بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين، وبعد
Isu penyertaan kaum wanita dalam bidang nasyid secara terbuka sering menjadi persoalan masyarakat.. untuk menjawab persoalan tersebut ana memilih makalah yang ditulis oleh Dr UZAR, sahabat ana yang banyak menjawab persoalan masyarakat, jazahullahu khaira.
adapun isu nasyid kontemporari, ana sendiri ada juga sedikit ulasan mengenainya, boleh dibaca di: http://www.abuanasmadani.com/?p=548
Bolehkah Wanita Berdakwah
Melalui Nasyid ?
Oleh : Ust Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Pengerusi MURSHID [Multaqa Asatizah & Du'at]
Umat
Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para
remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari
menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat
itu kepada dendangan lagu-lagu nasyid yang liriknya membawa kepada
kebaikan dan kesedaran agama.
Tidak
dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang
dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya
yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada
puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa
hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah
sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Saya
akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, Insha' Allah. Dalam
penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita
muslimah dalam industri nasyid ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?
Suara Wanita
Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu:
أنَّ
رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن
الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما
لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..
Ertinya: Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: wahai seluruh kaum wanita,
bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita
adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita: Mengapa
kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: "Wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari
kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)
Saya
bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan
bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan
secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi
hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat.
Hasilnya,
pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki,
Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.
Berubah Menjadi Aurat
Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.
Inilah perbincangan saya.
Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.
"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya.
"yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.
"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.
"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga.
"ish..naik
le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia,
astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan?" katanya
sambil tersenyum kambing.
Bayangkan
bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita
perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara
umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda
dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat
untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk
menggoda.
Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.
Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.
Walaupun
mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya
yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi (bukan sengaja
dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi
cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta
cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi
itu.
Entah apa yang merasuk mereka..
Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :
"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu".
"siswi mana" tanya saya.
"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu.
Cuba
lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah
boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti,
apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !
Teringat Di Jordan
Saya
juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk
memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu
vcd nasyid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya
mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang
berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya
lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd
itu begitu popular kerana penasyidnya terdiri dari kalangan anak-anak
gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?
Pinjam
meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga
yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari
salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang
amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.
Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu
maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat
kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan
dan tatacaranya)" (Al-Ahzab: 32)
Para
ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk
dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan
dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini (Adwa al-Bayan, 5/10: At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137)
Imam
As-Suddi berkata: larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita
menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di
hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang
sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat
berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran,
14/177)
Berdasarkan
dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasyid wanita juga
tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan
kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh
kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para
wanita. Ia adalah harus.
Suara Wanita Ketika Beribadah
Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini:-
1) Ingin Menegur Imam semasa solat,
Jika
kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa
rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan
imam dengan menggunakan tepukan sahaja.
Hadithnya :-
فقال
رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في
صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "
Ertinya: Berkata Rasulullah SAW, mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk
apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya.
Hendaklah kamu (lelaki) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya
untuk wanita" (Riwayat Al-Bukhari, no 652)
Arahan
Nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga
suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir,
3/281; Al-hawi al-Kabir, 9/17)
2) Wanita dan azan
Imam
al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut
bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan
azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati
sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)
Demikian
juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang
bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, (Al-Mughni,
2/68)
3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.
Sudah
tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka
tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu
terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. (Al-Mughni, Ibn
Quddamah)
Imam
Ibn Hajar berkata: "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan
bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang
ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )
Jelas
bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila
melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi
menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang
lemah ini. Kerana itu disebutkan
فرع: صرّح في النوازل بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام: (التسبيح للرجال والتصفيق للنساء، فلا يحسن أن يسمعها الرجل)
Ertinya: Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana
itu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya tasbih untuk lelaki, dan tepukan
khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si
lelaki". ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )
4) Suara wanita dan talbiah Haji
Ijma' ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat
didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie,
Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )
Kesimpulan
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-
1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya
secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang
mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki
(Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156;
‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati; 3/260, Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )
2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan.
Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki
secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2, Lisan al-Arab, Ibn Manzur,
73/8, Tafsir At-Tabari; 3/22, Hasiyah At-Tohawi; 1/161)
Maka
kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua
tanpa khilaf.
Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh
menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan
pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya
apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan
pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas
menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya
bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.
Apatah lagi kumpulan nasyid wanita yang bersolek adakala seperti
pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki
bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.
"Tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi
wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian
pertanyaan penyokong kumpulan nasyid wanita.
Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.
Sebagaimana di sebut oleh dalil :-
إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء، وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ،
إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ.
Ertinya: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk
juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal)
Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat
Ahmad, 1/387: Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali... sebahagiannya khilaf;
Majma' Az-Zawaid, 10/228 )
Justeru,
tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi
nasyid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.
Jangan
pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah
tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa
boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya
bahawa arak itu buruk.
Nabi SAW bersabda:
إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم
Ertinya: "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )
Hadith
ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh
Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat
dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )
Demikianlah
dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan
menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan
mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah
untuk komersial dan mengaut untung sahaja.
Setiap
hasil untung dari jualan kaset nasyid wanita dewasa ini juga tidak lain
kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia
khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja.
Persembahan juga untuk kaum wanita.
Sedarilah
kumpulan nasyid wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah
melalui nasyid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya
tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.
BANTAHAN KEPADA ARTIKEL:
Apabila
tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong
nasyid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan
satu hadith berkenaan dua orang hamba wanita yang mempersembahkan
nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.
Hadith ini adalah seperti berikut :-
عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ
من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ
يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ
أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
Ertinya
: Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke
rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan
bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, lalu asiyah berkata: Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu
Bakar r.a: " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka
Rasul berkata: WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya). [HR Bukahri, 1/335]
Dalam riwayat lain:
عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ
تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ
وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ
الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام
فقال دَعْهُمَا
Ertinya: "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua
orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi
dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring
dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku
sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi
terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya".
Secara
ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya
nasyid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana:-
1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.
2)
Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai
bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang
dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana
penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas
"وليستا بمغنيتين"
Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai:-
معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به
Ertinya: Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu,
dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim,
6/182 : fath Al-Bari, 2/442)
3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah.
Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam
An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-
وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن
Ertinya: Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi
MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi
perkara melalaikan" (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)
4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-
قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ
Ertinya: Dua orang jariah: disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh (Umdatul Qari, 6/269)
قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ
Ertinya: Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya
digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194: Syarhu
As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )
Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-
لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب
Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)
Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.
Sekian
29 Mei 2007
12 Jumada Awal 1428 H