Labels

Showing posts with label Puasa - Raya. Show all posts
Showing posts with label Puasa - Raya. Show all posts

Tuesday, June 27, 2017

Istiqamah Selepas Puasa Ramadhan & Puasa Enam Syawal.

"Istiqamah Selepas Ramadhan".
Koleksi Tazkirah, Kuliah, Khutbah & Motivasi Dr. Abu Anas Madani.

Para pembaca yang dikasihi sekalian,
Kita panjatkan kesyukuran setinggi-tingginya ke hadhrat ilahi kerana telah memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk menyempurnakan ibadat puasa sebulan Ramadhan (29 / 30 hari).
Ramadhan adalah madrasah atau umpama kem latihan untuk melatih dan mendidik nafsu agar menjadi orang yang bertaqwa.

Monday, May 8, 2017

Penjelasan Isu "Minta Maaf Menjelang Ramadhan".

Penjelasan Isu "Minta Maaf Menjelang Ramadhan".
            Setibanya bulan Sya'ban,  kembali tersebar mesej ini samada melalui wassap, fb dan lain-lain media. Setiap tahun ianya dikitar semula, setiap tahun ramai para ustaz menjawab kepada yang rajin bertanya dan mahu memastikan apakah ia sahih. Namun sayangnya masih ramai yang tidak menjumpai maklumat ini dan terus menyebarkannya tanpa memeriksa terlebih dahulu.
            Inilah akibatnya jika mahu beramal tanpa berasaskan ilmu, tradisi dianggap sunnah atau ibadat. Yang tersebar sekarang adalah tradisi bermaaaf-maafan sebelum Ramadhan di alam maya pada zaman timbulnya "mazhab wasafi".

Wednesday, July 22, 2015

Koleksi 31 Siri Tazkirah Ramadhan 1436H "Kehidupan Hati" & Poster Dakwah.

Alhamdulillah, Ramadhan Tahun 1436H Allah Subhanahu Wa Ta'ala Anugerahkan kesempatan masa kepada Al-Faqir Abu Anas Madani (AAM) -'Afallahu 'anhu- untuk menyampaikan Tazkirah Ringkas Kepada Jemaah Yang Bersolat Tarawih Di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian.

Ana telah memilih sebuah kitab kecil sebagai teks Tazkirah ini;
"Kehidupan Hati - Hati Orang Berpuasa Sebagai Contoh"
Karya: Dr. Sheikh Sa'ad Bin Nasir As-Syihtri.

Semoga siri tazkirah ini memberi manfaat kepada para Penonton & Pendengar Sekelian.
AAM, PSD. 6 Syawal 1436H.

Wednesday, June 17, 2015

CATATAN PETIKAN TAZKIRAH AAM RAMADHAN 1436H

TAZKIRAH MALAM 1 RAMADHAN 1436H
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
           
            Alhamdulillah malam ini selepas Isya', sebelum menunaikan solat sunat tarawih yang pertama untuk Ramadhan tahun ini, di Masjid ar-Rahman PSD,  al-Fadhil Dr Abdul Basit telah menyampaikan sedikit tazkirah tentang adab, rukun, sunat dan beberapa perkara yang berkaitan dengan Ramadhan dan solat tarawaih secara umumnya.
            Antara yang paling menarik dan menyentap hati ialah tentang membaca al-Quran dalam bulan yang penuh keberkatan, keampunan, pahala berganda  dan rahmah ini.
         
   Kata beliau hfzahullah:
            "Menjelang Ramadhan ini sekurang-kurangnya kita meletakkan target (sasaran cita-cita)  untuk menghabiskan bacaan al-Quran yakni khatam seluruh al-Quran itu sekurang-kurangnya tiga kali dalam bulan Ramadhan ini. JIka mampu lebih daripada itu tentula lebih baik.
            Jika kita berjaya khatam sebanyak tiga kali, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
            Jika kita berjaya khatam sebanyak dua kali, alhamdulillah, alhamdulillah!
            Jika kita berjaya khatam sebanyak sekali sahaja pun, juga alhamdulillah.
            Tetapi jika  kita tidak berjaya khatam walaupun hanya sekali,  innalillahi wa inna ilaihi raji'un!!!!
            Itu sudah mencapa taraf mayat hidup, jika pada bulan Ramadhan yang hanya sekali sahaja setahun pun kita tidak mampu habiskan bacaan al-Quran, tiada  guna lagi hidup, makan dan minum cuma buat menghabiskan beras..."

Friday, July 11, 2014

Koleksi Tazkirah Ringkas Abu Anas Madani - Sempena Ramadhan 1435H

Alhamdulillah, Koleksi Siri-siri Kuliah dan Tazkirah Al-Faqir Abu Anas sempena Bulan Ramadhan Tahun 1435H.
Tazkirah Selepas Solat Terawih di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian dan juga di masjid-masjid lain.
Berdasarkan buku “30 Pelajaran Bagi Orang Berpuasa” oleh Dr. A’idh Al-Qarni –hafizahullah-.
Semoga bermanfaat bagi para pembaca – penonton sekelian.
Doakan semoga AAM diberi kesihatan dan sentiasa berada di atas jalan yang diredhai oleh Allah.

Saturday, July 13, 2013

Hukum Penggunaan Inhaler, Accuhaler dan Alat Perubatan Lain Ketika Puasa.

Hukum Penggunaan Inhaler dan Accuhaler Ketika Puasa.

بسم الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين،
 نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد:
Menunaikan ibadat puasa dengan sempurna merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap muslim, menjaga puasa dari perkara yang membatalkannya juga tidak kurang pentingnya, oleh itu perbincangan tentang perkara ini adalah perlu untuk menjaga puasa dari terbatal, dan membatalkan puasa dengan perkara yang sebenarnya tidak membatalkannya akan menyempitkan ruang yang telah diperluaskan oleh Allah swt. Ayat 185 dari Surah Al-Baqarah adalah salah satu ayat yang telah disebut oleh Allah swt tentang keringanan syariat-Nya:
] يُرِيدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ، وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ [
 {Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.}
Oleh kerana ramai masyarakat yang bertanya tentang hukum penggunaan Inhaler oleh orang yang memerlukannya dan juga beberapa hukum yang berkaiatan dengan kesihatan yang lain, maka kami catatkan di sini beberapa isu tersebut, semoga ianya member manfat untuk menyelesaikan persoalan tersebut.

Tuesday, September 6, 2011

Isu Raya Eidil Fitri 1432H di Arab Saudi.

Isu tak cukup Puasa Ramadhan 1432H di Arab Saudi.

Ana menerima soalan daripada salah seorang rakan kita yang baru pulang dari menunaikan umrah dan menyambut Eidil Fitri di Makkah yang juga jatuh pada hari Selasa 30hb Ogos 2011, iaitu setelah 29 hari berpuasa Ramadhan.