Labels

Tuesday, May 29, 2012

Syarah Muqaddimah Mestika Hadis [20 Siri]

Alhamdulillah, Abu Anas Madani telah selesai Syarah Muqaddimah Kitab "MESTIKA HADIS RASULULLAH SAW" sebanyak 20 siri di Masjid Bandar Kuala Krai, Kelantan. Bermula Pada Malam Selasa 22 Jun 2009 (Kuliah 2 Minggu Sekali) dan Khatam Pada Malam Selasa 17 Syawal 1431H bersamaan 27/9/2010. kitab Mestika Hadis di: http://www.islam.gov.my/dircportal/hadith.htm
Tempahan VCD-DVD Kuliah di: http://www.dartaibah.com/#ecwid:keywords=mestika&mode=search&offset=0&sort=relevance

Tarikh Israk dan Mi’raj.


Israk & Mi’raj adalah dua mukjizat yang berlaku kepada Nabi s.a.w dengan yakin dan tidak syak lagi.
Israk dan Mi’raj adalah satu peristiwa khusus yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah S.A.W sahaja. Kebenarannya telah disaksikan oleh al-Quran,al-Hadis dan kenyataan sejarah.
Firman Allah Taala:
بسم الله الرحمن الرحيم {سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ}
 “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Israk: 1]

Apa yang dibincangkan di sini ialah bilakah tarikh berlakunya peristiwa besar ini.