Dua buah kitab yang ditulis oleh Dr Fathi Yakan. Abu Anas memilih buku ini kerana ia menjadi bacaan para pendakwah dalam usrah mereka.
Pendekatan yang ana bawa ialah dengan meneliti hadis-hadis yang dibawa, dengan menyatakan sanad dan komentar para ulama’ hadis terhadapnya, sekiranya ada hadis lain yang lebih sahih maka ana akan baca yang sahih, ana juga menghuraikan secara ringkas isi kandungannya, semoga usaha yang mutawadhi’ ini mendapat pertolongan Allah dan diberkatinya, Aamin.
1- Wacana Buku: Apa Ertinya Saya menganut Islam. Kuliah Maghrib. Surau Al-Islah, Kota Seriemas, Nilai.
2- Kitab Bahtera Penyelamat.
Bertempat: Masjid Al-Azhari, Pkl Chuit, Machang.
Wednesday, February 27, 2013
Tuesday, February 26, 2013
BATAS-BATAS AURAT & MAHRAM DALAM ISLAM
BATAS-BATAS AURAT DALAM ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب
العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد.
Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.
Manakala dari segi istilah Syarak; ialah
bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang
wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana
perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.
Monday, February 25, 2013
Memelihara Aurat ~ Lambang Peribadi Muslimah.
Antara
syiar terpenting yang dapat membezakan seorang wanita Islam dengan wanita bukan
Islam ialah dari segi disiplin pakaian yang menepati kehendak dan piawaian
syariat. Disiplin berpakaian ini lebih kerap disebut sebagai kewajipan menutup
aurat kerana secara asasnya Islam tidak menetapkan jenis pakaian yang perlu
dipakai, tetapi menetapkan bahagian mana yang wajib ditutup bersama beberapa
kriteria asas. Hal ini bersesuaian dengan ciri-ciri syariat Islam itu sendiri
yang bersifat thabat dan murunah, tetap dalam menjaga prinsip-prinsip
asas dan anjal jika melibatkan permasalahan cabang dan kaedah pendekatan. Ia tegas
dari segi prinsip wajib memakai tudung kepala dan menutup aurat mengikut batas yang
telah ditentukan. Namun dari segi jenis pakaiannya masih fleksibel dan boleh
disesuaikan selama mana ia memenuhi garis panduan atau ciri-ciri menutup aurat.
Subscribe to:
Posts (Atom)