Labels

Sunday, September 11, 2011

Penjelasan Seminar Siasah Syar'iyyah SPSS2011

KENYATAAN AKHBAR PENGARAH SEMINAR
Buat julung kalinya, Jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) akan menganjurkan sebuah seminar di peringkat kebangsaan untuk menonjolkan fungsi siasah syar’iyyah dalam konteks semasa khususnya dalam sistem pentadbiran, fatwa dan ijtihad, kehakiman dan ekonomi.

Program yang diberi nama “Seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011” (SPSS ’11) akan diadakan pada 19 Syawal 1432H bersamaan 17 September 2011M (Sabtu) bertempat di Dewan Besar Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

Friday, September 9, 2011

Pandangan Prof Dr Mohd Ali Al-Qura Daghi tentang perjalanan sebahagian perbankan Islam di Malaysia

 Sheikh telah memuji Malaysia kerana terkehadapan dalam perbankan Islam, cuma sistem yang diamalkan terdapat beberapa perkara yang bercanggah dengan Syariah, antaranya banyak menggunakan "Bay' al-'Inah"... 

Harapnya nasihat sheikh ini mendapat perhatian ahli panel Syariah di Bank yang menggunakan Perbankan Islam...

Wednesday, September 7, 2011

ABU HASEEF: Fenomena gerakan tawhib (mewahabikan orang)

ABU HASEEF: Fenomena gerakan tawhib (mewahabikan orang): Penulis mulakan tulisan ini dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 10 : فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَ...

Tuesday, September 6, 2011

Isu Raya Eidil Fitri 1432H di Arab Saudi.

Isu tak cukup Puasa Ramadhan 1432H di Arab Saudi.

Ana menerima soalan daripada salah seorang rakan kita yang baru pulang dari menunaikan umrah dan menyambut Eidil Fitri di Makkah yang juga jatuh pada hari Selasa 30hb Ogos 2011, iaitu setelah 29 hari berpuasa Ramadhan.

ABU HASEEF: Buat Syiah yang memperlecehkan para sahabat

ABU HASEEF: Buat Syiah yang memperlecehkan para sahabat: Penulis tidak punya kesempatan yang banyak untuk menelaah secara detail empat buku Syiah yang cuba diedarkan ke seluruh negara. Cuma, melalu...

Sunday, September 4, 2011

Pembedahan Batin

Pendirian Liqa' Asatizah berkenaan pembedahan batin.

Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut :