Friday, December 23, 2011
Thursday, December 22, 2011
Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir.
Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir.
Tarikh Keputusan: 14 Mar, 2004
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa:
“Merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram”.
Wednesday, December 21, 2011
Buku Baru Abu Anas Madani: KEINDAHAN ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah Kitab Mahasin Al-Islam "محاسن الإسلام" (Keindahan Islam) ini telah selamat diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran.
Kitab ini menerangkan tentang keindahan Syariah Islam di dalam seluruh perintah dan larangannya, dari segi keimanan, ibadat, kekeluargaan, muamalat, jenayah, hubungan antara rakyat dengan pemerintah dan akhlak yang mulia. Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat dan pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatannya.
Semoga ianya memberi faedah kepada para pembaca dan seluruh umat Islam untuk merungkai secebis rahsia yang amat indah ini agar bertambah keimanan dan keyakinan terhadap kesempurnaan Syariah Islamiyyah.
Buku ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan yang menentang, mempertikai dan memandang remeh terhadap perlaksanaan Syariah Allah SWT, samada dalam masalah perundangan, muamalat dan kekeluargaan.
Ia mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri, seperti:
1) Kupasan sesuatu tajuk menggunakan bahasa yang mudah,
2) Perbincangan disertakan dengan dalil dari al-Quran dan Hadis.
3) Tajuk yang menyentuh semua aspek penting dalam kehidupan seorang muslim.
4) Memperlihatkan keindahan dengan baik dan lengkap.
5) Menjawab persoalan yang kritikal yang menjadi tohmahan bagi orang yang tidak memahaminya.
Dapatkan buku ini dipasaran atau sila lawati: www.dartaibah.com
Harga RM36 + harga Pos Ekspress RM7. = RM43.
Iklan Buku / CD Abu Anas:
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/12/iklan-buku-cd-kuliah-dr-abu-anas-madani.html
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/12/iklan-buku-cd-kuliah-dr-abu-anas-madani.html
Tuesday, December 20, 2011
Tidak Patut Bagi Seorang Muslim Memakai Baju Sukan Kelab Bukan Islam.
Tidak Patut Bagi Seorang Muslim Memakai Baju Sukan Kelab Bukan Islam.
Dr. Abdullah As-Sulami, Dalam Program “Al-Jawab Al-Kafi” Dalam Channel “Al-Majd” Pada 20/1/1433h.
“Pakaian Sukan sekiranya dipakai dibahagian dalaman dan kelab sukan dari negara Islam, maka tidak mengapa, insya’Allah.
Sekiranya kelab itu adalah bagi “Orang bukan di atas petunjuk Islam” dan bukan dari orang beragama Islam, maka saya berpandangan: “Tidak sepatutnya dipakai”, kerana mungkin orang itu akan membesarkannya. Saya pernah melihat sebahagian pemuda dan orang dewasa apabila memakai pakaian pemain yang masyhur, atau pemain barat yang masyhur, mungkin mereka dapat menyumbat gol ketika bermain dia akan mengambil nombornya dan menciumnya, atau mengambil namanya dan menciumnya, ini merupakan cara membesarkannya yang tidak sepatutnya, dan tidak patut bagi seorang muslim melakukan sedemikian itu. Maka untuk menghilangkan keraguan, tidak patut memakainya.
Sunday, December 18, 2011
Tazkirah Perkahwinan -Adab Walimah, Murahkan Maskahwin, Mudahkan Urusan.
Kewajipan yang terabai
di saat kebahagiaan dua mempelai
Subscribe to:
Posts (Atom)