بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله الذي بعث
محمداً صلى الله عليه وسلم بين يدي الساعة بشيراً ونذيرًا، وداعياً إلى الله بإذنه
وسراجاً منيرًا، بعثه رحمةً للعالمين ومعلِّماً للأميين بلسان عربي مبين؛ فبلَّغ
الرسالة وأدى الأمانة ونصح الأمة، وما ترك خيراً إلا دل أمته عليه، ولا شراً إلا
حذرها منه.
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
وأشهد أن محمداً عبده ورسوله سيد ولد آدم، صلى الله عليه وعلى آله وصحابته أجمعين
وسلَّم تسليماً كثيرًا. أما بعد:
Apabila
tibanya bulan Rabi'ul Awwal maka akan timbullah perbincangan yang baik atau
perdebatan yang tidak baik tentang boleh atau tidak memperingati hari kelahiran
Nabi sollallahu 'alaihi wasallam?
Di bawah ini
kami petik suatu ulasan yang agak harmoni dalam menangani isu maulid yang
menjadi kemelut yang tak berkesudahan.
Semoga
nukilan ini dapat memberi pencerahan kepada kita.
Hukum al-Maulid al-Nabi s.a.w.
Antara Keharusan Masoleh al-Mursalah
& Bid'ah Tercela.
Oleh: Fadhilah al-Syaikh
al-Muhaddith Dr. Hatim bin Syarif al-Awni
(Univ Umm al-Qura, Makkah)
Penterjemah: Ustaz Kurta
Ungu al-Madiniy (Univ Islam Madinah)
Editor: Abu Ismail Fathi
al-Sakandary (Univ Iskandariah, Mesir)
& Mohammad Fikri az-Zahabiy (Univ
Mohd V, Rabat).
أولا:
يجب أن يكون الحديث عن حكم المولد بعلم وعدل, وأن لا ننكر
اختلاف العلماء فيه, وأن هناك بعض جلة العلماء حكى استحبابه بشروط. بل هذا شيخ
الإسلام ابن تيمية في كتابه (اقتضاء الصراط المستقيم)، مع حكمه على المولد بأنه
بدعة؛ إلا أنه عذر مقيميه, بل اعتقد حصول الأجر العظيم لهم فيه، فقال (رحمه الله):
((فتعظيم المولد، واتخاذه موسما، قد يفعله بعض الناس، ويكون له فيه أجر عظيم؛ لحسن
قصده، وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم. كما قدمته لك: أنه قد يحسن من بعض
الناس، ما يستقبح من المؤمن المسدد)).
Pertama:
Perbincangan tentang hukum maulid hendaklah dilakukan dengan penuh
ilmiah dan keadilan, kita hendaklah tidak mengingkari khilaf (perbezaan)
pendapat ulama' tentangnya. Sesungguhnya terdapat sesetengah `ulama' besar
mengatakan mustahab (harusnya) dengan syarat-syarat tertentu.
Bahkan Shaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya (Iqtidha’
as-Siroth al-Mustaqim) walaupun pendapatnya tentang hukum maulid adalah bid'ah;
tetapi dia memberi keuzuran kepada orang yang membuatnya, bahkan dia meyakini
mereka mendapat ganjaran yang besar.
Maka dia (Ibnu Taimiyyah) rahimahullah berkata:
"Maka mengagungkan
maulid, dan mengambilnya sebagai musim, ada sesetengah manusia melakukanya. Dan
padanya ganjaran yang besar, disebabkan niatnya yang baik dan mengagungkan Rasulullah
s.a.w, seperti apa yang telah aku nyatakan kepada kamu, bahawa mungkin
sesetengah manusia mengelokkan, apa yang diburukkan dari mukmin yang
betul".
Pengajian SIRAH NABI s.a.w dan Kewajipan Mencintai Baginda s.a.w.
