Biodata
▼
Tuesday, November 11, 2014
Sunday, September 28, 2014
Sepuluh Fadhilat Wuquf di Arafah Pada Hari Jumaat & Makna Haji Akbar
Keistimewaan Wuquf
di Arafah
pada Hari Jumaat
& Haji Akbar.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، والصلاة والسلام
على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن والاه، وبعد.
Catatan ringkas ini membincangkan tajuk fadhilat Wuquf
pada hari Jumaat.
Tuesday, September 2, 2014
Hadiah untuk Bakal Haji dan Hajjah - Siri Motivasi & Fiqh Haji & Umrah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam siri ini ana kemukakan kepada para pengunjung beberapa siri kuliah, ceramah dan motivasi yang telah disampaikan berkaitan dengan haji dan Umrah juga Ziarah Madinah.
Semoga dapat dijadikan panduan dan bekalan bagi mereka yang akan atau berada di Tanah Suci, Dua Tanah Haram Yang Mulia.
Wednesday, August 20, 2014
Isu Madad, Tawassul dan Takfir- Pencerahan Dari Abu Anas Madani.
بسم الله الرحمن
الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك
على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد،
Alhamdulillah segala puji dan syukur saya rafa’kan kepada Allah,
Penguasa alam semesta ini yang telah memberikan kepada kita nikmat hidayah dan
taufiq ke jalan yang diredhai-Nya.
Iaitu jalan dan petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW yang digelari “Rahmatan lil ‘aalamin”. Semua jalan tertutup untuk menuju ke Syurga melainkan jalannya. Dialah pemilik Syafaat al-‘Uzma pada hari Kiamat kelak.
Friday, July 11, 2014
Koleksi Tazkirah Ringkas Abu Anas Madani - Sempena Ramadhan 1435H
Alhamdulillah, Koleksi Siri-siri Kuliah dan Tazkirah Al-Faqir Abu Anas
sempena Bulan Ramadhan Tahun 1435H.
Tazkirah Selepas Solat Terawih di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian
dan juga di masjid-masjid lain.
Berdasarkan buku “30 Pelajaran Bagi Orang Berpuasa” oleh Dr. A’idh
Al-Qarni –hafizahullah-.
Semoga bermanfaat bagi para pembaca – penonton sekelian.
Doakan semoga AAM diberi kesihatan dan sentiasa berada di atas jalan
yang diredhai oleh Allah.
Friday, June 27, 2014
Status Hadis: Ramadhan; Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia,
penuh berkat. Perkara ini sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis
Rasulullah saw yang sahih. Perbincangan di sini ialah mengenai kedudukan hadis
di bawah ini;
[
أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار ]
Ertinya: "Bulan Ramadhan, awalnya rahmah,
tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka".
Menurut ulama’ hadis, dalil pembahagian
Ramadhan menjadi tiga ini dhaif (lemah). Padahal hadis itu popular sekali di
tengah bulan Ramadhan, disebut oleh penceramah dan pentazkirah.
Menurut Al-Ustaz Prof. Ali Mustafa Ya'qub, MA :
Hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadis ini diriwayatkan tidak hanya melalui satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.Mendhaifkan
Friday, March 28, 2014
Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?
Oleh: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.
بسم الله الرحمن الرحيم
Khilaf di kalangan ulama’ pada asalnya
adalah suatu keluasan Syariah dan rahmat bagi umat ini. Ianya akan menjadi
sempit dan susah apabila dimasuki oleh hawa nafsu, atau mementingkan diri
sahaja, atau berlaku tanpa mengikut jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Pada
ketika itu ia akan bertukar kepada perpecahan, perbalahan, persengketaan dan
menimbulkan huru-hara di kalangan ummah.
Saturday, March 15, 2014
10 Sebab Meraih Mahabbah kasih Allah Azza wajalla kepada hamba-Nya.
Meraih Mahabbah Cinta Allah
Alhamdulillah
al-Faqir Abu Anas Madani telah selesai syarah Sepuluh Sebab Untuk Mendapat Mahabbah
Atau Kasih Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui kitab ini serta beberapa tambahan
dan huraian.
Lihat link huraian
Bahasa Arab di:
الأسباب الموجبة
لمحبة الله
Sepuluh sebab atau
cara ini disebut oleh Sheikh Ibnu
Al-Qayyim rahimahullah dalam Kitab “Madarij As-Salikin” - ( مدارج السالكين ).
Wednesday, March 5, 2014
20 Siri Pengalaman Dr. Khalid Al-Jubair; Kisah Benar Motivasi Iman.
الحمد لله رب العالمين، وبه نستعين، وبعد.
Siri Motivasi Iman, Tazkirah Ringkas ini ana ambil dari Buku "Musyahadaat Tobib" Penyaksian Seorang Doktor. Iaitu pengalaman Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, seorang pakar bedah jantung di Hospital Tentera di Riyadh, Arab Saudi yang telah menceritakan sebahagian dari pengalaman hidupnya sebagai seorang pengamal perubatan dan sekaligus berkecimpung dalam bidang dakwah. Beliau kini aktif bergiat dalam bidang dakwah. Sila lihat di: https://www.facebook.com/KhalidAljubair FB KhalidAljubair
Buku tersebut ana telah beli dan baca sewaktu belajar di Madinah pada tahun 2004, dan sangat berminat untuk memperpanjangkan maklumat tersebut kepada masyarakat, dan alhamdulillah kini baru terlaksana dalam bentuk video dan insya' Allah ana akan usahakan untuk menerbitkannya dengan sedikit huraian, doakan!! .
Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia kemudian ke Bahasa Malaysia.
Untuk mendapatkan buku ini versi Bahasa Malaysia boleh menempahnya di www.dartaibah.com.
Tempahan buku di sini
Untuk mendapatkan buku ini versi Bahasa Malaysia boleh menempahnya di www.dartaibah.com.
Tempahan buku di sini