Labels

Showing posts with label Akhlaq. Show all posts
Showing posts with label Akhlaq. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

Isu Madad, Tawassul dan Takfir- Pencerahan Dari Abu Anas Madani.


بسم الله الرحمن الرحيم،
 الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد،
Alhamdulillah segala puji dan syukur saya rafa’kan kepada Allah, Penguasa alam semesta ini yang telah memberikan kepada kita nikmat hidayah dan taufiq ke jalan yang diredhai-Nya.
Iaitu jalan dan petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW yang digelari “Rahmatan lil ‘aalamin”. Semua jalan tertutup untuk menuju ke Syurga melainkan jalannya. Dialah pemilik Syafaat al-‘Uzma pada hari Kiamat kelak.

Friday, March 28, 2014

Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?


Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?
Oleh: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

بسم الله الرحمن الرحيم

Khilaf di kalangan ulama’ pada asalnya adalah suatu keluasan Syariah dan rahmat bagi umat ini. Ianya akan menjadi sempit dan susah apabila dimasuki oleh hawa nafsu, atau mementingkan diri sahaja, atau berlaku tanpa mengikut jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Pada ketika itu ia akan bertukar kepada perpecahan, perbalahan, persengketaan dan menimbulkan huru-hara di kalangan ummah.

Saturday, March 15, 2014

10 Sebab Meraih Mahabbah kasih Allah Azza wajalla kepada hamba-Nya.


Meraih Mahabbah Cinta Allah
Alhamdulillah al-Faqir Abu Anas Madani telah selesai syarah Sepuluh Sebab Untuk Mendapat Mahabbah Atau Kasih Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui kitab ini serta beberapa tambahan dan huraian.
Lihat link huraian Bahasa Arab di:
الأسباب الموجبة لمحبة الله
 الأسباب العشرة الموجبة لمحبة الله

Sepuluh sebab atau cara  ini disebut oleh Sheikh Ibnu Al-Qayyim rahimahullah dalam Kitab “Madarij As-Salikin” - ( مدارج السالكين ).

Wednesday, March 5, 2014

20 Siri Pengalaman Dr. Khalid Al-Jubair; Kisah Benar Motivasi Iman.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وبه نستعين، وبعد.
Siri Motivasi Iman, Tazkirah Ringkas ini ana ambil dari Buku "Musyahadaat Tobib" Penyaksian Seorang Doktor. Iaitu pengalaman Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, seorang pakar bedah jantung di Hospital Tentera di Riyadh, Arab Saudi yang telah menceritakan sebahagian dari pengalaman hidupnya sebagai seorang pengamal perubatan dan sekaligus berkecimpung dalam bidang dakwah. Beliau kini aktif bergiat dalam bidang dakwah. Sila lihat di: https://www.facebook.com/KhalidAljubair FB KhalidAljubair
Buku tersebut ana telah beli dan baca sewaktu belajar di Madinah pada tahun 2004, dan sangat berminat untuk memperpanjangkan maklumat tersebut kepada masyarakat, dan alhamdulillah kini baru terlaksana dalam bentuk video dan insya' Allah ana akan usahakan untuk menerbitkannya dengan sedikit huraian, doakan!! .
Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia kemudian ke Bahasa Malaysia.
Untuk mendapatkan buku ini versi Bahasa Malaysia boleh menempahnya di www.dartaibah.com.
Tempahan buku di sini

Tuesday, May 14, 2013

Siri 04; AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR.


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Badwi.
Wahai saudara sekamu…
Wahai orang-orang yang mengerjakan solat. Kita yang berada di dalam masjid ini, seandainya ada anak kecil yang berdiri di atas meja ini, kemudian dia kencing di atasnya atau ada seorang tua yang pergi ke suatu sudut masjid, kemudian duduk dan kencing di sana.
Bayangkan! Apa tindakan yang akan kita lakukan terhadapnya. Mungkin dia tidak tahu bahawa dirinya akan terkena (pukulan) tangan siapa. Tentunya semua orang akan memukulnya. Sementara yang tidak sempat memukul, dia akan terus memaki dan mengumpatnya.

Siri 03; AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR.


Mari kita lihat contoh lain yang tidak kurang hebatnya.
Al-Wazir Abdul Rahman bin Hubairah:
Ibnu Hubairah rahimahulllah, beliau seorang menteri yang sangat alim. Seorang yang dikurniakan jawatan menteri, ilmu fiqh yang tinggi. Beliau menganjurkan majlis ilmu yang dipenuhi dengan para alim ulama’ dari mazhab empat.[1]

Wednesday, April 17, 2013

Siri 02; AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR - IMAM AHMAD & IBN TAIMIYYAH.


Sambungan Siri 2 dari ceramah "Akhlaq Al-Kibar". Siri 1 di: ttp://abuanasmadani.blogspot.com/2013/04/siri-01-akhlak-orang-yang-berjiwa-besar.html
1-        Imam Ahlus Sunnah wal Jamaah, Ahmad bin Hanbal rahimahullah.
Ketika berlaku peristiwa fitnah tentang “Fahaman Yang Mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk”  Imam Ahmad telah dipenjara, dibelenggu, diseksa dan dipukul di bawah matahari terik pada siang hari Ramadhan dalam keadaan beliau berpuasa. Sehinga hilang ingatan beliau dan jatuh pengsan. 

Monday, April 15, 2013

Siri 01; AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR.

AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR.
Oleh: Fadhilah Syaikh Dr. Khalid bin Utsman as-Sabt, Hafizahullah.
Alih Bahasa: Team Dartaibah.com
Pembaca yang dihormati, disebabkan akhlak dan perangai terpuji begitu tinggi kedudukannya di sisi Allah Ta’ala dan umat secara umum, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mendokong misi dakwah Ahlu Sunnah wal Jama’ah, maka kami berusaha mengalih-bahasakan sebuah muhadharah (ceramah) ilmiyah yang
sangat bermanfaat, disampaikan oleh salah seorang ulama tafsir yang masyhur di Dammam, Arab Saudi. Fadhilatus Syaikh Dr. Khalid bin Utsman as-Sabt –hafizahullah, yang berjudul “Akhlaq al-Kibar”http://www.khaledalsabt.com/cnt/lecture/298
Alhamdulillah dalam rehlah dakwah kami bersama sheikh ke Indonesia pada bulan Jun 2012, ana telah minta izin untuk menyebarkannya kepada para ikhwah di Malaysia. Jazahullahu khaira kepada sheikh dan team penterjemah semuanya.