Labels

Tuesday, June 27, 2017

Istiqamah Selepas Puasa Ramadhan & Puasa Enam Syawal.

"Istiqamah Selepas Ramadhan".
Koleksi Tazkirah, Kuliah, Khutbah & Motivasi Dr. Abu Anas Madani.

Para pembaca yang dikasihi sekalian,
Kita panjatkan kesyukuran setinggi-tingginya ke hadhrat ilahi kerana telah memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk menyempurnakan ibadat puasa sebulan Ramadhan (29 / 30 hari).
Ramadhan adalah madrasah atau umpama kem latihan untuk melatih dan mendidik nafsu agar menjadi orang yang bertaqwa.


TAKRIF ISTIQAMAH
 Kalimah Istiqamah dan arahan untuk beristiqamah terdapat dalam surah Hud ayat 112:
 فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
      Maksudnya: “Maka tetaplah (fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan sesiapa yang bertaubat bersamamu dan tidak melampaui batas sesungguhnya Allah Maha Melihat setiap yang kamu kerjakan.”
       Begitu juga dalam hadis riwayat Imam Muslim, Sufyan bin Abdillah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, khabarkan padaku sesuatu dalam Islam ini suatu perkataan yang aku tidak perlu bertanya tentangnya selain darimu? Jawab Nabi s.a.w:
قل آمنت بالله ثم استقم
“Katakanlah: Aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamahlah (tetap teguh dalam agama).” [HR: Muslim]

      Inilah seperkara yang amat sukar dalam hidup. Untuk beriman itu agak mudah pada kata-kata namun istiqamah selalunya parah perlaksanaannya. Mungkin ini boleh membantu, kata Saidina Umar al-Khattab: ‘Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang.’ [Lihat Ibnu al-Qayyim dalam Madarij as-Salikin].

MOTIVASI ISTIQAMAH
Dalam al-Quran Allah S.W.T memberi galakan dan motivasi untuk hamba-Nya yang istiqamah dalam jalan agama dan kebenaran. Tawaran syurga-Nya bagi mereka yang istiqamah. Firman Allah Ta’ala dalam surah Fussilat ayat ke 30:
إن الذينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka tetap istiqamah maka akan turun kepada mereka para malaikat dan dikatakan kepada mereka janganlah kamu takut atau berdukacita. Bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah untuk kamu.”

Sesudah menyelesaikan  tuntutan ibadah Puasa, gesaan istiqamah selepasnya mempunyai signifikan yang tersendiri. Keadaan yang sudah bersih setelah sebulan beribadat, beristighfar dan bertaubat umpama bayi yang baru dilahirkan di atas landasan fitrah, maka ianya menuntut untuk dicorakkan lembaran baru kehidupan selepas mengerjakan Ramadhan dengan warna-warna ketaatan dan melaksanakan kebaikan serta amal soleh.

PANDUAN BERISTIQAMAH SELEPAS RAMADHAN
            Sesungguhnya Ramadhan telah berakhir. Namun, adakah pelbagai amal soleh yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan dapat kekal sehingga ke akhir hayat?
            Apabila Ramadhan berakhir, sama-samalah kita berdoa dan berusaha sedaya upaya mudah-mudahan amal soleh yang telah dilakukan akan terus berkekalan sepanjang hidup kita.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Peringatan untuk kita semua menjaganya untuk istiqomah:
1) Peliharalah Solat Fardhu agar didirikan pada awal waktu dan dilaksanakan secara berjamaah di masjid atau surau.
2) Lazimilah Solat Sunat Rawatib.
3) Berusahalah untuk istiqamah mendirikan Solat Sunat Witir.
4) Sentiasalah berusaha untuk konsisten mengamalkan Zikir Pagi dan Petang.
5) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendirikan qiyamullail.
6) Teruskanlah memperbanyakkan sedekah dan perasan belas ihsan kepada insan-insan yang memerlukan.
7) Jangan lupa untuk melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawwal.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang telah menyempurnakan Puasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan Puasa Sunat Enam Syawwal, seolah-olah dia telah menyempurnakan ibadah puasa sepanjang tahun". [HR: Muslim].


"Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah di atas jalan ketaatan kepada-Mu sepanjang hayat kami".


Doa Istiqamah.

Dibawah ini beberapa Koleksi Tazkirah, Kuliah, Khutbah & Motivasi Dr. Abu Anas Madani.

"Istiqamah Selepas Ramadhan".
ISTIQAMAH SELEPAS RAMADHAN & HAJI.

AAM, Tazkirah Ramadhan 1437H (30); Selamat Hari Raya & Tips Istiqamah Selepas Puasa.
Lihat: https://youtu.be/PcWfrFDHO_A




Ktbh AAM 1435H; Keadaan Kita Pasca Ramadhan dan Istiqamah dengan Ibadat Yang Berterusan.
Lihat: https://youtu.be/mie5gMm_jZ8



Ktbh AAM 1434H; Amalan-amalan Yang Mesti Dilakukan Selepas Ramadhan (Istiqamah Beribadat).
Lihat: https://youtu.be/KP9rwL3kQBE


AAM 1433H, Tajuk: Istiqamah; Tetap Pendirian dan meneruskan Ibadat Selepas Ramadhan.
Lihat: https://youtu.be/AUn6Qz5Zikw




AAM 1435H; Fadhilat dan Kaifiat Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal.
Lihat: https://youtu.be/a8QIRCSkLbU


AAM 1434H; Puasa Sunat 6 (Syawal), Hukum Sunat Dahulu Sebelum Qadha Dan Gabung Puasa Qadha & Sunat.
Lihat: https://youtu.be/hlQXOayjRTY


AAM 1432H; Ktbh 10 Perkara Mengenai Puasa; Sunat 6 Syawal, Qadha' & Fidyah Puasa.
*Penjelasan tentang Hukum Puasa; Puasa Enam, Puasa & Open House, Qadha' bagi org sakit dan dah meninggal, ibu hamil/menyusu anak, Kaffarah jima' disiang hari Ramadhan, Fidyah... dll..
Lihat: https://youtu.be/FxfwdkZyaDE

Semoga Bermanfaat Buat Semua.


#AAM, PSD 3 Syawal 1438H - 27 Jun 2017.

Pamplet Hukum Puasa Enam Syawal.