Labels

Wednesday, December 23, 2015

Memperingati Maulid Nabi s.a.w - Pro & Kontra.

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله الذي بعث محمداً صلى الله عليه وسلم بين يدي الساعة بشيراً ونذيرًا، وداعياً إلى الله بإذنه وسراجاً منيرًا، بعثه رحمةً للعالمين ومعلِّماً للأميين بلسان عربي مبين؛ فبلَّغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح الأمة، وما ترك خيراً إلا دل أمته عليه، ولا شراً إلا حذرها منه.
 وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله سيد ولد آدم، صلى الله عليه وعلى آله وصحابته أجمعين وسلَّم تسليماً كثيرًا.  أما بعد:

Apabila tibanya bulan Rabi'ul Awwal maka akan timbullah perbincangan yang baik atau perdebatan yang tidak baik tentang boleh atau tidak memperingati hari kelahiran Nabi sollallahu 'alaihi wasallam?
Di bawah ini kami petik suatu ulasan yang agak harmoni dalam menangani isu maulid yang menjadi kemelut yang tak berkesudahan.
Semoga nukilan ini dapat memberi pencerahan kepada kita.

Hukum al-Maulid al-Nabi s.a.w.
Antara Keharusan Masoleh al-Mursalah & Bid'ah Tercela.
Oleh: Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hatim bin Syarif al-Awni 
(Univ Umm al-Qura, Makkah)
Penterjemah: Ustaz Kurta Ungu al-Madiniy (Univ Islam Madinah)
Editor: Abu Ismail Fathi al-Sakandary (Univ Iskandariah, Mesir) 
& Mohammad Fikri az-Zahabiy (Univ Mohd V, Rabat).

أولا:
 يجب أن يكون الحديث عن حكم المولد بعلم وعدل, وأن لا ننكر اختلاف العلماء فيه, وأن هناك بعض جلة العلماء حكى استحبابه بشروط. بل هذا شيخ الإسلام ابن تيمية في كتابه (اقتضاء الصراط المستقيم)، مع حكمه على المولد بأنه بدعة؛ إلا أنه عذر مقيميه, بل اعتقد حصول الأجر العظيم لهم فيه، فقال (رحمه الله): ((فتعظيم المولد، واتخاذه موسما، قد يفعله بعض الناس، ويكون له فيه أجر عظيم؛ لحسن قصده، وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم. كما قدمته لك: أنه قد يحسن من بعض الناس، ما يستقبح من المؤمن المسدد)).

Pertama:
      Perbincangan tentang hukum maulid hendaklah dilakukan dengan penuh ilmiah dan keadilan, kita hendaklah tidak mengingkari khilaf (perbezaan) pendapat ulama' tentangnya. Sesungguhnya terdapat sesetengah `ulama' besar mengatakan mustahab (harusnya) dengan syarat-syarat tertentu.
      Bahkan Shaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya (Iqtidha’ as-Siroth al-Mustaqim) walaupun pendapatnya tentang hukum maulid adalah bid'ah; tetapi dia memberi keuzuran kepada orang yang membuatnya, bahkan dia meyakini mereka mendapat ganjaran yang besar.
      Maka dia (Ibnu Taimiyyah) rahimahullah berkata:
"Maka mengagungkan maulid, dan mengambilnya sebagai musim, ada sesetengah manusia melakukanya. Dan padanya ganjaran yang besar, disebabkan niatnya yang baik dan mengagungkan Rasulullah s.a.w, seperti apa yang telah aku nyatakan kepada kamu, bahawa mungkin sesetengah manusia mengelokkan, apa yang diburukkan dari mukmin yang betul".
Pengajian SIRAH NABI s.a.w dan Kewajipan Mencintai Baginda s.a.w.
Sila Ke:

ثانيا:
 أما لتفصيل حكمه: فأقول: من استثمر يوم المولد للتذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم, أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين, من غير غلو (كاستغاثة), ولا مصاحبة منكرات (كاختلاط), ولا خرافات (كدعوى حضوره صلى الله عليه وسلم يقظة), ومن غير اعتقاد فضل خاص لهذا التذكير في يوم محدد, وإنما هو من باب استثمار تاريخ الحدث الجليل في استحضاره في النفس, كما يستحضر الخطباء يوم بدر في السايع عشر من رمضان, ويوم الفتح في العشرين منه, ويوم الهجرة في بداية السنة الهجرية = فهو حلال؛ لأنه لم يعد يرتبط به اعتقاد عبادة مبتدعة, وانتقل بهذه الشروط من البدعة المحرمة إلى المصلحة المرسلة المباحة, فهو بهذه الشروط لا يتضمن إلا مجرد اتباع للوسائل المبلغة لمصلحة شرعية وهي: التذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم, أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين.

