Labels

Wednesday, April 17, 2013

Siri 02; AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR - IMAM AHMAD & IBN TAIMIYYAH.


Sambungan Siri 2 dari ceramah "Akhlaq Al-Kibar". Siri 1 di: ttp://abuanasmadani.blogspot.com/2013/04/siri-01-akhlak-orang-yang-berjiwa-besar.html
1-        Imam Ahlus Sunnah wal Jamaah, Ahmad bin Hanbal rahimahullah.
Ketika berlaku peristiwa fitnah tentang “Fahaman Yang Mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk”  Imam Ahmad telah dipenjara, dibelenggu, diseksa dan dipukul di bawah matahari terik pada siang hari Ramadhan dalam keadaan beliau berpuasa. Sehinga hilang ingatan beliau dan jatuh pengsan. 

Monday, April 15, 2013

Siri 01; AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR.

AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR.
Oleh: Fadhilah Syaikh Dr. Khalid bin Utsman as-Sabt, Hafizahullah.
Alih Bahasa: Team Dartaibah.com
Pembaca yang dihormati, disebabkan akhlak dan perangai terpuji begitu tinggi kedudukannya di sisi Allah Ta’ala dan umat secara umum, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mendokong misi dakwah Ahlu Sunnah wal Jama’ah, maka kami berusaha mengalih-bahasakan sebuah muhadharah (ceramah) ilmiyah yang
sangat bermanfaat, disampaikan oleh salah seorang ulama tafsir yang masyhur di Dammam, Arab Saudi. Fadhilatus Syaikh Dr. Khalid bin Utsman as-Sabt –hafizahullah, yang berjudul “Akhlaq al-Kibar”http://www.khaledalsabt.com/cnt/lecture/298
Alhamdulillah dalam rehlah dakwah kami bersama sheikh ke Indonesia pada bulan Jun 2012, ana telah minta izin untuk menyebarkannya kepada para ikhwah di Malaysia. Jazahullahu khaira kepada sheikh dan team penterjemah semuanya.

Sunday, April 14, 2013

Seruan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) Menjelang PRU-13 Malaysia; Nasihat, Panduan & Bimbingan.



MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat.

Sunday, March 31, 2013

Syarah Kitab: Cinta Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam Dan Tanda-tandanya.

Alhamdulillah, Pada Pagi Jumaat 17 J. Ula 1434H bersamaan 29 Mac 2013, Al-Faqir ilaLlah Abu Anas Madani telah selesai syarah kitab ini sebanyak empat siri kuliah, semoga mendapat manfaat dalam memperbetulkan kecintaan Kita kepada Habibina wa Qudwatina Muhammad Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Buku ini ditulis dalam bahasa Arab Oleh Prof. Dr. Fadl Ilahi, Jazahullahu Kathira.

Thursday, March 28, 2013

Persatuan Kebajikan Islam Saudara Baru (Kota Bharu).

Pusat Penerangan & Dakwah Islam Antarabangsa, (International Islamic Information & Daawah Centre) Yang terletak di Taman Hijau, Jalan Sultanah Zainab, (Bersebelahan dengan Masjid Muhammadi)
15000 Kota Bharu, Kelantan. E-Mail: mohganakb@yahoo.com  Tel/Fax: +609 7477824 HP: +012 9537881. Lawati Web mereka INTERNATIONAL ISLAMIC INFORMATION &  DAAWAH CENTRE (IIDAC)  di:  http://iidac.tripod.com/
Pusat dakwah ini dikendalikan oleh Akhuna Ustaz Muhammad Micheal (atau lebih dikenali dengan panggilan Muhammad Ghana). Secara khususnya dakwah untuk non-Muslim, hampir setiap minggu ada orang memeluk Islam di Pusat Dakwah ini dan seterusnya penjagaan dan pendidikan untuk mereka selepas memeluk Islam.

Wednesday, March 27, 2013

Peringatan Kepada Golongan Pencaci Dan Pembuat Fitnah Kepada Orang


Tazkirah & Peringatan untuk penceramah, pemberita, bloggers, facebookers dll golongan melampau (ghuluw) yang suka melempar tuduhan melalui alat sebaran - media; gambar rekaan nak jatuhkan pemimpin, khilaf fiqhi yang dijadikan hujah untuk mengkafirkan orang lain, hilang adab berikhtilaf.. Orang Mati & hidup semuanya tak selamat dari mulut mereka.. Jangan jadi orang muflis di akhirat.