Biodata

Wednesday, March 20, 2013

Kesalahan Menggugurkan Selawat dan Salam Dalam Pengucapan dan Penulisan.


Petikan dari Tulisan Akhuna Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dari Blognya: http://saifulislam.com/?p=870 Jazahullahu Khaira. Semoga bermanfaat buat Umat yang mencintai & menyayangi Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa aalihi wa sahbihi wasallam.
Abu Anas telah membuat catatan tentang Kelebihan Selawat dan memahami maknanya boleh dibaca di: http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html


Kuliah Abu Anas yang berkaitan dengan tajukm ini:

Kita disyariatkan untuk berselawat kepada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam semasa bersolat di dalam bacaan tasyahhud. Juga semasa berucap, berdoa dan beristighfar. Demikian juga selepas azan, semasa masuk dan keluar masjid dan ketika baginda disebut dalam situasi-situasi yang lain.

Ibnu Solah di dalam Muqaddimah Ibnu Solah menyebut di dalam Bab 25 “Pada Menulis Hadith dan Kaedah Penulisan Serta Tuntutan-tuntutannya”, beliau berkata:
Ke-9: Hendak seseorang itu memelihara penulisan selawat dan salam ke atas Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa menyebut baginda. Tidak menjadi sesuatu yang menyakitkan untuk ia dilakukan secara berulang-ulang kerana ia adalah manfaat agung yang segera hadir buat mereka yang belajar hadith serta menulisnya. Barangsiapa yang cuai daripada melaksanakannya, maka terhalanglah dirinya daripada mendapat kurniaan yang besar.

Ibnu Solah juga menegaskan tentang pentingnya memuji Allah semasa menyebut nama-Nya, seperti pujian Azza wa Jalla dan Tabaraka wa Ta’aala dan yang seumpama dengannya.
Katanya, “dan hendaklah dijauhkan perbuatan memuji itu dengan dua kaedah yang cacat iaitu sama ada (i) menulisnya dengan akronim menggunakan satu dua huruf dan yang seumpama dengannya, atau pun (ii) menulisnya secara tidak lengkap seperti berselawat “sallallaahu alayhi”, dan meninggalkan “wa sallam”
Ibnu Solah mendatangkan riwayat yang direkodkan daripada Hamzah al-Kanani rahimahullah (meninggal dunia 357H) , beliau berkata, “pernah semasa aku menulis, tatkala aku mencatat NABI, aku ikuti dengan “sallallaahu alayhi” dan aku tidak menulis “wa sallam”. Aku telah melihat Nabi sallallaahu alayhi wa sallam di dalam mimpiku dan baginda berkata kepadaku, “mengapakah engkau tidak menyempurnakan selawat ke atasku?” Semenjak itu aku tidak pernah lagi menulis “sallallaahu alayhi” melainkan akan kusempurnakan ia dengan sebutan “wa sallam”.
Ibnu Solah juga berkata, “adalah tidak disukai perbuatan meringkatkan sebutan selawat itu kepada “alayhi al-salam”, Wallahu A’lam.

Al-Allamah Al-Sakhawi rahimahullah menyebut di dalam kitabnya Fath al-Mughith Sharh Alfiyyah al-Hadith li al-Iraqi, “Hindarilah wahai penulis (membuat simbul / akronim) untuknya) yakni selawat dan salam ke atas Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam dalam penulisan kamu dengan meringkaskan ia kepada dua huruf dan yang seumpama dengannya kerana ia adalah cacat, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Al-Katati serta orang-orang yang jahil daripada para Ajam dalam kebanyakan keadaan serta di kalangan pelajar-pelajar. Mereka menggantikan selawat sallallaahu alayhi wa sallam kepada (ص) atau pun ( صم ) atau (صلعم ), yang mana perbuatan itu cacat ganjarannya kerana cacatnya cara menulis, menyalahi apa yang lebih utama.

Al-Imam Al-Suyuti rahimahullah turut menyebut perkara yang sama di dalam kitabnya Tadreeb al-Rawi fi Sharh Taqrib al-Nawawi. Katanya, “Adalah tidak disukai perbuatan memendekkan penyebutan selawat dan salam di sini dan di setiap catatan yang disyariatkan padanya selawat sebagaimana yang terdapat di dalam Sharh Sahih Muslim dan lain-lainnya. Ini adalah kerana firman-Nya, “dan berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna” )ِ(Al-Ahzaab 33: 56)” sehingga kepada kata-katanya, “Dan tidak disukai perbuatan menggunakan simbol untuk selawat dan salam itu di dalam penulisan dengan menulis satu huruf atau dua huruf seperti (صلعم ), bahkan hendaklah menulis kedua-duanya dengan lengkap dan sempurna.
Ini adalah terjemahan saya kepada pendapat-pendapat ulama muktabar yang dinukilkan oleh Sheikh Bin Baz di dalam Majmu’ Fatawa beliau. Kelemahan dalam penterjemahan adalah kelemahan saya dan terbuka kepada penambah baikan dan pembetulan.

Sebahagian penerbit di dalam pasaran industri buku kita menggugurkan SEMUA selawat dengan berpada meletakkan galakan selawat dalam satu pesanan di awal naskhah....
Untuk Meneruskan bacaan tulisan Ustaz Hasrizal, sila ke: http://saifulislam.com/?p=870

 Firman Allah Subahanahu wa ta'aala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Al-Ahzaab 33: 56)
HASRIZAL @ 43000 BSP.