini, sebagai hukum, maka sebab itu kami mendapati bahawa
Isra’ ini berlaku sebelum bai’ah al-Aqabah atau di antara dua bai’ah al-Aqabah.
Wallahua’lam.
Beberapa Kuliah & Ceramah Yang Berkaitan;
Perisai Mukallaf (11) Kewajipan Mempercayai Mu'jizat Al-Isra' dan al-Mi'raj.
Beberapa Kuliah & Ceramah Yang Berkaitan;
Perisai Mukallaf (11) Kewajipan Mempercayai Mu'jizat Al-Isra' dan al-Mi'raj.
AAM ; Wacana Buku Isra' & Mi'raj Menurut Riwayat Yang Sahih
AAM; Menelusuri Hikmah Mukjizat Isra' & Mikraj Melalui Ibadat Solat
dan Pembersihan Jiwa.
dan Pembersihan Jiwa.