Labels

Showing posts with label Kuliah AAM. Show all posts
Showing posts with label Kuliah AAM. Show all posts

Wednesday, July 22, 2015

Koleksi 31 Siri Tazkirah Ramadhan 1436H "Kehidupan Hati" & Poster Dakwah.

Alhamdulillah, Ramadhan Tahun 1436H Allah Subhanahu Wa Ta'ala Anugerahkan kesempatan masa kepada Al-Faqir Abu Anas Madani (AAM) -'Afallahu 'anhu- untuk menyampaikan Tazkirah Ringkas Kepada Jemaah Yang Bersolat Tarawih Di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian.

Ana telah memilih sebuah kitab kecil sebagai teks Tazkirah ini;
"Kehidupan Hati - Hati Orang Berpuasa Sebagai Contoh"
Karya: Dr. Sheikh Sa'ad Bin Nasir As-Syihtri.

Semoga siri tazkirah ini memberi manfaat kepada para Penonton & Pendengar Sekelian.
AAM, PSD. 6 Syawal 1436H.

Wednesday, June 17, 2015

CATATAN PETIKAN TAZKIRAH AAM RAMADHAN 1436H

TAZKIRAH MALAM 1 RAMADHAN 1436H
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
           
            Alhamdulillah malam ini selepas Isya', sebelum menunaikan solat sunat tarawih yang pertama untuk Ramadhan tahun ini, di Masjid ar-Rahman PSD,  al-Fadhil Dr Abdul Basit telah menyampaikan sedikit tazkirah tentang adab, rukun, sunat dan beberapa perkara yang berkaitan dengan Ramadhan dan solat tarawaih secara umumnya.
            Antara yang paling menarik dan menyentap hati ialah tentang membaca al-Quran dalam bulan yang penuh keberkatan, keampunan, pahala berganda  dan rahmah ini.
         
   Kata beliau hfzahullah:
            "Menjelang Ramadhan ini sekurang-kurangnya kita meletakkan target (sasaran cita-cita)  untuk menghabiskan bacaan al-Quran yakni khatam seluruh al-Quran itu sekurang-kurangnya tiga kali dalam bulan Ramadhan ini. JIka mampu lebih daripada itu tentula lebih baik.
            Jika kita berjaya khatam sebanyak tiga kali, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
            Jika kita berjaya khatam sebanyak dua kali, alhamdulillah, alhamdulillah!
            Jika kita berjaya khatam sebanyak sekali sahaja pun, juga alhamdulillah.
            Tetapi jika  kita tidak berjaya khatam walaupun hanya sekali,  innalillahi wa inna ilaihi raji'un!!!!
            Itu sudah mencapa taraf mayat hidup, jika pada bulan Ramadhan yang hanya sekali sahaja setahun pun kita tidak mampu habiskan bacaan al-Quran, tiada  guna lagi hidup, makan dan minum cuma buat menghabiskan beras..."

Friday, July 11, 2014

Koleksi Tazkirah Ringkas Abu Anas Madani - Sempena Ramadhan 1435H

Alhamdulillah, Koleksi Siri-siri Kuliah dan Tazkirah Al-Faqir Abu Anas sempena Bulan Ramadhan Tahun 1435H.
Tazkirah Selepas Solat Terawih di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian dan juga di masjid-masjid lain.
Berdasarkan buku “30 Pelajaran Bagi Orang Berpuasa” oleh Dr. A’idh Al-Qarni –hafizahullah-.
Semoga bermanfaat bagi para pembaca – penonton sekelian.
Doakan semoga AAM diberi kesihatan dan sentiasa berada di atas jalan yang diredhai oleh Allah.

Saturday, March 15, 2014

10 Sebab Meraih Mahabbah kasih Allah Azza wajalla kepada hamba-Nya.


Meraih Mahabbah Cinta Allah
Alhamdulillah al-Faqir Abu Anas Madani telah selesai syarah Sepuluh Sebab Untuk Mendapat Mahabbah Atau Kasih Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui kitab ini serta beberapa tambahan dan huraian.
Lihat link huraian Bahasa Arab di:
الأسباب الموجبة لمحبة الله
 الأسباب العشرة الموجبة لمحبة الله

Sepuluh sebab atau cara  ini disebut oleh Sheikh Ibnu Al-Qayyim rahimahullah dalam Kitab “Madarij As-Salikin” - ( مدارج السالكين ).

Tuesday, July 30, 2013

Kuliah, Tazkirah & khutbah Ramadhan 1434H; Rahsia Orang Yang Mencintai Allah SWT.