Kedua:
      Maka untuk menjelaskan hukum maulid itu: "Maka aku berkata sesiapa yang menjadikan hari maulid dengan memperingati sirah Nabi s.a.w, atau untuk meningkatkan perasaan  cinta dalam  jiwa muslimin, dengan tidak melampau (seperti meminta bantuan dari Nabi - dengan tawassul yang tercela -), dan tidak terdapat kemungkaran-kemungkaran seperti (percampuran antara lelaki dan perempuan),  bukan khurafat seperti (mendakwa hadirnya Nabi s.a.w dalam keadaan sedar) dan tanpa meyakini adanya keistimewaan yang khusus pada peringatan itu pada hari tertentu. Yang dilakukan itu cuma untuk menyuburkan sejarah kejadian yang besar dalam menghadirkannya (iaitu memperingati hari itu) dalam jiwa. Sepertimana para khatib menghadirkan hari peperangan Badar pada 17 Ramadhan dan hari pembukaan Makkah pada hari kedua puluh dan hari penghijrahan pada permulaan tahun hijrah, jika begitu maka ia halal.
      Ini kerana ia tidak lagi berkait dengan kepercayaan tentang ibadat yang direka-reka, maka telah berubah dari bid’ah yang haram kepada Maslahah Mursalah yang dibolehkan dengan syarat-syarat ini. Maka dengan syarat-syarat ini ia tidak mengandungi kecuali hanya mengikuti jalan-jalan (kaedah-kaedah) yang disampaikan untuk kemaslahatan (kepentingan) Syarak, iaitu: "Memberi peringatan tentang  sirah Nabi s.a.w (dengan membuat kuliah-kuliah), atau untuk meningkatkan perasaan cinta dalam jiwa muslimin (dengan kuliah-kuliah itu)".

وأجد أنه من الضروري لتصحيح الحكم بالإباحة: التأكيد دائما على من يحضرون الموالد ويقيمونها على أمور:-
أن إقامة تلك الدروس والاحتفالات (الخالية من المنكرات) ليس لأن إقامة المولد عبادة, وإنما لأنه مجرد استثمار لوقت الحدث من أجل تحقيق مصلحة شرعية منه.- أنه ليس ليوم المولد السنوي خاصية ولا فضيلة ثابتة. -
بيان منكرات الاعتقادات والأقوال والأفعال المقطوع ببطلانها التي تنتشر في كثير من الموالد.فمع هذه الشروط لا أجد في المولد بدعة, ولا ما يدعو فيه للإنكار عليه وعلى مقيميه.

      Saya mendapati ia adalah satu kepentingan untuk membetulkan hukum dengan pengharusan: Sentiasa menegaskan kepada sesiapa yang menghadiri majlis maulid dan yang menganjurkannya kepada perkara-perkara:-
      Bahawa menerapkan pengajaran-pengajaran dan perayaan-perayaan itu (yang sunyi dari kemungkaran) bukanlah kerana menjadikan maulid itu sebagai ibadah, tetapi sebagai menyuburkan pada waktu berlaku perkara itu sebagai alasan merealisasikan maslahat  Syar’ie darinya, dan bukanlah perayaan Maulid itu bersifat tahunan dan khusus dan  tiada padanya apa-apa kelebihan yang sabit, dan mereka juga menerangkan kemungkaran dalam kepercayaan-kepercayaan (iktikad/akidah) dan pada perkataan-perkataan, dan perbuatan-perbuatan yang jelas terbatal padanya yang banyak tersebar pada kebanyakan Maulid (yang biasa dilakukan orang ramai). Maka dengan syarat-syarat ini, aku tidak mendapati pada maulid itu bid’ah, dan tidak apa yang mereka ajak padanya untuk mengingkari ke atasnya dan ke atas orang yang melakukannya.

