Labels

Monday, February 27, 2012

Syarah Kitab Penawar Bagi Hati- 30 siri video.

Alhamdulillah, 30 siri video Penawar Bagi Hati telah berjaya di upload,  sila ke link di bawah ini: http://www.youtube.com/playlist?list=PLBBB34855968E7E67 


Siri pengajian ini merupakan kuliah mingguan Abu Anas pada setiap malam Khamis di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian. Ia mengambil masa selama 30 minggu (menjadi 30 siri). Terima kasih kepada sdra Mazlan Abdullah yang begitu berusaha merakamnya. JazahulLahu Khaira. Rakaman Video & MP3 boleh didapati di:
www.dartaibah.com 

Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 20, 2012

AAM Tanyalah Ustaz 17-19 Feb 12: Berkira Dalam Ibadat & Doa Penutup.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد..
Abu Anas Madani Telah bersiaran selama 3 pagi di TV9, dalam Program Tanyalah Ustaz, Dengan Tajuk: "Berkira Dalam Ibadat". 
Siri 1:

Friday, February 3, 2012

PENENTUAN TARIKH LAHIR NABI SAW DAN KEPENTINGAN MEMAHAMI SIRAH.


بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن سار على نهجه إلى يوم الدين، وبعد.
 

PENENTUAN TARIKH LAHIR NABI SAW.

A)     Tahun Kelahiran:
1-      Pendapat yang masyhur ialah Nabi saw dilahirkan pada tahun Gajah (Aam al-Fil).
2-       Dikatakan setahun selepas tahun Gajah. Ada juga 40 hari selepasnya atau 50 hari selepasnya.
3-      Ada juga yang mengatakan 10 tahun, 23 tahun dan 30 tahun selepas tahun Gajah.
Menjelaskan perbezaan yang ketara ini, al-Imam az-Zahabi mengatakan: “Berkata Abu Ahmad al-Hakim: Nabi saw dilahirkan 30 hari selepas tahun Gajah, sebagaimana pendapat sebahagian ulama'. Katanya lagi, Nabi dilahirkan 40 hari selepas tahun Gajah. Seterusnya, az-Zahabi mengatakan bahawa kesilapan yang berlaku pada mereka yang mengatakan 30 atau 40 tahun, seolah-olah mereka ingain mengatakan hari (yauman) bukan tahun (‘aaman).
Kata as-Suhaili dan Ibnu Kathir: Itulah pandangan yang paling masyhur (Baginda dilahirkan pada tahun Gajah).

Wednesday, February 1, 2012

41 Kelebihan Nabi SAW Mengatasi Para Anbiya' Yang Lain.


الكتاب : بداية السول في تفضيل الرسول صلى الله عليه وسلم
    المؤلف : العلامة عزالدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي

Nama Kitab: Bidayah Al-Sull Fi Tafdhil Al-Rasul SAW.
Ertinya: Persoalan awal tentang Kelebihan Rasulullah SAW.

Penulis: Sheikh Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam.

Biodata Penulis, sila lihat: [ http://www.abuanasmadani.com/?p=82 ]
Lihat Video Lengkap Syarah Kitab ini Oleh Abu Anas; 
Siri 1: http://vimeo.com/21858910
Siri 2: http://vimeo.com/21860599