Labels

Tuesday, December 20, 2011

Tidak Patut Bagi Seorang Muslim Memakai Baju Sukan Kelab Bukan Islam.


Tidak Patut Bagi Seorang Muslim Memakai Baju Sukan Kelab Bukan Islam.
Dr. Abdullah As-Sulami, Dalam Program “Al-Jawab Al-Kafi” Dalam Channel “Al-Majd” Pada 20/1/1433h.

 Apakah hukum Memakai Baju Yang Ada Lambang Kelab Sukan?
“Pakaian Sukan sekiranya dipakai dibahagian dalaman dan kelab sukan dari negara Islam, maka tidak mengapa, insya’Allah.
Sekiranya kelab itu adalah bagi Orang bukan di atas petunjuk Islamdan bukan dari orang beragama Islam, maka saya berpandangan: Tidak sepatutnya dipakai”, kerana mungkin orang itu akan membesarkannya. Saya pernah melihat sebahagian pemuda dan orang dewasa apabila memakai pakaian pemain yang masyhur, atau pemain barat yang masyhur, mungkin mereka dapat menyumbat gol ketika bermain dia akan mengambil nombornya dan menciumnya, atau mengambil namanya dan menciumnya, ini merupakan cara membesarkannya yang tidak sepatutnya, dan tidak patut bagi seorang muslim melakukan sedemikian itu. Maka untuk menghilangkan keraguan, tidak patut memakainya.
Telah keluar Fatwa Lajnah Daimah Lil Ifta (Anggota Tetap Majlis Fatwa Arab Saudi) di bawah Samahah Mufti Syeikh Abdul Aziz bin Baz rhm yang mengharamkan pakaian yang tertulis padanya kelab Orang Kafir, kerana bimbang mereka akan membesarkannya, wallahu a’lam.”

Kata Abu Anas: Demikian juga memakai baju yang tertulis nama benda-benda haram; seperti nama arak, atau nama-nama berhala, hantu-syaitan dan sebagainya. Demikian juga yang mempunyai gambar-gambar ATAU tulisan ayat/perkataan yang tidak sopan dan tidak senonoh. Fahamilah dulu apa yang tertulis/terlukis dipakaian anda sebelum membeli/memakainya, lebih-lebih lagi jika ianya berbahasa asing.
Dan yang terlebih jelas dan zahirnya berdosa ialah pakaian yang TIDAK menutup aurat sebagaimana yang diperintahkan oleh Syariah.
Akhukum: Abu Anas Madani
25 Muharram 1433H/ 21 December 2011M