كما أني لا أجد حرجا في قول من امتنع من إقامته امتناعا مطلقا , من باب مدافعة الخلل الكبير الذي يحصل فيه، وسدًّا لذرائع المنكرات المنتشرة فيه؛ إذا كان صاحب هذا القول الممانع لا يبالغ في ممانعته , فلا ينكر على من أباحه بتلك الشروط، ويجيز اختلاف الاجتهاد فيه، ما دام ملتزما بتلك الشرائط. فهذا القول بهذا الشرط قول سائغ، له ما يجعل له حظا من النظر.

      Begitu juga aku tidak mendapati apa-apa masalah pada pendapat yang melarang dari melakukannya (perayaan Maulid) dengan larangan yang mutlaq, dengan tujuan untuk menahan kepincangan yang besar yang berlaku di dalamnya, serta menutup pintu-pintu kemungkaran yang tersebar di dalamnya. Ini sekiranya mereka yang melarang itu tidak melampau dan berlebihan dalam larangannya, maka dia tidak mengingkari sesiapa yang membolehkannya dengan syarat-syarat tersebut tadi. Maka terdapat keharusan perbezaan ijtihad padanya, selagi mana beriltizam dengan syarat-syarat (di atas). Maka pendapat ini dengan syarat yang disebut ini adalah merupakan pendapat yang diterima, dan menjadikan suatu pandangan yang patut diberi perhatian.

والواقع أن شبه هذا يحصل عندنا في السعودية دون نكير, فعامة خطب الجمعة وكثير من مواعظ المساجد عندنا تتحدث عن المولد بإنكاره قرب موعده السنوي (في آخر خطبة قبله, أو عشية ليلته)، وهي ربما بدأت بذكر فضائل النبي صلى الله عليه وسلم وحقوقه على أمته، ثم تختم بذكر منكرات الموالد. فهي أقامت المولد الذي أرى إباحته، لكنها لم تسمه بالمولد.
     
Realiti ini berlaku pada kita di Arab Saudi tanpa penafian, maka kebanyakan khutbah-khutbah jumaat dan  banyaknya tazkirah-tazkirah di masjid-masjid kita mengatakan tentang Maulid dengan mengingkarinya apabila berdekatan dengan harinya secara tahunan (pada khutbah terakhir sebelumnya atau pada malamnya).
      Tazkirah atau khutbah itu mungkin dimulakan dengan mengingatkan tentang kelebihan Nabi s.a.w dan haq-haqnya ke atas umatnya, kemudian diakhiri dengan mengingatkan tentang kemungkaran Maulid. Mereka ini sebenarnya telah menghidupkan Maulid yang aku berpendapat tentang keharusannya- sperti yang telah dijelaskan sebelum ini - , tetapi mereka tidak menamakannya sebagai Maulid.

ونحوه: ما كتبه ويكتبه علماؤنا في مجالس شهر رمضان, ككتاب الشيخ ابن عثيمين (رحمه الله), والذي فيه تذكير بغزوتي بدر والفتح في يوميهما من رمضان. وأراد الشيخ (رحمه الله) أن يقرأه الناس في المساجد كل سنة, ويرجو هو (رحمه الله) ومن يريد له استمرار الأجر به: أن لا تنقطع قراءة هذه المجالس في كل رمضان من كل سنة, وأن يعمّ وينتشر بين المسلمين, وكثيرا ما يحصل ذلك في مساجدنا, ويتكرر كل سنة.

      Contohnya: Seperti yang telah ditulis tentangnya dan ulama'-ulama' kita menulis tentangnya pada majlis-majlis bulan Ramadhan, seperti kitab Syaikh Ibn `Uthaimin (rahimahullah), yang padanya terdapat peringatan tentang dua peperangan iaitu peperangan Badar dan pembukaan Makkah yang berlaku pada dua hari dalam  bulan Ramadhan.
      Syaikh Uthaimin (rahimahullah) menginginkan manusia membacanya di masjid-masjid pada setiap tahun, dan dia (rahimahullah) mengharapkan dan sesiapa yang mahu untuk meneruskan pahala dengannya: supaya tidak memutuskan bacaan kitab ut majlis seperti  ini pada setiap Ramadhan pada setiap tahun, dan supaya ia menjadi umum dan tersebar di kalangan muslimin. Dan inilah yang berlaku di masjid-masjid kita (di Saudi) kebanyakannya, dan ia berulang setiap tahun.

