Imsakiah
Ramadhan.
Ramai yang bertanya tentang IMSAK?
Kenapa
bila datang bulan Ramadhan akan keluarlah Taqwim Khas yang ada Imsak. Semua
pakat berlumba menyebarkannya, YB, syarikat-syarikat besar, peniaga kecil
bahkan orang perseorangan. Masing-masing menggunakannya untuk iklan mereka.
Soalnya perlukah kepada imsakiah ini?
Jawabnya tak perlu. Sebenarnya sudah cukup
dengan taqwim yang ada di rumah masing-masing tu, ada yang dibeli dan ada yang
diberi percuma.
Malangnya
taqwin banyak, waktu solat dah ada, tapi masih ramai lagi umat Islam di negara ini
tak sampai-sampai juga ke Masjid, rumah Allah. Walaupun mereka dipanggil pula
dengan nama Allah dan nama Nabi Muhammad saw tetap tidak menyahutnya, tapi bila
dibawa air rambut Nabi (kononnya) ramai yang pakat berebut nak beli.
Apakah Hukum Imsak ini?
Jawabnya
secara baik dan sederhana ialah: Imsak bermakna menahan diri dari makan dan
minum. Masa yang diambil ialah 10 minit sebelum masuk waktu subuh dan masih
boleh makan. Tujuannya ialah agar orang sedang makan boleh habiskan makan
dengan segera, atau orang yang belum makan segeralah berbuat demikian, yang
lekat boleh minum air.
Ibaratnya yang simple: Waktu Imsak ialah seperti
LAMPU KUNING di traffic light, boleh
jalan tapi mesti berhati-hati dan bersedia untuk brake bila dah masuk waktu Subuh.
Perhatian: Kepada para pencetak Taqwim Imsak
sila letak penjelasan bahawa Imsak itu untuk berhati-hati sahaja dan masih
boleh makan lagi sehingga subuh.
Ini
adalah untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan seperti sekarang.
Selamat
Berpuasa & Beribadat.
Akhukum,
Abu Anas Madani.
9
Ramadhan 1434H.
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً "
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1798]
‘Amru bin al-‘As radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1843]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةٍ مِنْ مَاءٍ
‘Abdullah bin ‘Amru radiallahu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah walau dengan seteguk air [Sahih Ibn Hibban, Kitab as-Sawm, hadis no: 3558]
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: Sebaik-baik sahur orang beriman ialah kurma [Sunan Abi Daud, Kitab
ad-Sawm, hadis no: 2001]
Di dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (Ensiklopedia Fiqh Kuwait) disebutkan:
Sunnah Bersahur dan melewatkan sahur
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً "
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1798]
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا
وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
‘Amru bin al-‘As radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1843]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةٍ مِنْ مَاءٍ
‘Abdullah bin ‘Amru radiallahu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah walau dengan seteguk air [Sahih Ibn Hibban, Kitab as-Sawm, hadis no: 3558]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
Di dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (Ensiklopedia Fiqh Kuwait) disebutkan:
السُّحُورُ سُنَّةٌ لِلصَّائِمِ ، وَقَدْ نَقَل ابْنُ
الْمُنْذِرِ الإْجْمَاعَ عَلَى كَوْنِهِ مَنْدُوبًا
Sahur itu sunat kepada orang yang berpuasa. Ibn al-Munzir menukilkan kesepakatan ulama bahawa hukumnya adalah sunat.
Sunnah Melewatkan Sahur
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ
: " تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ
قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، قُلْتُ : كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ ؟
قَالَ : قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersahur bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian baginda bangun mendirikan solat. Aku (iaitu Anas bin Malik) berkata: Berapa lamakah tempoh masa antara azan dan sahur? Zaid menjawab: Pada kadar lima puluh ayat [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1796]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ : " إِنَّ بِلَالًا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا ، حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Bilal azan di waktu malam, makan dan minumlah sehingga kalian mendengar azan Ibn Ummi Maktum [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no: 1834]
Bilakah masuknya waktu sahur?
ذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ إِلَى أَنَّ وَقْتَ
السَّحُورِ مَا بَيْنَ نِصْفِ اللَّيْل الأْخِيرِ إِلَى طُلُوعِ الْفَجْرِ ،
وَقَال بَعْضُ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ : هُوَ مَا بَيْنَ السُّدُسِ
الأْخِيرِ وَطُلُوعِ الْفَجْرِ .وَيُسَنُّ تَأْخِيرُ السَّحُورِ عِنْدَ جُمْهُورِ
الْفُقَهَاءِ مَا لَمْ يَخْشَ طُلُوعَ الْفَجْرِ الثَّانِي
Jumhur ulama feqah menyatakan bahawa waktu sahur ialah antara separuh malam
yang akhir hinggalah terbit fajar. Sebahagian ulama mazhab Hanafi dan Syafie
pula berkata ia adalah pada satu perenam akhir malam hingga terbit fajar.
Disunatkan juga di sisi majoriti ulama untuk melewatkan sahur selagi mana tidak
takut akan masuknya fajar yang kedua [Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah]
Berdasarkan kenyataan di atas, antara kesilapan yang sering berlaku ialah apabila seseorang makan sahur sebelum tidur malam. Lalu bangun pada waktu Subuh. Sesungguhnya ia tidak dikira mengamalkan sunnah sahur.
Download Nota Seminar Ramadhan di sini www.alkahfi.com.my/download

Syukran Kpd Team: www.alkahfi.com.my
Kuliah Yang Berkaitan;
Penjelasan Hadis Abu Daud "Makan Ketika Azan Subuh"