Labels

Showing posts with label Aqidah. Show all posts
Showing posts with label Aqidah. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

KEMBALI KEPADA UNDANG-UNDANG ALLAH (HUDUD)


Sepatah kata Abu Anas Madani:
Syariah Islam adalah suatu perundangan yang Allah SWT syariatkan ke atas hamba-Nya untuk menjaga kemaslahatan dan kebaikan buat mereka.
Ini adalah suatu rahmah, Allah sebagai Pencipta Yang Maha Mengetahui dengan karenah dan keperluan makhluk-Nya.
Kalau dibiarkan manusia memikirkan sendiri untuk maslahah mereka tentulah pemikiran mereka tidak sampai ke tahap yang sepatutnya.
Sebagai suatu usaha kami untuk menyampaikan kebaikan dan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang perkara ini, khasnya pada zaman yang ada orang mempersendakan Hukum Allah khasnya Hudud, maka diharapkan usaha ini ada manfaatnya.
Di bawah ini kami petik tulisan Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Yaakob dalam muqaddimah buku MENGENAL HUKUM HUDUD yang ditulisnya pada tahun 1992 ketika Kerajaan Kelantan mengemukakan Enakman Jenayah Syariah II di DUN Kelantan.
Buku ini diterbitkan oleh: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (Cet. 1, 1992).
Akhukum, AAM. PSD 27 Muharram 1435H – 01/12/2013.

Wednesday, November 13, 2013

Kenali & Jauhi Ajaran Sesat Di Malaysia.

بِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَّحِيْمِ
PENGANTAR
اَلحَمْدُ لِلهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِاِحْسَانٍ اِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

Memandangkan banyaknya ajaran sesat yang timbul dalam masyarakat dengan pelbagai jenis ajaran dan kefahaman, kemuncaknya mengaku menjadi tuhan.
Maka ana telah mengambil inisiatif meminta beberapa orang pelajar subjek NUZUM di KIAS (Jazahumullahu Khaira) untuk meringkaskan risalah yang dikeluarkan oleh MAIK dengan tajuk ‘Memerangi Ajaran Sesat’, yang diterbitkan pada Bulan September 1987 untuk menjadi bacaan, panduan dan rujukan kepada masyarakat agar terhindar dari ajaran sesat tersebut.
Akhukum, AAM, Hari Asyura 1435H.

Saturday, April 7, 2012

Syarah Kitab Tauhid & Syirik.


Kuliah Dhuha AAM di Masjid Ar-Rahman, 
Kg. Galang, Pulai Chondong. Sebanyak 2 Siri.

Saturday, December 31, 2011

SEBAB BERLAKUNYA SYIRIK DI MUKA BUMI

Ghuluw - Terlampau Memuja & Mengagungkan Tokoh.
Oleh: Abu Anas Madani .
[Lihat keterangan Gambar di atas mengenai golongan Buharah di: http://www.muslm.net/vb/showthread.php?t=407231]
Firman Allah SWT:
] كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ[ البقرة: (213)
Maksudnya: {Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.} [Al-Baqarah : 213].

Saturday, October 22, 2011

PERKARA YANG MEYEBABKAN ROSAKNYA IMAN

PERKARA-PERKARA YANG MEYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM
Petikan dari Kitab “Mestika Hadis Rasulullah SAW”, Jilid 1, Bab 7. Keluaran JAKIM.
Kata Alu-aluan Oleh: YAB Tun Abdul Razak Dato’ Husin, Pada 03 Sep 1973.

Wednesday, October 19, 2011

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM.
Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh  membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya. 
[Sila Lihat Penjelasan di: http://www.youtube.com/watch?v=9P7BvNxgGtg ]