فتكرار قراءة خبر هاتين الغزوتين في يومين محددين من كل سنة, لم يجعل هذا الفعل بدعة؛ لأن هذا التحديد لم يقع على وجه التعبّد به؛ وإنما على وجه استثمار تاريخه في زيادة التأثير به, وفي ترسيخ تاريخه, وفي تذكّر نعمة الله تعالى علينا بهذين اليومين العظيمين في تاريخ الإسلام. وكحل وسط: أصبح كثير من مقيمي الموالد لا يلتزمون بالموعد السنوي المحدّد, فيقيمون مجالس تذكير بفضائله صلى الله عليه وسلم في عرض العام, وعدة مرات فيه. وهذا المولد إذا خلا من بقية منكرات بعض الموالد فلا إشكال فيه البتة, بشرط عدم اعتقاد كونه عبادةً مقصودة لذاتها.

      Maka pengulangan pembacaan berita dua peperangan itu pada dua hari yang dikhususkan pada setiap tahun, tidak menjadikan perbuatan ini bid'ah, kerana pengkhususan ini tidak berlaku dengan  cara yang bersifat taabudiyyah (ibadat). Tetapi ia sebagai cara untuk menyuburkan sejarahnya untuk menambahkan kesan (pada jiwa muslimin) dan untuk menguatkan sejarahnya. Juga untuk mengingati nikmat Allah ke atas kita dengan dua hari yang besar dalam sejarah Islam ini.

      Untuk keadaan yang sederhana: Kebanyakan dari orang yang mengadakan maulid ini tidak melazimkan diri mereka dengan tarikh tahunan yang tertentu, mereka mengadakan majlis-majlis yang menyebutkan kelebihan-kelebihan Nabi S.a.w secara umum, dan beberapa kali.
      Maulid ini sekiranya sunyi dari kemungkaran-kemungkaran seperti  yang dilakukan dalam sesetengah maulid maka tidak ada masalah langsung padanya. Juga dengan syarat tidak menganggapnya sebagai ibadah yang khas (tidak dijadikan ibadah, tidak menganggap adanya kelebihan khusus).

الخلاصة:
ومن هذا يتضح أنه يجب التفريق بين صورتين للمولد:
1-      صورة يكون فيها المولد من المصالح المرسلة: وذلك إذا كان بقصد استثمار تاريخ هذا الحدث الجليل للتذكير بسيرته صلى الله عليه وسلم, أو لإذكاء جذوة محبته صلى الله عليه وسلم في القلوب, من غير اعتقاد فضيلة خاصة لليوم, تجيز تخصيصه بعبادة, أو باعتقاد لا دليل عليه.وهذه الصورة هي التي استحسنها كثير من العلماء كأبي شامة وابن ناصر الدين وغيرهما كثير من سادة الأمة.

      Kesimpulan:
      Maka dengan ini jelaslah bahawa wajib bagi kita membezakan antara dua jenis Maulid:
1. Pertamanya jenis Maulid yang merupakan dari Masolihul Mursalah: iaitu diadakan maulid  dengan maksud menyuburkan ingatan terhadap sejarah yang hebat ini dalam  memperingati sirah Nabi s.a.w. Atau untuk menyalakan semula cinta kepada Baginda s.a.w  dalam hati,  tanpa mempercayai adanya kelebihan tertentu pada hari itu, tanpa membolehkan pengkhususannya dengan ibadah,  atau dengan kepercayaan yang tiada dalil padanya. Bentuk inilah yang diberi keringanan (diminta kebaikannya) oleh kebanyakan ulama’ seperti Abi Syamah, Ibn Nasiruddin dan selain mereka dari kalangan imam-imam.

