Oleh: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.
بسم الله الرحمن الرحيم
Khilaf di kalangan ulama’ pada asalnya
adalah suatu keluasan Syariah dan rahmat bagi umat ini. Ianya akan menjadi
sempit dan susah apabila dimasuki oleh hawa nafsu, atau mementingkan diri
sahaja, atau berlaku tanpa mengikut jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Pada
ketika itu ia akan bertukar kepada perpecahan, perbalahan, persengketaan dan
menimbulkan huru-hara di kalangan ummah.