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, di ambang Ramadhan dan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini ana telah menyampaikan tazkirah dan kuliah berkaitan dengan puasa dan kelebihan Ramadhan serta beberapa panduan atau tip untuk mengisi bekas yang disediakan bagi memperbanyakkan ibadat dan bertaqarrub kepada Allah sebanyak mungkin dalam bulan yang mulia ini.
Ketika sedang mencari idea untuk dijadikan silibus atau muqarrar tahun ini, beberapa orang pelajar yang pernah tinggal buat seketika di PSD dan kini sedang belajar di Timur Tengah, datang menziari PSD, antara mereka ialah Amin Asbahani yang sedang belajar di Mesir, telah menghadiahkan dua buah buku, iaitu;
 مع الإثني عشرية في الأصول والفروع
dan : Asrar Al-Muhibbin fi Ramadhan. (Rahsia Orang Yang Mencintai Allah SWT di Bulan Ramadhan). Jazahumullahu khaira.
Maka buku ke 2 ini sesuai dijadikan muqarrar. Di bawah ini adalah petikan kuliah dan tazkirah yang telah disampaikan, semoga bermanfaat.

Sunday, March 31, 2013

Syarah Kitab: Cinta Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam Dan Tanda-tandanya.

Alhamdulillah, Pada Pagi Jumaat 17 J. Ula 1434H bersamaan 29 Mac 2013, Al-Faqir ilaLlah Abu Anas Madani telah selesai syarah kitab ini sebanyak empat siri kuliah, semoga mendapat manfaat dalam memperbetulkan kecintaan Kita kepada Habibina wa Qudwatina Muhammad Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Buku ini ditulis dalam bahasa Arab Oleh Prof. Dr. Fadl Ilahi, Jazahullahu Kathira.

Wednesday, February 27, 2013

Syarah 2 Kitab: Apa Erti Saya Menganut Islam & Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.

Dua buah kitab yang ditulis oleh Dr Fathi Yakan. Abu Anas memilih buku ini kerana ia menjadi bacaan para pendakwah dalam usrah mereka. Pendekatan yang ana bawa ialah dengan meneliti hadis-hadis yang dibawa, dengan menyatakan sanad dan komentar para ulama’ hadis terhadapnya, sekiranya ada hadis lain yang lebih sahih maka ana akan baca yang sahih, ana juga menghuraikan secara ringkas isi kandungannya, semoga usaha yang mutawadhi’ ini mendapat pertolongan Allah dan diberkatinya, Aamin. 1- Wacana Buku: Apa Ertinya Saya menganut Islam. Kuliah Maghrib. Surau Al-Islah, Kota Seriemas, Nilai. 2- Kitab Bahtera Penyelamat. Bertempat: Masjid Al-Azhari, Pkl Chuit, Machang.

Wednesday, February 13, 2013

Syarah Kitab Bimbingan Mukmin- Bab Ilmu, Aqidah, Rahsia Taharah & Solat.

Alhamdulillah, Kitab ini mula disyarahkan di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian, pada malam Khamis 11 Syawal 1433H bersamaan dengan 29 Ogos 2012.

Saturday, January 5, 2013

Syarah Kitab Mestika Hadis [MP3] Muqaddimah, Jilid 1 & 2.

113 Siri kuliah lengkap Kitab Mastika hadis Muqaddimah, Jilid 1 dan Jilid 2 ke mediafire & hulkshare. 
Kitab Mastika Hadis dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kitab ini mengandungi 3 Jilid. Bahagian Muqaddimah, Jilid 1 dan Jilid 3 Kitab Mastika Hadis boleh didapati secara online di laman web JAKIM: http://www.islam.gov.my/dircportal/hadith.htm
Rakama MP3 113 siri di:
http://www.mymaktabaty.com/2013/01/update-512013-dr-abdul-basit-abdul.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Siri Rakaman ini boleh didapati melalui:

Saturday, December 29, 2012

Syarah Kitab Munyah al-Musalli - منية المصلي

Alhamdulillah, Abu Anas telah diberi peluang menyampaikan ilmu di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur, setiap hari Sabu minggu ke 2, bermula pada Hari Sabtu 8 Oktober 2011. Jam 9-11 Pagi. 
Rakaman MP3 Kuliah Musolli di Radio IKIM (Pondok Warisan):
Ustaz Abdul Basit - Pondok Warisan IKIM (Munyatul Musalli) Siri 01 - 20 http://www.mediafire.com/?o444k94907qb797
Ustaz Abdul Basit - Pondok Warisan IKIM (Munyatul Musalli) Siri 21 - 46


Rakaman ini boleh didapati di: www.dartaibah.com

Tuesday, September 11, 2012

Fiqh Berinteraksi Sesama Manusia - فقه التعامل مع الناس

[Huraian Fiqh Bermuamalah sesama makhluk ini telah diambil dari kitab ini http://www.m09m.com/vb/t284231.html#.UE86A_WsxLg]
Menghidupkan Fiqh Muamalah di kalangan manusia, samada sesama orang Islam atau dengan non Muslim hatta dengan haiwan dan alam sekitar adalah merupakan suatu tuntuan, lebih-lebih lagi di zaman terhakisnya akhlaq yang baik atau keperibadian yang mulia di kalangan sebahgian masyarakat.
Untuk memenuhi kehendak dan tujuan tersebut ana telah mengambil pendekatan mengadakan kuliah bersiri menjelaskan kepentingan menghidup dan menyebarkan Fiqh ini. Semoga siri kuliah ini memberi manfaat kepada umat dalam mengharungi liku-liku kehidupan di zaman ini
[untuk memiliki siri rakaman ini sila ke: www.dartaibah.com

Siri kuliah Subuh Al-Faqir Ilallah Abu Anas Madani di Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.