Sila Ke:
ثانيا:
أما لتفصيل حكمه: فأقول: من استثمر يوم المولد للتذكير
بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم, أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين, من غير
غلو (كاستغاثة), ولا مصاحبة منكرات (كاختلاط), ولا خرافات (كدعوى حضوره صلى الله
عليه وسلم يقظة), ومن غير اعتقاد فضل خاص لهذا التذكير في يوم محدد, وإنما هو من
باب استثمار تاريخ الحدث الجليل في استحضاره في النفس, كما يستحضر الخطباء يوم بدر
في السايع عشر من رمضان, ويوم الفتح في العشرين منه, ويوم الهجرة في بداية السنة
الهجرية = فهو حلال؛ لأنه لم يعد يرتبط به اعتقاد عبادة مبتدعة, وانتقل بهذه
الشروط من البدعة المحرمة إلى المصلحة المرسلة المباحة, فهو بهذه الشروط لا يتضمن
إلا مجرد اتباع للوسائل المبلغة لمصلحة شرعية وهي: التذكير بسيرة النبي صلى الله
عليه وسلم, أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين.
Kedua:
Maka untuk menjelaskan hukum maulid itu: "Maka aku
berkata sesiapa yang menjadikan hari maulid dengan memperingati sirah Nabi s.a.w,
atau untuk meningkatkan perasaan cinta dalam
jiwa muslimin, dengan tidak melampau
(seperti meminta bantuan dari Nabi - dengan tawassul yang tercela -), dan tidak
terdapat kemungkaran-kemungkaran seperti (percampuran antara lelaki dan
perempuan), bukan khurafat seperti
(mendakwa hadirnya Nabi s.a.w dalam keadaan sedar) dan tanpa meyakini adanya
keistimewaan yang khusus pada peringatan itu pada hari tertentu. Yang dilakukan
itu cuma untuk menyuburkan sejarah kejadian yang besar dalam menghadirkannya
(iaitu memperingati hari itu) dalam jiwa. Sepertimana para khatib menghadirkan
hari peperangan Badar pada 17 Ramadhan dan hari pembukaan Makkah pada hari
kedua puluh dan hari penghijrahan pada permulaan tahun hijrah, jika begitu maka
ia halal.
Ini kerana ia tidak lagi berkait dengan kepercayaan tentang
ibadat yang direka-reka, maka telah berubah dari bid’ah yang haram kepada Maslahah
Mursalah yang dibolehkan dengan syarat-syarat ini. Maka dengan
syarat-syarat ini ia tidak mengandungi kecuali hanya mengikuti jalan-jalan
(kaedah-kaedah) yang disampaikan untuk kemaslahatan (kepentingan) Syarak, iaitu:
"Memberi peringatan tentang sirah
Nabi s.a.w (dengan membuat kuliah-kuliah), atau untuk meningkatkan perasaan
cinta dalam jiwa muslimin (dengan kuliah-kuliah itu)".
وأجد أنه من الضروري لتصحيح الحكم
بالإباحة: التأكيد دائما على من يحضرون الموالد ويقيمونها على أمور:-
أن إقامة تلك الدروس والاحتفالات
(الخالية من المنكرات) ليس لأن إقامة المولد عبادة, وإنما لأنه مجرد استثمار لوقت
الحدث من أجل تحقيق مصلحة شرعية منه.- أنه ليس ليوم المولد السنوي خاصية ولا فضيلة
ثابتة. -
بيان منكرات الاعتقادات والأقوال
والأفعال المقطوع ببطلانها التي تنتشر في كثير من الموالد.فمع هذه الشروط لا أجد
في المولد بدعة, ولا ما يدعو فيه للإنكار عليه وعلى مقيميه.
Saya mendapati ia adalah satu kepentingan untuk membetulkan
hukum dengan pengharusan: Sentiasa menegaskan kepada sesiapa yang menghadiri
majlis maulid dan yang menganjurkannya kepada perkara-perkara:-
Bahawa menerapkan pengajaran-pengajaran dan perayaan-perayaan
itu (yang sunyi dari kemungkaran) bukanlah kerana menjadikan maulid itu sebagai
ibadah, tetapi sebagai menyuburkan pada waktu berlaku perkara itu sebagai
alasan merealisasikan maslahat Syar’ie
darinya, dan bukanlah perayaan Maulid itu bersifat tahunan dan khusus dan tiada padanya apa-apa kelebihan yang sabit,
dan mereka juga menerangkan kemungkaran dalam kepercayaan-kepercayaan (iktikad/akidah)
dan pada perkataan-perkataan, dan perbuatan-perbuatan yang jelas terbatal
padanya yang banyak tersebar pada kebanyakan Maulid (yang biasa dilakukan orang
ramai). Maka dengan syarat-syarat ini, aku tidak mendapati pada maulid itu
bid’ah, dan tidak apa yang mereka ajak padanya untuk mengingkari ke atasnya dan
ke atas orang yang melakukannya.