 2- وصورة يكون فيها بدعة, حتى لو خلا من الغلو والمنكرات, وهو فيما لو خُصَّ هذا اليوم باعتقاد فضل يخصه, وصار يُظن أنه ترتبطبه عبادات يزداد أجرها فيه, أو أن مثل تلك الاحتفالات في هذا اليوم المخصوص مقصودة لذاتها, كما تُقصد العبادات المشروعة لذاتها. وهذه الصورة هي التي استنكرها كثير من العلماء كشيخ الإسلام ابن تيمية وغيره من سادة الأمة.

2. Jenis yang mempunyai bid’ah di dalamnya, walaupun sambutan itu sunyi dari sikap berlebih-lebihan dan tiada kemungkaran, namun jika dikhusukan hari itu dengan kepercayaan bahawa adanya kelebihan tertentu – sedangkan tiada dalil tentangnya, maka ia bid’ah -. Juga apabila disangkakan bahawa pada hari itu terdapat ibadat-ibadat yang – dikhususkan untuk - menambahkan pahala padanya, atau membuat perayaan-perayaan tertentu pada hari itu. Juga acara tertentu misalnya seperti dengan meniatkan ibadat-ibadat yang disyariatkan untuknya – sedangkan tiada dalil -. Maka jenis ini merupakan jenis yang diingkari oleh kebanyakan ulama'  seperti Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan selainnya dari kalangan imam-imam.

Sumber:

AAM, Rabu 11 R. Awal 1437H - 23 Dis 2014.

Kisah:

Sheikh Al-Jabarti - Kisah Napoleon Anjur Majlis Maulid Di Mesir.
Ahli sejarah Mesir yang terkenal Abdul Rahman  Al-Jabarti rahimahullah dalam kitabnya “Tarikhu ’Ajaib al-Athar Fi at-Tarajim Wa al-Akhaari (2/201) dan dalam kitab beliau yang lain “Mazhar at-Taqdis Bi Zawali Daulati al-Faransis”, hal.47.

Beliau mengisahkan, “Apabila Napoleon Bonaparte menduduki Mesir, jumlah pengikut faham sufiyah dan orang yang suka merayakan maulid mengalami penyusutan, kegiatan-kegiatan mereka lesu. (Selepas kalah dalam peperangan dan negeri mereka dijajah).
Pada tahun1798M, Napoleon bertanya kepada seorang komandan pasukan tenteranya tentang maulid Nabi.
Mengapa mereka (penduduk Mesir) tidak merayakan maulid seperti biasanya?
Syeikh Al Bakriy (salah seorang syeikh Mesir ketika itu) mengemukakan alasannya bahawa keadaan yang tidak sesuai, banyaknya kerja lain yang tergendala serta tiada bajet perbelanjaan.
Komandan itupun menjawabnya,  ‘Tidak, walau apapun kamu mesti membuatnya.’
Lantas Napoleon memerintahkan untuk diberi peruntukan sebanyak 300 riyal Perancis agar mereka dapat kembali merayakan tradisi maulid perdana.”

Jelas al-Jabarti lagi:
“Merekapun menggantungkan tali-tali dan lampu-lampu perhiasan. Gendang ditabuh, tungku api dibakar dan sejenis mercun seperti roket yang boleh meluncur ke udara dilancarkan. Napoleon sendiri beserta tentera Perancis hadir dimajlis itu sehingga selesai."

Al-Jabarti rahimahullah mengatakan maksud disebalik  perbuatan Napoleon beserta pasukannya yang bersungguh supaya pesta ini dihidupkan semula adalah kerana:
 “Bangsa Perancis menyokong penuh (acara maulid) untuk masyarakat Mesir pada waktu itu kerana mereka mendapati  didalam perayaan tersebut terdapat penyimpangan darinilai-nilai Syariat, percampuran antara lelaki dan perempuan, mengikut syahwat, sibuk dengan permainan yang melenakan dan perbuatan terlarang lainnya.

Demi untuk merosakkan akidah dan melaghakan umat Islam daripada agama, para kuffar sanggup mengeluarkan modal memberi belanja ke arah jalan maksiat dan bid'ah.

Kita memohon kepada Allah agar memberi kita petunjuk jalan yang lurus serta menjauhkan kita dari jalan-jalan yang menyimpang dan rosak.
Thabat di atas Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam.


#CintaNabiCintaSunnah - Jumaat 12 R. Awal 1439H.