Prof Dr
Abdul Fattah Haron bin Ibrahim, bekas pensyarah UKM selama lebih 40 tahun.
Beliau
dilahirkan pada tahun 1930, di Kampung Gertak Lembu, Salor, Pasir Mas, Kelantan
merupakan seorang penuntut ilmu yang tidak mengenal perit dan putus asa
sehingga ke kedudukannya hari ini.
Sewaktu
belajar di Universiti Al-Azhar, beliau telah menerima pingat dan sijil cemerlang
pelajar terbaik seluruh fakulti Al-Azhar “Jaizah Al-Imtiyaz Li Awail
Al-Kulliyat”. Dari Presiden Jamal Abdul Nasir pada 14 Disember 1964.
Seorang
tokoh yang banyak jasanya dalam membongkar, membenteras, menentang dan
membendung ajaran sesat di Malaysia dengan penulisannya dan sebagai penasihat
panel akidah JAKIM. Beliau tidak jemu-jemu menangani isu ini sehingga kini.
Beliau sekarang sedang uzur, penglihatannya kabur kerana kencing manis. Sebelum Ramadhan menjalani operation mata mengharapkan matanya pulih kembali untuk menyambung kerja-kerja penyelidikan aqidah yang belum selesai. Mohon doa daripada semua.
Beliau sekarang sedang uzur, penglihatannya kabur kerana kencing manis. Sebelum Ramadhan menjalani operation mata mengharapkan matanya pulih kembali untuk menyambung kerja-kerja penyelidikan aqidah yang belum selesai. Mohon doa daripada semua.
Kisah awal hidupnya
begitu unik dan menyayat hati, perjuangan kental yang boleh memberi inspirasi, untuk mengenalinya lebih lanjut sila baca
catatan yang ditulisnya sendiri –hafizahullah-.
Baca di sini: Biografi Dr Abdul Fattah Haron
Ceramah Prof Dr Abdul Fattah di Seminar Berpegang Dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Pada April 2011, Di Hotel Royal Chulan, KL.
Petikan Gambar di Seminar.
Antara Buku Dr Ab Fattah.
Beberapa Pandangan Dr. Abdul Fatah.
ESQ Menyeleweng - Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim
Perhatian;
Kepada para pembaca yang ada maqalah atau buku Dr. Abdul Fattah atau link artikel beliau sila hubungi kami melalui emel: ainbaa@yahoo.com untuk ditambahkan dalam catatan ini, Jazakumullahu khaira.
Akhukum,
Abu Anas Madani, 6 Syawal 1434H - 13 Ogos 2013M.