كما أني لا أجد حرجا في قول من امتنع من
إقامته امتناعا مطلقا , من باب مدافعة الخلل الكبير الذي يحصل فيه، وسدًّا لذرائع
المنكرات المنتشرة فيه؛ إذا كان صاحب هذا القول الممانع لا يبالغ في ممانعته , فلا
ينكر على من أباحه بتلك الشروط، ويجيز اختلاف الاجتهاد فيه، ما دام ملتزما بتلك
الشرائط. فهذا القول بهذا الشرط قول سائغ، له ما يجعل له حظا من النظر.
Begitu juga aku tidak mendapati apa-apa masalah pada pendapat
yang melarang dari melakukannya (perayaan Maulid) dengan larangan yang mutlaq, dengan
tujuan untuk menahan kepincangan yang besar yang berlaku di dalamnya, serta
menutup pintu-pintu kemungkaran yang tersebar di dalamnya. Ini sekiranya mereka
yang melarang itu tidak melampau dan berlebihan dalam larangannya, maka dia
tidak mengingkari sesiapa yang membolehkannya dengan syarat-syarat tersebut
tadi. Maka terdapat keharusan perbezaan ijtihad padanya, selagi mana beriltizam
dengan syarat-syarat (di atas). Maka pendapat ini dengan syarat yang disebut ini
adalah merupakan pendapat yang diterima, dan menjadikan suatu pandangan yang
patut diberi perhatian.
والواقع أن شبه هذا يحصل عندنا في
السعودية دون نكير, فعامة خطب الجمعة وكثير من مواعظ المساجد عندنا تتحدث عن
المولد بإنكاره قرب موعده السنوي (في آخر خطبة قبله, أو عشية ليلته)، وهي ربما
بدأت بذكر فضائل النبي صلى الله عليه وسلم وحقوقه على أمته، ثم تختم بذكر منكرات
الموالد. فهي أقامت المولد الذي أرى إباحته، لكنها لم تسمه بالمولد.
Realiti ini berlaku pada kita di Arab Saudi tanpa penafian, maka
kebanyakan khutbah-khutbah jumaat dan
banyaknya tazkirah-tazkirah di masjid-masjid kita mengatakan tentang
Maulid dengan mengingkarinya apabila berdekatan dengan harinya secara tahunan
(pada khutbah terakhir sebelumnya atau pada malamnya).
Tazkirah atau khutbah itu mungkin dimulakan dengan mengingatkan
tentang kelebihan Nabi s.a.w dan haq-haqnya ke atas umatnya, kemudian diakhiri
dengan mengingatkan tentang kemungkaran Maulid. Mereka ini sebenarnya telah menghidupkan
Maulid yang aku berpendapat tentang keharusannya- sperti yang telah dijelaskan
sebelum ini - , tetapi mereka tidak menamakannya sebagai Maulid.
ونحوه: ما كتبه ويكتبه علماؤنا في مجالس
شهر رمضان, ككتاب الشيخ ابن عثيمين (رحمه الله), والذي فيه تذكير بغزوتي بدر
والفتح في يوميهما من رمضان. وأراد الشيخ (رحمه الله) أن يقرأه الناس في المساجد
كل سنة, ويرجو هو (رحمه الله) ومن يريد له استمرار الأجر به: أن لا تنقطع قراءة هذه
المجالس في كل رمضان من كل سنة, وأن يعمّ وينتشر بين المسلمين, وكثيرا ما يحصل ذلك
في مساجدنا, ويتكرر كل سنة.
Contohnya: Seperti yang telah ditulis tentangnya dan ulama'-ulama'
kita menulis tentangnya pada majlis-majlis bulan Ramadhan, seperti kitab Syaikh
Ibn `Uthaimin (rahimahullah), yang padanya terdapat peringatan tentang dua
peperangan iaitu peperangan Badar dan pembukaan Makkah yang berlaku pada dua
hari dalam bulan Ramadhan.