Thursday, August 16, 2012

Syarah Kitab Maqasid as-Saum (Himah Puasa) 4 Siri.


Buku ini ringkas dan padat serta sangat bernilai kerana ia ditulis oleh seorang ulama mazhab asy-Syafi’i yang terkenal iaitu Imam Izzuddin bin Abd. Aziz bin Abd. Salam as-Sulami. Beliau dikenali sebagai Sultanul Ulama.
Risalah ini menghimpunkan maqasid puasa dalam sepuluh bab yang merangkumi perbincangan mengenai kewajipan puasa, fadilat, adab-adab, perkara yang perlu dijauhi, lailatulqadar, iktikaf, puasa sunat dan hari-hari yang dilarang berpuasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa.”

Friday, July 20, 2012

Ramadhan & Puasa; Kelebihan, Hikmah & Hukum. Himpunan Kuliah Abu Anas.

[Rakaman Ini boleh didapati di: www.dartaibah.com ]
بسم الله الرحمن الرحيم  
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على خير خلق الله محمد بن عبد الله  وعلى آله وصحبه وسلم، وبعد.

Firman Allah yg bermaksud: {Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]

Disini kami kumpulkan beberapa siri Kuliah Dr Abu Anas Madani -'afallahu 'anhu- yang berkaitan dengan Amalan Puasa dan Bulan Ramadhan, sebagai satu tazkirah dan peringatan tentang beberapa kelebihan bulan Ramadhan serta apakah amalan yang sepatutnya diisi sepanjang bulan yang mulia ini.
Semoga ianya menjadi panduan dan pembangkit semangat untuk beramal dengan sebaik-baiknya.


Tuesday, May 29, 2012

Syarah Muqaddimah Mestika Hadis [20 Siri]

Alhamdulillah, Abu Anas Madani telah selesai Syarah Muqaddimah Kitab "MESTIKA HADIS RASULULLAH SAW" sebanyak 20 siri di Masjid Bandar Kuala Krai, Kelantan. Bermula Pada Malam Selasa 22 Jun 2009 (Kuliah 2 Minggu Sekali) dan Khatam Pada Malam Selasa 17 Syawal 1431H bersamaan 27/9/2010. kitab Mestika Hadis di: http://www.islam.gov.my/dircportal/hadith.htm
Tempahan VCD-DVD Kuliah di: http://www.dartaibah.com/#ecwid:keywords=mestika&mode=search&offset=0&sort=relevance

Tuesday, May 8, 2012

Syarah Kitab Al-Kabair - Dosa-Dosa Besar

Syarah Kitab Al-Kabair - Dosa-Dosa Besar. 
Kuliah Bulanan Dr Abu Anas Madani di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian.
Untuk Mendapatkan Rakaman ini Sila ke: www.dartaibah.com

Sunday, April 15, 2012

Syarah Kitab Aafaat 'ala at-toriq (Wabak Sepanjang Jalan) Jilid 1 [7 Siri] & 8.

Kitab ini adalah karangan al-Fadhil Ustaz Dr. Syed Muhammad Noh -rahimahullah- dengan nama:
آفات على الطريق
Diterjemahkan dengan nama: "Wabak Sepanjang Jalan". kitab ini ada 6 Jilid (Siri).
Kitab Arab di sinihttp://www.mediafire.com/download.php?kchuead1nw27ddj
Manhaj Abu Anas dalam syarah kitab ini ialah:
Mengambil tajuk (Bab) mengikut susunan muallif, kemudian memilih tajuk-tajuk kecil yang sesuai dengan masyarak kita serta tambahan beberapa wabak lagi yang wujud dizaman mutakhir ini.. Semoga syarah ini memberi manfaat kepada kita semua.
Doakan AAM agar sentiasa mendapat taufiq dan hidayah Allah swt..
Untuk mendapatkan VCD rakaman kuliah Dr Abu Anas sila ke:
www.dartaibah.com

Saturday, March 24, 2012

Syarah Kitab Rukun Iman (5 Siri)

[Download buku ini di: http://www.islamhouse.com/pg/9717/all/1 ]
Bismillahirrahmanirrahim.
 Ini adalah siri kuliah Syarah kepada kitab Rukun Iman yang disampaikan oleh Dr AAM di beberapa buah masjid dan surau, ketika lawatan ke Kuching, Sarawak.
Buku “Rukun Iman” ini walaupun kecil dan ringkas, namun ia merangkumi semua topik yang berkaitan dengan Iman yang dibincangkan berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Diharapkan huraian dan syarah yang .ringkas ini juga dapat memberi ilmu fardhu ‘ain yang berguna kepada masyarakat dalam memahami ilmu yang amat penting ini.