TAZKIRAH MALAM 1 RAMADHAN 1436H
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Alhamdulillah
malam ini selepas Isya', sebelum menunaikan solat sunat tarawih yang pertama
untuk Ramadhan tahun ini, di Masjid ar-Rahman PSD, al-Fadhil Dr Abdul Basit telah menyampaikan
sedikit tazkirah tentang adab, rukun, sunat dan beberapa perkara yang berkaitan
dengan Ramadhan dan solat tarawaih secara umumnya.
Antara
yang paling menarik dan menyentap hati ialah tentang membaca al-Quran dalam
bulan yang penuh keberkatan, keampunan, pahala berganda dan rahmah ini.
"Menjelang
Ramadhan ini sekurang-kurangnya kita meletakkan target (sasaran cita-cita) untuk menghabiskan bacaan al-Quran yakni
khatam seluruh al-Quran itu sekurang-kurangnya tiga kali dalam bulan Ramadhan
ini. JIka mampu lebih daripada itu tentula lebih baik.
Jika
kita berjaya khatam sebanyak tiga kali, alhamdulillah, alhamdulillah,
alhamdulillah!
Jika
kita berjaya khatam sebanyak dua kali, alhamdulillah, alhamdulillah!
Jika
kita berjaya khatam sebanyak sekali sahaja pun, juga alhamdulillah.
Tetapi
jika kita tidak berjaya khatam walaupun
hanya sekali, innalillahi wa inna ilaihi
raji'un!!!!
Itu
sudah mencapa taraf mayat hidup, jika pada bulan Ramadhan yang hanya sekali
sahaja setahun pun kita tidak mampu habiskan bacaan al-Quran, tiada guna lagi hidup, makan dan minum cuma buat
menghabiskan beras..."
Alangkah
benar sekali, terasa betapa kita mensia-siakan segala peluang dan tawaran yang
diberi oleh Allah SWT, itu baru bab membaca al-Quran, belum lagi masuk
persoalan tentang solat sunat tarawih, malam lailatul-Qadr, bersedekah pada
bulan Ramadhan dan jamuan iftar, memberi
makan orang yang berpuasa dan lain-lain ibadat.
Sebaliknya
jika mendengar ada tawaran, offer diskaun di mana-mana pusat mebeli-belah,
manusia berduyun-duyun datang bahkan ada hatta yang berebut-rebut, sedangkan harga yang kita
bayar itu belum tentu murah atau pasti kita untung.
Tetapi
tawaran dan janji yang pasti dari Allah ini, kita manusia kurang mengendahkan
dan dan tidak cuba mengautnya semaksimum mungkin.
Tentang
cara membaca al-Quran pada bulan Ramadhan, berbagai formula dan cara dibuat dan
disebarkan, tetapi malangnya kebanyakan teori ini hanya tinggal teori, bahkan
yang menyebarnya juga mungkin kecundang.
Yang
paling baik kita lakukan adalah mengikut kemampuan, keselesaan dan masa kita
sendiri. Aturlah jadual yang bertepatan dengan gaya hidup kita seharian untuk
memanfaatkan masa sebijak mungkin.
Bagi
yang bekerja, waktu yang biasanya diperuntukkan
untuk sarapan, rehat, makan tengahari, minum petang dan seumpamanya
boleh digunakan untuk membaca al-Quran.
Bagi
mereka yang tidak keluar bekerja, para homemaker, baik wanita atau lelaki, waktu yang biasanya digunakan untuk
menyediakan sarapan, makan tengahari dan petang boleh dimanfaatkan untuk
membaca al-Quran. Subhanallah sesungguh Allah tidak menghilangkan sesuatu
perkara itu kecuali ianya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Berapa
muka, berapa helai, berapa juzuk sekali baca, kita tentukan dan atur sendiri
jadualnya. Bagi para wanita pula, (bagi yang masih mempunyai kitaran haidhnya) terpaksalah
berusaha lebih sikit, ini kerana kita akan ketinggalan pada beberapa hari
tertentu. Ini tidak menjadi masalah, maka janganlah bersedih dan terasa
kerugian kerana ini sudah fitrah kejadian kita sebagai kaum Hawa ciptaan Allah
SWT.
(Insya'Allah
nanti kita membincangkan isu khusus tentang
ibadat wanita semasa haidh pada bulan Ramadhan dan beberapa isu
tentangnya. Sudah ada penjelasan dari
beberapa kuliah dan tazkirah Dr Abu Anas).
Wallahu a'lam.
UAM, nzny2015
1 Ramdahan 1436H.
PSD.