Syaikh Uthaimin (rahimahullah) menginginkan manusia membacanya
di masjid-masjid pada setiap tahun, dan dia (rahimahullah) mengharapkan dan
sesiapa yang mahu untuk meneruskan pahala dengannya: supaya tidak memutuskan
bacaan kitab ut majlis seperti ini pada
setiap Ramadhan pada setiap tahun, dan supaya ia menjadi umum dan tersebar di
kalangan muslimin. Dan inilah yang berlaku di masjid-masjid kita (di Saudi)
kebanyakannya, dan ia berulang setiap tahun.
فتكرار قراءة خبر هاتين الغزوتين في يومين
محددين من كل سنة, لم يجعل هذا الفعل بدعة؛ لأن هذا التحديد لم يقع على وجه
التعبّد به؛ وإنما على وجه استثمار تاريخه في زيادة التأثير به, وفي ترسيخ تاريخه,
وفي تذكّر نعمة الله تعالى علينا بهذين اليومين العظيمين في تاريخ الإسلام. وكحل
وسط: أصبح كثير من مقيمي الموالد لا يلتزمون بالموعد السنوي المحدّد, فيقيمون
مجالس تذكير بفضائله صلى الله عليه وسلم في عرض العام, وعدة مرات فيه. وهذا المولد
إذا خلا من بقية منكرات بعض الموالد فلا إشكال فيه البتة, بشرط عدم اعتقاد كونه
عبادةً مقصودة لذاتها.
Maka pengulangan pembacaan berita dua peperangan itu pada
dua hari yang dikhususkan pada setiap tahun, tidak menjadikan perbuatan ini bid'ah,
kerana pengkhususan ini tidak berlaku dengan cara yang bersifat taabudiyyah (ibadat). Tetapi
ia sebagai cara untuk menyuburkan sejarahnya untuk menambahkan kesan (pada jiwa
muslimin) dan untuk menguatkan sejarahnya. Juga untuk mengingati nikmat Allah
ke atas kita dengan dua hari yang besar dalam sejarah Islam ini.
Untuk keadaan yang sederhana: Kebanyakan dari orang yang mengadakan
maulid ini tidak melazimkan diri mereka dengan tarikh tahunan yang tertentu,
mereka mengadakan majlis-majlis yang menyebutkan kelebihan-kelebihan Nabi S.a.w
secara umum, dan beberapa kali.
Maulid ini sekiranya sunyi dari kemungkaran-kemungkaran seperti
yang dilakukan dalam sesetengah maulid
maka tidak ada masalah langsung padanya. Juga dengan syarat tidak menganggapnya
sebagai ibadah yang khas (tidak dijadikan ibadah, tidak menganggap adanya
kelebihan khusus).
الخلاصة:
ومن هذا يتضح أنه يجب التفريق بين
صورتين للمولد:
1- صورة يكون فيها المولد من
المصالح المرسلة: وذلك إذا كان بقصد استثمار تاريخ هذا الحدث الجليل للتذكير
بسيرته صلى الله عليه وسلم, أو لإذكاء جذوة محبته صلى الله عليه وسلم في القلوب,
من غير اعتقاد فضيلة خاصة لليوم, تجيز تخصيصه بعبادة, أو باعتقاد لا دليل عليه.وهذه
الصورة هي التي استحسنها كثير من العلماء كأبي شامة وابن ناصر الدين وغيرهما كثير
من سادة الأمة.
Kesimpulan:
Maka dengan ini jelaslah bahawa wajib bagi kita membezakan
antara dua jenis Maulid:
1. Pertamanya jenis Maulid
yang merupakan dari Masolihul Mursalah: iaitu diadakan maulid dengan maksud menyuburkan ingatan terhadap
sejarah yang hebat ini dalam memperingati sirah Nabi s.a.w. Atau untuk
menyalakan semula cinta kepada Baginda s.a.w dalam hati,
tanpa mempercayai adanya kelebihan tertentu pada hari itu, tanpa
membolehkan pengkhususannya dengan ibadah,
atau dengan kepercayaan yang tiada dalil padanya. Bentuk inilah yang
diberi keringanan (diminta kebaikannya) oleh kebanyakan ulama’ seperti Abi
Syamah, Ibn Nasiruddin dan selain mereka dari kalangan imam-imam.
