Labels

Friday, September 2, 2011

Puasa Sunat Enam Syawal - Kelebihan dan Hukum


Puasa Sunat Enam Syawal
Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha campur Sunat
 بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya - من العائدين والفائزين


ٍٍSolat Sunat Eidil Fitri di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian, Jam 8.30 Insya'Allah. Imam: YB Ustaz Abdul Latiff. Khatib: Dr. Abu Anas..

Blog alternatif kepada web AAM

Alhamdulillah Akhi Abdullah Sobri datang ziarah AAM dan membantu mencipta blog ini sebagai alternatif kepada web AAM yang selalu bermasalah. semoga blog ini memberi manfaat utk meneruskan dakwah dan penyebaran ilmu di alam maya ..barakallahufik..
Petang Isnin 29 Ramadhan 1432 Hijrah ..

salam aidilfitri

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال، وكل عام وأنتم بخير
معاف سيلف دان ساله...

Adab-Adab Menyambut Hari Raya


بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد.

‘Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah swt anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadhan.
Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan in, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah saw menyambut Hari Raya, antaranya ialah;