Wednesday, July 25, 2012
Friday, July 20, 2012
Khutbah AAM: Puasa & Ramadhan Tahun 1431 - 1432H.
[Rakaman ini boleh didapati di: www.dartaibah.com ]
Himpunan Khutbah Dr Abdul Basit / Abu Anas Madani Sepanjang Ramadhan Tahun 1432H
Khutbah Ramadhan 1432 1)Maqasid dan Hikmah Puasa:
Tazkirah Puasa & Ramadhan AAM Tahun 1431 - 1432H
[Rakaman ini boleh didapati di: www.dartaibah.com ]
Himpunan Tazkirah Puasa & Ramadhan
Dr Abdul Basit Abu Anas Madani Tahun 1432H
Tazkirah Ramadhan 1432 1 Adab Sahur dan Iftor:
Ramadhan & Puasa; Kelebihan, Hikmah & Hukum. Himpunan Kuliah Abu Anas.
[Rakaman Ini boleh didapati di: www.dartaibah.com ]
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على خير خلق الله محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه وسلم، وبعد.
Firman Allah yg bermaksud: {Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]
Disini kami kumpulkan beberapa siri Kuliah Dr Abu Anas Madani -'afallahu 'anhu- yang berkaitan dengan Amalan Puasa dan Bulan Ramadhan, sebagai satu tazkirah dan peringatan tentang beberapa kelebihan bulan Ramadhan serta apakah amalan yang sepatutnya diisi sepanjang bulan yang mulia ini.
Semoga ianya menjadi panduan dan pembangkit semangat untuk beramal dengan sebaik-baiknya.
Mukjizat Al-Quran, Prof. Gary Miller & Bilangan Ayat 6,236
Mukjizat
al-Quran
Banyak
kajian serta cubaan mengelirukan kebenaran kitab suci tetapi temui kegagalan
JIKA
kita ingin mengetahui dan rasai kehebatan satu-satu mukjizat seperti yang
pernah berlaku ke atas umat sebelum kita, kemudian kita mengisytiharkan keimanan
serta-merta dan memeliharanya, sila perhatikan al-Quran al-Karim.
Al-Quran
ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah
SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia
hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai
oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain
al-Quran.
Monday, July 16, 2012
PROGRAM TADABBUR AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN 1433
PROGRAM
TADABBUR AL-QURAN SEMPENA
RAMADHAN 1433
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، والصلاة والسلام على
رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
PENDAHULUAN:
Tadabbur adalah isitilah yang
digunakan untuk memahami dan menghayati al-Quran. Ia adalah saranan Allah dalam
banyak ayat antaranya:
{أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ
اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا} النساء: (82)
Ertinya: Patutkah mereka (bersikap
demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu
(datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang
banyak di dalamnya (al-Nisa’[4:82]).
Juga firmanNya:
{كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا
آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ} ص: (29)
Ertinya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu
(dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya,
untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk
orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar (Sad[38:29]).
Juga
firmanNya:
{أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ
أَقْفَالُهَا} محمد: (24)
Ertinya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka
sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di
atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran
Al-Quran)? (Muhammad[47:24]).
http://www.abuanasmadani.com/?p=1509#more-1509
http://www.abuanasmadani.com/?p=1509#more-1509
Subscribe to:
Posts (Atom)