2- وصورة يكون
فيها بدعة, حتى لو خلا من الغلو والمنكرات, وهو فيما لو خُصَّ هذا اليوم باعتقاد
فضل يخصه, وصار يُظن أنه ترتبطبه عبادات يزداد أجرها فيه, أو أن مثل تلك
الاحتفالات في هذا اليوم المخصوص مقصودة لذاتها, كما تُقصد العبادات المشروعة
لذاتها. وهذه الصورة هي التي استنكرها كثير من العلماء كشيخ الإسلام ابن تيمية
وغيره من سادة الأمة.
2. Jenis yang mempunyai
bid’ah di dalamnya, walaupun sambutan itu sunyi dari sikap berlebih-lebihan dan
tiada kemungkaran, namun jika dikhusukan hari itu dengan kepercayaan bahawa
adanya kelebihan tertentu – sedangkan tiada dalil tentangnya, maka ia bid’ah -.
Juga apabila disangkakan bahawa pada hari itu terdapat ibadat-ibadat yang –
dikhususkan untuk - menambahkan pahala padanya, atau membuat perayaan-perayaan
tertentu pada hari itu. Juga acara tertentu misalnya seperti dengan meniatkan
ibadat-ibadat yang disyariatkan untuknya – sedangkan tiada dalil -. Maka jenis
ini merupakan jenis yang diingkari oleh kebanyakan ulama' seperti Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan
selainnya dari kalangan imam-imam.
Sumber:
AAM, Rabu 11 R. Awal 1437H - 23 Dis 2014.
Kisah:
Kisah:
Sheikh Al-Jabarti - Kisah Napoleon Anjur Majlis
Maulid Di Mesir.
Ahli sejarah Mesir yang terkenal Abdul
Rahman Al-Jabarti rahimahullah dalam
kitabnya “Tarikhu ’Ajaib al-Athar Fi at-Tarajim Wa al-Akhaari (2/201) dan dalam
kitab beliau yang lain “Mazhar at-Taqdis Bi Zawali Daulati al-Faransis”, hal.47.
Beliau mengisahkan, “Apabila Napoleon
Bonaparte menduduki Mesir, jumlah pengikut faham sufiyah dan orang yang suka
merayakan maulid mengalami penyusutan, kegiatan-kegiatan mereka lesu. (Selepas
kalah dalam peperangan dan negeri mereka dijajah).
Pada tahun1798M, Napoleon bertanya kepada
seorang komandan pasukan tenteranya tentang maulid Nabi.
Mengapa mereka (penduduk Mesir) tidak
merayakan maulid seperti biasanya?
Syeikh Al Bakriy (salah seorang syeikh
Mesir ketika itu) mengemukakan alasannya bahawa keadaan yang tidak sesuai,
banyaknya kerja lain yang tergendala serta tiada bajet perbelanjaan.
Komandan itupun menjawabnya, ‘Tidak, walau apapun kamu mesti membuatnya.’
Lantas Napoleon memerintahkan untuk diberi
peruntukan sebanyak 300 riyal Perancis agar mereka dapat kembali merayakan tradisi
maulid perdana.”
Jelas al-Jabarti lagi:
“Merekapun
menggantungkan tali-tali dan lampu-lampu perhiasan. Gendang ditabuh, tungku api
dibakar dan sejenis mercun seperti roket yang boleh meluncur ke udara
dilancarkan. Napoleon sendiri beserta tentera Perancis hadir dimajlis itu sehingga
selesai."
Al-Jabarti rahimahullah
mengatakan maksud disebalik perbuatan
Napoleon beserta pasukannya yang bersungguh supaya pesta ini dihidupkan semula
adalah kerana:
“Bangsa Perancis menyokong penuh (acara maulid) untuk
masyarakat Mesir pada waktu itu kerana mereka mendapati didalam perayaan tersebut terdapat
penyimpangan darinilai-nilai Syariat, percampuran antara lelaki dan perempuan,
mengikut syahwat, sibuk dengan permainan yang melenakan dan perbuatan terlarang
lainnya.”
Demi untuk merosakkan akidah dan
melaghakan umat Islam daripada agama, para kuffar sanggup mengeluarkan modal
memberi belanja ke arah jalan maksiat dan bid'ah.
Kita memohon kepada Allah agar memberi
kita petunjuk jalan yang lurus serta menjauhkan kita dari jalan-jalan yang
menyimpang dan rosak.
Thabat di atas Sunnah yang ditinggalkan
oleh Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam.
#CintaNabiCintaSunnah - Jumaat 12 R. Awal
1439H.