Labels

Saturday, September 1, 2012

Khutbah & kuliah Tadabbur Al-Quran; Kelebihan, Adab & Kesan.


[Catatan AAM tentang Tadabbur Dalam Majalah I - September 2012]
Al-Quran adalah JALAN HIDUP; petunjuk kepada manusia, yang membimbingnya, menyinari hidupnya dan perundangannya. Tidak akan ketinggalan sesuatupun yang diperlukan oleh manusia, kecuali Allah akan menerangkannya di dalam al-Quran, samada secara jelas dengan nas yang sorih, atau secara isyarat atau kiasan. Ada orang yang mengetahuinya dan ada juga yang tidak mengetahuinya, orang yang berilmu akan mengetahuinya dan orang yang jahil tidak akan mengetahuinya.

Thursday, August 16, 2012

Syarah Kitab Maqasid as-Saum (Himah Puasa) 4 Siri.


Buku ini ringkas dan padat serta sangat bernilai kerana ia ditulis oleh seorang ulama mazhab asy-Syafi’i yang terkenal iaitu Imam Izzuddin bin Abd. Aziz bin Abd. Salam as-Sulami. Beliau dikenali sebagai Sultanul Ulama.
Risalah ini menghimpunkan maqasid puasa dalam sepuluh bab yang merangkumi perbincangan mengenai kewajipan puasa, fadilat, adab-adab, perkara yang perlu dijauhi, lailatulqadar, iktikaf, puasa sunat dan hari-hari yang dilarang berpuasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa.”

PESANAN MURSHID SEMPENA HARI RAYA ‘IDUL FITRI


Sempena sambutan hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma pada 1 Syawwal 1433/19 Ogos 2012 ini, pihak Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) atau ‘Himpunan Para Ustaz dan Pendakwah’ ingin memberikan nasihat berkaitan Hari Raya ‘Idul Fitri dan juga aspek keselamatan Jalan Raya semasa pulang berhari raya.

Sambutan hari raya adalah suatu anugerah Allah yang amat besar kepada umat Islam (al-Baqarah[2:185]).  Kepulangan berhari raya sepatutnya menjadi suatu kesinambungan rahmat tersebut dengan menjaga adab semasa berada di jalan raya dan menyambut ‘Idul Fitri. Pesanan ini merangkumi dua perkara iaitu;

Saturday, August 4, 2012

Tanyalah Ustaz TV9: Sinar al-Quran di Bulan Ramadhan 1

Abdul Basit Abdul Rahman - Sinar al-Quran di Bulan Ramadhan Siri 1 - Tanyalah Ustaz TV9 - 17 Ogos 2011