Labels

Sunday, September 25, 2011

TEMERLOH; AIR GAU DAN PATIN.

Catatan Lawatan Abu Anas ke Temerloh,  24-25hb Sept 2011.
Perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Temerloh, Pahang mengambil masa lebih kurang 5jam setengah.  Setibanya terus check-in di Hotel Sri Malaysia. Sebelum maghrib kami keluar ke Pondok Darul Ridzwan, Lanting Chenor untuk menziarahi pengasas dan Mudirnya Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Osman, yang merupakan kawan kepada Allahyarham ayahanda ana, juga murid kepada Allahyarham datuk ana, Syeikh Mohd Daud al-Kalantani semasa di Makkah. Solat maghrib dan menyampaikan tazkirah di masjid Pondok itu.
Temerloh ini masyhur dengan air Gaunya. Ana sempat pergi melihat telaganya di Sungai Gau. Air ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.Lihat: http://www.kohalal.com/content/air-gau-tasnim 

Friday, September 23, 2011

2 Risalah: Hukum Menggunakan Emas & Perak dan Jual Beli Emas Ansuran.

Risalah Pertama: Hukum Menggunakan Emas, Perak dan Suasa.
Alhamdulillah, kesedaran umat Islam di negara kita hari ini tentang halal haram dalam kehidupan semakin meningkat. Tetapi tanpa ilmu yang cukup tiada faedahnya.
Kefahaman masyarakat terhadap halal haram di dalam urusan kewangan, jual-beli dan perbankan masih di tahap yang amat lemah.
Terutamanya berkenaan Riba yang merupakan 'ibu dosa' dalam semua urusan ini dan yang berkaitan dengannya.

Risalah ringkas ini diharap dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, Insya’Allah.. 

Wednesday, September 21, 2011

WANITA; 1 AKAL, 9 NAFSU?

Sejak sekian lama masyarakat Islam di negara kita sentiasa terdedah dengan perkara yang pelik lagi menarik. Manusia memang berminat untuk mengetahui, mengeluar dan menyebarkan cerita-cerita yang karut, samada secara lisan, tulisan, filem atau apa saja.

Cerita bahawa kaum lelaki memiliki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula sebaliknya, iaitu 1 akal dan 9 nafsu memang amat masyhur sekali di kalangan kita. Ia telah  dilihat dan diterima oleh masyarakat kita sebagai sesuatu yang benar. Jika ditanya dari manakah sumber fakta ini diambil, mereka akan menjawabnya; mendengarnya daripada para alim ulama'.

Sunday, September 18, 2011

Resolusi Seminar Siasah Syar'iyyah SPSS11 - KIAS


Seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011 yang berlangsung pada 19 Syawwal, 1432 H bersamaan 17 September, 2011 bertempat di Dewan Besar Kompleks Balai Islam, Lundang anjuran Jabatan Al-Syariah, KIAS. Resousi ini telah dibaca oleh Al-Fadhil Ustaz Zulqarnain Hasan, Pengarah Seminar. 

Khulasah Pembentangan AAM di Seminar Siasah Syar'iyyah SPSS2011

Tajuk: “Negara Berkebajikan; Dari Perspektif Siasah Syar’iyyah”.

1)       MUQADDIMAH:
بسم الله الرحمن الرحيم.
{الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ} [الحج: 41] 
Maksudnya: {(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.} [Al-Haj: 41].

2) KEPENTINGAN PELAKSANAAN SIASAH SYARIAH DALAM SEBUAH MASYARAKAT DAN NEGARA.
  Perbincangan ini cuba menyentuh satu sudut penting berkenaan pelaksanaan Siasah Syar’iyyah di dalam sebuah masyarakat dan negara iaitu aspek jaminan kesejahteraan terhadap rakyat. Hal ini mustahak untuk diketengahkan ketika mana ramai di kalangan ahli sains politik, sains sosial mahupun pemimpin masyarakat mencari pelbagai pendekatan Barat untuk memelihara maruah umat dan martabat wanita daripada pelbagai bentuk penindasan dan diskriminasi.

  Pendekatan yang berteraskan agama khususnya Islam seringkali diketepikan lantaran timbulnya sikap yang prejudis terhadap identiti masyarakat Islam.

Sunday, September 11, 2011

Penjelasan Seminar Siasah Syar'iyyah SPSS2011

KENYATAAN AKHBAR PENGARAH SEMINAR
Buat julung kalinya, Jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) akan menganjurkan sebuah seminar di peringkat kebangsaan untuk menonjolkan fungsi siasah syar’iyyah dalam konteks semasa khususnya dalam sistem pentadbiran, fatwa dan ijtihad, kehakiman dan ekonomi.

Program yang diberi nama “Seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011” (SPSS ’11) akan diadakan pada 19 Syawal 1432H bersamaan 17 September 2011M (Sabtu) bertempat di Dewan Besar Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan.