Labels

Showing posts with label Maqalah. Show all posts
Showing posts with label Maqalah. Show all posts

Monday, March 23, 2015

Catatan Banjir AAM (01) Banjir di Pondok Sungai Durian K. Krai 24 Dis. 2014.

بسم الله الرحمن الرحيم - الحمد لله الذي قدَّر الأقدار، ومجري السحاب، ومنزل الأمطار، والصلاة والسلام على رسول الهدى رحمة للعالمين، وعلى آله وصحبه ومن تبعه إلى يوم الدين، وبعد.

Semua yang berlaku adalah dengan ketetapan Allah, tidak mungkin untuk melarikan diri dari apa
yang Allah telah taqdirkan.
Di bawah ini secebis catatan pengalaman menghadapi saat banjir melanda Pondok Sungai Durian (PSD) pada 24hb Disember 2014.
PSD terletak berdekatan dengan Sungai Durian, sungai ini melingkungi sebahagian dari kawasan pondok ini dan pada suatu masa yang tidaklah lama sangat - sekitar tahun 70an- ianya menjadi sumber air dan tempat kami mandi manda, akhir-akhir ini sungai kami telah dikotori oleh tangan manusia. Sungai ini kecil sahaja dan bersambung dengan Sungai Kelantan.

Friday, March 28, 2014

Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?


Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?
Oleh: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

بسم الله الرحمن الرحيم

Khilaf di kalangan ulama’ pada asalnya adalah suatu keluasan Syariah dan rahmat bagi umat ini. Ianya akan menjadi sempit dan susah apabila dimasuki oleh hawa nafsu, atau mementingkan diri sahaja, atau berlaku tanpa mengikut jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Pada ketika itu ia akan bertukar kepada perpecahan, perbalahan, persengketaan dan menimbulkan huru-hara di kalangan ummah.

Saturday, November 30, 2013

KEMBALI KEPADA UNDANG-UNDANG ALLAH (HUDUD)


Sepatah kata Abu Anas Madani:
Syariah Islam adalah suatu perundangan yang Allah SWT syariatkan ke atas hamba-Nya untuk menjaga kemaslahatan dan kebaikan buat mereka.
Ini adalah suatu rahmah, Allah sebagai Pencipta Yang Maha Mengetahui dengan karenah dan keperluan makhluk-Nya.
Kalau dibiarkan manusia memikirkan sendiri untuk maslahah mereka tentulah pemikiran mereka tidak sampai ke tahap yang sepatutnya.
Sebagai suatu usaha kami untuk menyampaikan kebaikan dan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang perkara ini, khasnya pada zaman yang ada orang mempersendakan Hukum Allah khasnya Hudud, maka diharapkan usaha ini ada manfaatnya.
Di bawah ini kami petik tulisan Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Yaakob dalam muqaddimah buku MENGENAL HUKUM HUDUD yang ditulisnya pada tahun 1992 ketika Kerajaan Kelantan mengemukakan Enakman Jenayah Syariah II di DUN Kelantan.
Buku ini diterbitkan oleh: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (Cet. 1, 1992).
Akhukum, AAM. PSD 27 Muharram 1435H – 01/12/2013.

Wednesday, November 6, 2013

Padang Ragutnya Subur Tetapi Malang, Kambing Pula Sakit.


Daripada  Tulisan Dr ‘Aidh Qarni tentang sikap kasar kita sebahagian orang Islam, orang Arab dan lain-lain  berbanding dengan sebahagian orang barat.

(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة) بقلم د. عائض القرني
Aku menulis risalah ini dari bumi Paris ketika berkunjung ke sana untuk rawatan lutut.
Aku sebenarnya takut akan tohmahan yang mengatakan aku cenderung kepada Barat, sedangkan aku menulis  tentang mereka dengan penuh kebenaran dan keinsafan berdasarkan penelitian dan pemerhatianku. 

Tuesday, August 13, 2013

Kenali Prof Dr Abdul Fattah Haron bin Ibrahim; Sejarah Menuntut Ilmu & Perjuangan.


Prof Dr Abdul Fattah Haron bin Ibrahim, bekas pensyarah UKM selama lebih 40 tahun.
Beliau dilahirkan pada tahun 1930, di Kampung Gertak Lembu, Salor, Pasir Mas, Kelantan merupakan seorang penuntut ilmu yang tidak mengenal perit dan putus asa sehingga ke kedudukannya hari ini.
Sewaktu belajar di Universiti Al-Azhar, beliau telah menerima pingat dan sijil cemerlang pelajar terbaik seluruh fakulti Al-Azhar “Jaizah Al-Imtiyaz Li Awail Al-Kulliyat”. Dari Presiden Jamal Abdul Nasir pada 14 Disember 1964.
Seorang tokoh yang banyak jasanya dalam membongkar, membenteras, menentang dan membendung ajaran sesat di Malaysia dengan penulisannya dan sebagai penasihat panel akidah JAKIM. Beliau tidak jemu-jemu menangani isu ini sehingga kini.
Beliau sekarang sedang uzur, penglihatannya kabur kerana kencing manis. Sebelum Ramadhan menjalani operation mata mengharapkan matanya pulih kembali untuk menyambung kerja-kerja penyelidikan aqidah yang belum selesai. Mohon doa daripada semua.
Kisah awal hidupnya begitu unik dan menyayat hati, perjuangan kental yang boleh memberi inspirasi,  untuk mengenalinya lebih lanjut sila baca catatan yang ditulisnya sendiri –hafizahullah-.
                                               Baca di sini: Biografi Dr Abdul Fattah Haron 

Saturday, May 18, 2013

Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul.


Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih 
bebaskan Kota Istanbul

ء
[Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453].
546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.   
 Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian. 

Thursday, March 21, 2013

Hukum Menyediakan Kenduri Kematian

 Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan Semesta alam. Selawat serta salam kepada junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W, para Ummu al-Mukminin, Aalul Bait, sahabat Baginda s.a.w serta ulama’ yang menurunkan ilmu dengan seikhlas hati kerana Allah.
Makalah yang ana masukkan di blog ini ialah tulisan Ustaz Hasan Ahmad –hafizahullah- [Mantan Pensyarah UM] yang telah disiarkan oleh Majalah Pengasuh, terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bilangan 587. Makalah ini membincangkan isu yang mungkin dianggap kontroversi atau isu panas dalam masyarakat, namun untuk memberi maklumat dan asas perbincangan kepada umum terhadap amalan yang menjadi kebiasaan masyarakat dengan dalil dan pandangan empat mazhab – khasnya mazhab Syafie dan nukilan dari kitab jawi yang menjadi rujukan dan bacaan di masjid dan surau kita.
Tujuan siaran ini ialah untuk perbincangan bukan untuk menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat, dan satu perkara yang perlu diingat bahawa perbincangan ini adalah tentang majlis kenduri kematian, tanpa menyentuh hukum sampaikah pahala kepada orang yang telah mati, dua perkara ini adalah berbeza. Insya’Allah akan dibincangkan dalam siri yang lain. [Penjelasan tentang Perjalanan Manusia ke Alam Akhirat boleh di lihat di: http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/04/rehlah-abadi-ke-alam-akhirat-12-siri.html ].

Tuesday, February 26, 2013

BATAS-BATAS AURAT & MAHRAM DALAM ISLAM


BATAS-BATAS AURAT DALAM ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد.
Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.
Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.

Monday, February 25, 2013

Memelihara Aurat ~ Lambang Peribadi Muslimah.

Memelihara Aurat (Ketika Solat~Di Luar Solat) 
 Lambang Peribadi Muslimah.

Antara syiar terpenting yang dapat membezakan seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam ialah dari segi disiplin pakaian yang menepati kehendak dan piawaian syariat. Disiplin berpakaian ini lebih kerap disebut sebagai kewajipan menutup aurat kerana secara asasnya Islam tidak menetapkan jenis pakaian yang perlu dipakai, tetapi menetapkan bahagian mana yang wajib ditutup bersama beberapa kriteria asas. Hal ini bersesuaian dengan ciri-ciri syariat Islam itu sendiri yang bersifat thabat dan murunah, tetap dalam menjaga prinsip-prinsip asas dan anjal jika melibatkan permasalahan cabang dan kaedah pendekatan. Ia tegas dari segi prinsip wajib memakai tudung kepala dan menutup aurat mengikut batas yang telah ditentukan. Namun dari segi jenis pakaiannya masih fleksibel dan boleh disesuaikan selama mana ia memenuhi garis panduan atau ciri-ciri menutup aurat.

Tuesday, January 15, 2013

Lahirnya Majalah Dewan Tamadun Islam.


Alhamdulillah bersyukur Kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, sebuah lagi Majalah Islamiah dapat diterbitkan oleh DBP, dibawah editor kanannya yang sangat gigih berusaha iaitu Ustaz Salahuddin.
Dalam keluaran sulung ini tajuk utamanya ialah “Doa Untuk Pemimpin”, Abu Anas telah menulis maqalah bertajuk “Bahana Fitnah”.. Semoga kelahiran majalah Dewan Tamadun Islam (TI) ini dapat memenuhi ruang untuk menambahkan lagi pengetahuan masyarakat dalam ilmu agama & maklumat umum..
Tahniah kepada DBP, khasnya sahabat saya Ustaz Din, Barakallahu fiikum..

Monday, November 26, 2012

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 5) Sajak HAJJAH DAH PULANG

بسم الله الرحمن الرحيم
Catatan seorang jemaah haji yang bersama dengan rombongan Ash-Har Travel KT 71, 1433H.
HAJJAH DAH PULANG – Haji 1433H.

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 4) Madinah

Insya'Allah pada siri ke 4 ini ana akan menukilkan catatan di Madinah..

Tuesday, November 13, 2012

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 3)

Catatan Rehlah Haji 1433H (3)
بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين

Beberapa Pembaharuan di Makkah & Masya’ir:
Antara yang dapat dilihat di Arafah dan Muzdalifah ialah terdapat binaan tandas baru dibuat dua tingkat, mungkin pada musim haji tahun hadapan sudah dapat digunakan.. insya’Allah.
Adapun di Mina tidak kelihatan lagi projek tersebut, sedangkan Mina-lah tempat yang lebih mustahak untuk didahulukan kerana para jemaah akan berada di Mina selama lima hari. Mungkin selepas haji ini akan dimulakan insya’Allah swt.

Wednesday, November 7, 2012

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 2)

Catatan Rehlah Haji 1433H (2)

بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين
Alhamdulillah, disaat akhir ada beberapa orang jemaah lagi dapat visa haji dengan istilah “Visa Tabung Haji”. Visa dibuat dalam masa 2 jam sahaja, syaratnya semua maklumat dah lengkap, selepas itu timbul pula masalah nak dapatkan penerbangan ke Jeddah, ada yang sampai melalui Dubai, ada yang turun di Madinah dan naik bas ke Makkah, dan mereka ini tiba di Makkah ketika jemaah dah berangkat ke Mina pada hari Tarwiyah. Yang agak menyedihkan ialah ada beberapa orang yang dah dapat visa tapi tak dapat penerbangan, tak ada rezeki nak haji tahun ini.. panggilan haji hanya setakat KLIA sahaja, Allahulmusta’aan…

Sunday, November 4, 2012

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 1)

Catatan Rehlah Haji 1433H.
بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين، وبعد.
Nikmat Allah swt swt ke atas hamba-hamba-Nya tidak terhingga, sebagaimana firman-Nya:
{ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا } [إبراهيم: 34]
Maksudnya: {Sekiranya kamu hitung nikmat Allah swt, kamu tidak akan dapat menghitungnya} [Surah Ibrahim: 34 ]
Antara nikmat itu ialah apabila Allah swt mengizinkan hamba-Nya menuju ke Baitullah al-Haram pada musim haji sebagai tetamu-Nya, yang disediakan bagi mereka yang melakukannya dengan ikhlas serta mengikut Sunnah Rasulullah saw ialah al-Jannah, Syurga yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengari oleh telinga serta tidak pernah terkhayal oleh hati manusia.

Saturday, October 20, 2012

Amalan Korban; Hikmah, Hukum & Sunnah

Tajuk: Amalan Korban; Hikmah, Hukum & Sunnah.
Oleh: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya agar berkumpul pada musim haji di Arafah, dan menumpahkan darah haiwan korban (al-Hadyu). Ia adalah bulan penuh berkat kerana di dalamnya bergabung dua ibadat agung iaitu ibadat haji dan korban yang dimulakan sejak zaman Nabi Allah Ibrahim as lagi.

Monday, January 30, 2012

Nasyid Komteporari: Antara Pro dan Kontra.


Wawancara dengan Risalah Al-Syariah (Bil. 7 – Muharram-Safar 1431H / Januari-Feb 2010M) Diterbitkan oleh Jabatan Al-Syariah, KIAS.
Di bawah ini adalah teks asal jawapan Abu Anas mengenai “Nasyid Komteporari: Antara Pro dan Kontra”.

Soalan Wawancara Risalah Al-Syariah bil. 7.

1. Manusia memerlukan hiburan dalam kehidupan seharian. Namun dalam memilih hiburan yang ada pada hari ini, manusia kerapkali terjerumus ke dalam perkara-perkara yang haram. Hal ini termasuklah dalam memilih lagu-lagu nasyid. Apakah dalil-dalil yang menyebut tentang hukum mendengar lagu dalam Islam?

J: Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Tidak ada satu pun dalam ajaran Islam yang bertentangan atau tidak sesuai untuk dijadikan amalan dalam kehidupan kita.
Manusia sebagai makhluk yang dianugerahkan Allah s.w.t dengan naluri kejiwaan dan perasaan sememangnya memerlukan kepada sesuatu yang boleh memberi ketenangan, kerehatan minda dan keseronokan. Sehubungan dengan itu, hiburan melalui nyanyian telah menjadi salah satu medan atau platform yang paling popular dalam memenuhi tuntutan tersebut.

Wednesday, October 5, 2011

Golongan yang mempersendakan Agama

Bismillahirrahmanirrahim
Apakah sikap kita?
Dalam catatan yang ringkas ini, insya’Allah sama-sama kita ikuti kisah ‘Madrasah al-Istihza’, golongan yang mempersendakan para ulamak dan para du’ah serta ajaran dakwah Islamiyyah yang dibawanya. Madrasah ini telah diasaskan oleh golongan munafiqin bagi menentang perjuangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh golongan sekular atau modenis di zaman sekarang.