Peringatan Jangan Sampai Terjebak Dengan Meniru Perbuatan Orang Kafir
Dalam Menyambut 1 Januari (Tahun Baru Masehi).
Untuk penjelasan sila lihat blog Ustaz Abu Haseef [JazahulLahu Khaira]...di bawah ini:-
Catatan Al-Fadhil Ustaz Aizam Mas'ud [JAKIM]
Hentikan menyambut Tahun Baru Masihi ala Barat!
Pengalaman penulis dalam menyediakan kertas-kertas fatwa seperti Valentine’s Day, Yoga, tarian klasik India, Candlelight Vigil dan lain-lain, semuanya diharamkan atas alasan yang sama iaitu ‘tasyabbuh’ atau ‘penyerupaan’ dengan agama lain. Tetapi penulis hairan mengapa dari dahulu hingga kini, satu ‘perayaan ini’ masih wujud dan diteruskan saban tahun malah diusahakan untuk menjadikannya lebih meriah lagi dan lagi…Perayaan itu adalah sambutan Tahun Baru Masihi @ Miladi.
Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.
Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ di bawah tajuk ‘Bid’ah sambutan Tahun Baru Masihi’ – berkata:
“Apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran Nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani @ Kristian, perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani @ Kristian, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalakan api”.
Para ulama menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah taqlid buta kepada budaya Barat. Keterlaluan dalam menyambutnya melunturkan jati diri umat Islam.
Dr. Jamal Abdul Hadi mengatakan bahawa syara’ tidak mengharuskan sambutan kelahiran Sayyid al-Masih (beliau adalah nabi daripada nabi-nabi Allah SWT) dengan arak dan perbuatan maksiat.
Dr. Abdul Fattah ‘Asyur mengatakan mengikut orang lain dalam perayaan-perayaan mereka yang membawa umat Islam kepada perbuatan-perbuatan seumpama mereka adalah dilarang Islam.
Dr.Yusof al-Qaradawi terlebih dahulu telah mengkritik persiapan dan persediaan yang dilakukan oleh sesetengah negara Arab dan negara Islam bagi menyambut perayaan Tahun Baru Masihi yang membawa kepada kelunturan identiti dan jati diri umat Islam sambil menyifatkan bahawa perbuatan menyambutnya adalah haram di sisi syara’.
Dr. Abdul Aziz al-Tuwaijiri menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah benda baru yang direka-reka (bid’ah) di dalam agama Kristian dan di sesetengah negara Islam mereka menjadikan kelahiran Nabi Isa a.s. sebagai cuti umum, di tambah pula dengan perkara-perkara mungkar yang mengiringi perayaan ini yang menyalahi syariat Allah dan kesemua agama samawi. Perkara-perkara bid’ah tidak diakui oleh Islam, ia adalah ikutan kepada Barat, dan ikutan kepada mereka adalah lambang restu kepada mereka yang telahpun diberi amaran oleh Allah SWT.
Dr. Abdul Fattah ‘Asyur juga mengatakan sambutan yang dikenali dengan Tahun Baru Masihi di dalam negara-negara Islam adalah ikutan membuta tuli kepada negara-negara Barat yang menjadikan tarikh miladi sebagai asas bagi kehidupan seharian mereka dalam pergaulan, perayaan, sistem kerja dan lain-lain. Beliau menambah: Kita semua mengetahui bahawa antara petunjuk Nabi SAW, sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia di kalangan mereka. Ini kerana menyerupakan sambutan-sambutan umat Islam dengan perayaan-perayaan ini, membawa mereka kepada satu bentuk perbuatan yang menyalahi apa yang dibawa oleh Islam, yang mana kita melihat dalam perayaan-perayaan ini bar-bar arak, tari-menari dan banyak lagi penyelewengan-penyelewengan akhlak yang segan untuk disebut dengan lidah, semuanya itu berpunca daripada taklid buta terhadap kaum yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Kesimpulannya, jangan Tahun Baru Masihi itu disambut bak perayaan orang kafir dan orang Barat. Di mana perginya Islamic world-view kita sebagai negara Islam? Namun jika Tahun Baru Masihi disambut hanya sebagai muhasabah kepada setahun yang telah berlalu dan menanam azam bagi tahun yang mendatang, tanpa konsert, tanpa perayaan, tanpa bunga api, tanpa maksiat dan lain-lain yang melalaikan dan membazirkan wang ringgit, ia tidaklah mengapa dan diharuskan. Wallahu a’lam.
Fatwa Ulama’:
Haram Meniru Orang Kafir Menyambut Tahun Baru Masihi.
Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.
Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ di bawah tajuk ‘Bid’ah sambutan Tahun Baru Masihi’ – berkata:
“Apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani @ Kristian, perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani @ Kristian, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalakan api”.
Para ulama menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah taqlid buta kepada budaya Barat. Keterlaluan dalam menyambutnya melunturkan jati
diri umat Islam.
Sila lihat juga: