بسم الله الرحمن الرحيم
Kita semua maklum bagi masyarakat
Jahiliyah sebelum kedatangan Islam, mendapat anak perempuan merupakan satu musibah
kepada keluarga kerana dianggap mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Hatta
ada yang sanggup membunuh dan menanam
hidup-hidup anak perempuan demi menjaga maruah keluarga.
Tetapi alhamdulillah dengan kedatang
Islam, persepsi dan kepercayaan ini berubah. Anak tanpa mengira jantina, adalah
anugerah Allah dan harta kita untuk dunia dan akhirat, sekiranya kita berjaya
mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.
Bahkan Islam begitu mengambil berat dalam
cuba menghapuskan kepercayaan dan
kefahaman salah ini.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya
Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA
untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua
anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak
perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk
seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk
seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].
Bahkan terdapat juga hadis yang
menceritakan bersamanya tentang kelebihan memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Tidak
ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara
perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan
memasukkan mereka ke syurga.” [HR Al-Bukhari].
Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu
urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan
memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada
api neraka.” [HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam
perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” [HR Muslim]
KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN
SULUNG.
Malangnya kelebihan tentang perempuan ini
telah ditokok tambah dengan pelbagai hadis rekaan dan palsu yang tidak sahih
sumber dan asalnya.
Antaranya yang terbaru pula ialah yang
menyebut tentang kelebihan mendapat anak pertama, anak sulung perempuan.
Hadis ini adalah tidak sahih bahkan
disebut sebagai amat dhaif.
Untuk menentukan jantina anak bukan kuasa
kita ianya ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla. Kita hanya mampu berdoa mahu
anak lelaki atau perempuan.
Bagi sesiapa saja yang mempunyai anak, yang
pentingnya ialah zuriat yang soleh-solehah penyejuk mata penyeri hidup di dunia
ini, dan menjadi amalan berterusan yang menambahkan pahala setelah kita mati
nanti insya' Allah.
Lihat: http://www.alimam.ws/ref/2746 - فضل
تربية البنات
Ummu Anas Madani. PSD.
Jumaat 6 R. Awal 1437H - 18/12/2015.
AAM, Keindahan Islam (22); 10 Hak Hak Wanita Dalam Syariat Islam Yang Perlu diketahui Oleh Semua Masyarakat.
Lihat: https://youtu.be/6OLW1aU5Rn8
Beberapa Hadis Yang Tidak Sahih Tentang Wanita.
Kesalahan
AAM; Larangan Berhias; Jenis Pakaian Ahli Neraka, Nipis & Menampakkan Bentuk Tubuh.
DR AAM; Tanggungjawab Terhadap Ahli Keluarga, Jaga Aurat & Pakaian Patuh Syarak.
Muqaddimah Mestika [06]; Golongan Yang Meniru Amalan Orang kafir; Dalam Akidah, Perbuatan, Pakaian dan lain-lain perbuatan.