Labels

Saturday, November 12, 2011

Catatan Rehlah Haj 1432H [4].

Ke Muzdalifah
Apabila masuk waktu maghrib, Rasulullah SAW keluar dari Arafah menuju ke Muzdalifah dan mengerjakan di sana, solat maghrib dan isya’ secara jamak ta’khir dan qasar setelah itu Baginda SAW berehat.
Tidak ada riwayat yang menyebut Rasulullah saw melakukan ibadat khusus pada malam Muzdalifah tersebut.
Jemaah yang terkena giliran awal, bila dah dekat waktu maghrib, diminta bersedia untuk dibawa ke Muzdalifah dengan bas yang disediakan.
Setiap maktab akan disediakan beberapa buah bas (Shuttle bus) yang akan memunggah jemaah haji ke Muzdalifah yang jaraknya lebih kurang 8 km, mengambil masa 10-15minit sahaja melalui jalan khas yang dipanggil “Jalan Taraddudiyyah”, jalan ini khas untuk  jemaah haji Asia Tenggara.

Catatan Rehlah Haj 1432H [3]


Perjalanan Haji 1432H.
Jumaat 8hb Zulhijjah 1432H – 4/11/2011M (Yaum al-Tarwiyah):
Dinamakan “Hari Tarwiyah” kerana pada hari ini para jemaah haji menyediakan air untuk kegunaan mereka di Arafah dan Mina selama tempoh mereka mengerjakan haji.
Amalan hari ini bagi jemaah haji;
Bagi orang yang melakukan haji tamattu’ (melakukan umrah dahulu sewaktu datang ke Makkah) maka hendaklah berihram (berniat) melakukan haji pada hari ini. Kemudian keluar menuju ke Mina sebagaimana Baginda SAW dan para sahabat melakukannya. Semasa berada di Mina Baginda melakukan solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh secara qasar dan tidak dijamakkan.