Labels

Sunday, May 13, 2012

Mufti Menasihati Golongan Mencerca Ulama'

Samahah al-Mufti Memperingatkan Para Penuntut Ilmu Dari Terjebak Menjatuhkan Maruah Ulama
Samahah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah Aali al-Syeikh Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi merangkap Pengerusi Badan Pembesar Ulama dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa (Saudi) memperingatkan para penuntut ilmu dari terjebak menjatuhkan maruah para ulama dengan menjadikan majlis-majlis mereka sebagai medan untuk mencela, mencerca, memperkecil dan memburukkan nama (para ulama). Beliau juga menyeru kepada mempersatukan barisan dan slogan umat Islam, agar apa yang kita perkatakan adalah kebaikan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Beliau juga memperingatkan mereka dari menghina dan mempermainkan para ulama dengan perkara yang tidak wajar demikian juga selain mereka.

Tuesday, May 8, 2012

Hukum Demonstrasi - Majlis Fatwa Jordan

HUKUM DEMONSTRASI
Majlis Fatwa, Penyelidikan dan Kajian Islam, Jordan. http://www.aliftaa.jo/index.php
Keputusan bilangan (164)(2/2011)
Tarikh (5/4/1432H) bersamaan (10/3/2011M)
Terjemahan: Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis. http://mufti.perlis.gov.my/
Telah disemak dan diperakui oleh S.S. Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
--------------------------------

Syarah Kitab Al-Kabair - Dosa-Dosa Besar

Syarah Kitab Al-Kabair - Dosa-Dosa Besar. 
Kuliah Bulanan Dr Abu Anas Madani di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian.
Untuk Mendapatkan Rakaman ini Sila ke: www.dartaibah.com

Monday, April 30, 2012

Rehlah Abadi Ke Alam Akhirat (12 Siri Khutbah)





Alhamdulillah, 12 Siri Khutbah Pengembaraan Abadi (Rehlah Al-Khulud - رحلة الخلود) ke Alam Akhirat telah selesai secara ringkas, melalui siri Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Abu Anas Madani -'afallahu 'anhu- di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian. Susunannya mengikut Kitab رحلة الخلود Tulisan Sheikh Hasan Ayyub, seorang Ulama' Azhar, Mesir.
Untuk Mendapatkan Semua Rakaman Siri Ini & Lain-lain Kuliah AAM sila ke;
www.dartaibah.com

Thursday, April 19, 2012

PTPTN: Haram caj lebihi kos sebenar.

Catatan ini ialah petikan dari tulisan Ketua Hal Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Kewangan Islam Antarabangsa (Isra), Dr Asyraf Wajdi Dusuki, seperti yang disiarkan oleh Sinar Harian: [http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-haram-caj-lebihi-kos-sebenar-1.40761#.T44onESpgXo.facebook] dan catatan dalam blog beliau. 
Sahabat saya Ustaz Dr. Zaharuddin juga ada membuat beberapa ulasan mengenai isu ni, sila ke: http://zaharuddin.net/