Labels

Wednesday, July 17, 2013

Apa itu Imsakiah Ramadhan? Akhir Waktu Sahur & Makan Ketika Azan Subuh.


Imsakiah Ramadhan.
Ramai yang bertanya tentang IMSAK?
Kenapa bila datang bulan Ramadhan akan keluarlah Taqwim Khas yang ada Imsak. Semua pakat berlumba menyebarkannya, YB, syarikat-syarikat besar, peniaga kecil bahkan orang perseorangan. Masing-masing menggunakannya untuk iklan mereka.


Soalnya perlukah kepada imsakiah ini?
Jawabnya tak perlu. Sebenarnya sudah cukup dengan taqwim yang ada di rumah masing-masing tu, ada yang dibeli dan ada yang diberi percuma.
Malangnya taqwin banyak, waktu solat dah ada, tapi masih ramai lagi umat Islam di negara ini tak sampai-sampai juga ke Masjid, rumah Allah. Walaupun mereka dipanggil pula dengan nama Allah dan nama Nabi Muhammad saw tetap tidak menyahutnya, tapi bila dibawa air rambut Nabi (kononnya) ramai yang pakat berebut nak beli.

Apakah Hukum Imsak ini?
Jawabnya secara baik dan sederhana ialah: Imsak bermakna menahan diri dari makan dan minum. Masa yang diambil ialah 10 minit sebelum masuk waktu subuh dan masih boleh makan. Tujuannya ialah agar orang sedang makan boleh habiskan makan dengan segera, atau orang yang belum makan segeralah berbuat demikian, yang lekat boleh minum air.

Ibaratnya yang simple: Waktu Imsak ialah seperti LAMPU KUNING di traffic light, boleh jalan tapi mesti berhati-hati dan bersedia untuk brake bila dah masuk waktu Subuh.


Perhatian: Kepada para pencetak Taqwim Imsak sila letak penjelasan bahawa Imsak itu untuk berhati-hati sahaja dan masih boleh makan lagi sehingga subuh.
Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan seperti sekarang.

Selamat Berpuasa & Beribadat.

Akhukum, Abu Anas Madani.
9 Ramadhan 1434H.


Sunnah Bersahur dan melewatkan sahur

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً "

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1798]

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ


‘Amru bin al-‘As radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1843]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةٍ مِنْ مَاءٍ
‘Abdullah bin ‘Amru radiallahu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah walau dengan seteguk air [Sahih Ibn Hibban, Kitab as-Sawm, hadis no: 3558]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik sahur orang beriman ialah kurma [Sunan Abi Daud, Kitab ad-Sawm, hadis no: 2001]

Di dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (Ensiklopedia Fiqh Kuwait) disebutkan:

السُّحُورُ سُنَّةٌ لِلصَّائِمِ ، وَقَدْ نَقَل ابْنُ الْمُنْذِرِ الإْجْمَاعَ عَلَى كَوْنِهِ مَنْدُوبًا

Sahur itu sunat kepada orang yang berpuasa. Ibn al-Munzir menukilkan kesepakatan ulama bahawa hukumnya adalah sunat.

Sunnah Melewatkan Sahur

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : " تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، قُلْتُ : كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ ؟ قَالَ : قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersahur bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian baginda bangun mendirikan solat. Aku (iaitu Anas bin Malik) berkata: Berapa lamakah tempoh masa antara azan dan sahur? Zaid menjawab: Pada kadar lima puluh ayat [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1796]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ : " إِنَّ بِلَالًا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا ، حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ

‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Bilal azan di waktu malam, makan dan minumlah sehingga kalian mendengar azan Ibn Ummi Maktum [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no: 1834]

Bilakah masuknya waktu sahur?

ذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ إِلَى أَنَّ وَقْتَ السَّحُورِ مَا بَيْنَ نِصْفِ اللَّيْل الأْخِيرِ إِلَى طُلُوعِ الْفَجْرِ ، وَقَال بَعْضُ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ : هُوَ مَا بَيْنَ السُّدُسِ الأْخِيرِ وَطُلُوعِ الْفَجْرِ .وَيُسَنُّ تَأْخِيرُ السَّحُورِ عِنْدَ جُمْهُورِ الْفُقَهَاءِ مَا لَمْ يَخْشَ طُلُوعَ الْفَجْرِ الثَّانِي

Jumhur ulama feqah menyatakan bahawa waktu sahur ialah antara separuh malam yang akhir hinggalah terbit fajar. Sebahagian ulama mazhab Hanafi dan Syafie pula berkata ia adalah pada satu perenam akhir malam hingga terbit fajar. Disunatkan juga di sisi majoriti ulama untuk melewatkan sahur selagi mana tidak takut akan masuknya fajar yang kedua [Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah]

Berdasarkan kenyataan di atas, antara kesilapan yang sering berlaku ialah apabila seseorang makan sahur sebelum tidur malam. Lalu bangun pada waktu Subuh. Sesungguhnya ia tidak dikira mengamalkan sunnah sahur.

Download Nota Seminar Ramadhan di sini www.alkahfi.com.my/download
Syukran Kpd Team: www.alkahfi.com.my


Kuliah Yang Berkaitan;

Penjelasan Hadis Abu Daud "Makan Ketika Azan Subuh"




This video is public. AAM; Hukum Makan & Bersetubuh Ketika Azan Subuh Ramadhan.