Apabila masuk waktu maghrib, Rasulullah SAW keluar dari Arafah menuju ke Muzdalifah dan mengerjakan di sana, solat maghrib dan isya’ secara jamak ta’khir dan qasar setelah itu Baginda SAW berehat.
Tidak ada riwayat yang menyebut Rasulullah saw melakukan ibadat khusus pada malam Muzdalifah tersebut.
Jemaah yang terkena giliran awal, bila dah dekat waktu maghrib, diminta bersedia untuk dibawa ke Muzdalifah dengan bas yang disediakan.
Setiap maktab akan disediakan beberapa buah bas (Shuttle bus) yang akan memunggah jemaah haji ke Muzdalifah yang jaraknya lebih kurang 8 km, mengambil masa 10-15minit sahaja melalui jalan khas yang dipanggil “Jalan Taraddudiyyah”, jalan ini khas untuk jemaah haji Asia Tenggara.