Labels

Friday, July 20, 2012

Khutbah AAM: Puasa & Ramadhan Tahun 1431 - 1432H.

[Rakaman ini boleh didapati di: www.dartaibah.com ]

Himpunan Khutbah Dr Abdul Basit / Abu Anas Madani Sepanjang Ramadhan Tahun 1432H


Khutbah Ramadhan 1432 1)Maqasid dan Hikmah Puasa:

Tazkirah Puasa & Ramadhan AAM Tahun 1431 - 1432H

[Rakaman ini boleh didapati di: www.dartaibah.com ]

Himpunan Tazkirah Puasa & Ramadhan 

Dr Abdul Basit Abu Anas Madani Tahun 1432H

Tazkirah Ramadhan 1432 1 Adab Sahur dan Iftor:

Ramadhan & Puasa; Kelebihan, Hikmah & Hukum. Himpunan Kuliah Abu Anas.

[Rakaman Ini boleh didapati di: www.dartaibah.com ]
بسم الله الرحمن الرحيم  
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على خير خلق الله محمد بن عبد الله  وعلى آله وصحبه وسلم، وبعد.

Firman Allah yg bermaksud: {Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]

Disini kami kumpulkan beberapa siri Kuliah Dr Abu Anas Madani -'afallahu 'anhu- yang berkaitan dengan Amalan Puasa dan Bulan Ramadhan, sebagai satu tazkirah dan peringatan tentang beberapa kelebihan bulan Ramadhan serta apakah amalan yang sepatutnya diisi sepanjang bulan yang mulia ini.
Semoga ianya menjadi panduan dan pembangkit semangat untuk beramal dengan sebaik-baiknya.


Mukjizat Al-Quran, Prof. Gary Miller & Bilangan Ayat 6,236


Mukjizat al-Quran

Banyak kajian serta cubaan mengelirukan kebenaran kitab suci tetapi temui kegagalan
JIKA kita ingin mengetahui dan rasai kehebatan satu-satu mukjizat seperti yang pernah berlaku ke atas umat sebelum kita, kemudian kita mengisytiharkan keimanan serta-merta dan memeliharanya, sila perhatikan al-Quran al-Karim.
Al-Quran ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-Quran.

Monday, July 16, 2012

PROGRAM TADABBUR AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN 1433


PROGRAM TADABBUR AL-QURAN SEMPENA 
RAMADHAN 1433
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
PENDAHULUAN:
Tadabbur adalah isitilah yang digunakan untuk memahami dan menghayati al-Quran. Ia adalah saranan Allah dalam banyak ayat antaranya:
{أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا} النساء: (82)
Ertinya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya (al-Nisa’[4:82]).
Juga firmanNya:
{كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ} ص: (29)
Ertinya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar (Sad[38:29]).
Juga firmanNya:
{أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا} محمد: (24)
Ertinya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad[47:24]).
http://www.abuanasmadani.com/?p=1509#more-1509